|
Kisah ini berasal dari cerita lisan yang berkembang di sekitar Daerah Kubang Pasu, Kedah dan dikatakan pernah berlaku di Kampung Siputih, Padang Sera dalam Daerah Kubang Pasu, pusat pemerintahan Kedah yang ketiga (1323 - 1626). Ceritanya ada kaitan dengan sebab utama Aceh menyerang Kedah disebabkan Raja Aceh ditipu oleh Sultan Kedah waktu itu. Puterinya yang berdarah putih (Puteri Lindungan Bulan) yang dipinang oleh Raja Aceh itu ditukar dengan puterinya yang berdarah merah. Sebelum Aceh melanggar Kedah, Sultan Kedah yang tidak rela menyerahkan puterinya yang berdarah putih itu sempat menyembunyikan puterinya di dalam sebuah lubang tidak jauh dari istananya dan baginda memohon agar janganlah hendaknya bulan menyinari cahayanya di waktu malam (ketika bulan mengambang) untuk menghindarkan daripada diketahui orang. Walaupun Aceh menang dalam peperangan tersebut tetapi Raja Aceh gagal memiliki puteri itu. Puteri itu akhirnya mangkat di tempat persembunyian yang dirahsiakan oleh ayahandanya disebabkan kelaparan. Dari sinilah nama 'Lindungan Bulan' itu dirujuk kepada gelaran Negeri Kedah dalam cerita-cerita atau hikayat lama yang berkaitan dengan Kedah iaitu 'Negeri Kedah Lindungan Bulan'. Beberapa Versi Dalam Cerita Puteri Lindungan Bulan Cerita Puteri Lindungan Bulan terdapat dalam bentuk lisan dan tulisan. Dalam bentuk lisan, antara pencerita terawal yang terkenal ialah Haji Wan Mohd. Noor bin Wan Abdul Salam, bekas imam Masjid Kampung Siputih. Bagaimanapun terdapat perbezaan dalam beberapa hal dibandingkan dengan pencerita-pencerita lain terutamanya dari segi nama watak, masa berlakunya peristiwa itu dan lain-lain yang menjadi salah satu ciri dalam sastera rakyat tempatan. Cerita dalam bentuk tulisan pula kebanyakan dilakukan selepas Perang Dunia Kedua. Antaranya:
|
Jumaat, 29 Januari 2016
Puteri Lindungan Bulan
Label:
SEJARAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan