Social Icons

Selasa, 19 Januari 2016

Kisah Benar - Tinggalkan Isteri, 90km Baru Tersedar!!

Selepas memandu 96km, lelaki baru sedar isteri tertinggal di stesen minyak

Claudia meninggalkan kereta untuk membeli biskut di kedai stesen minyak, namun tidak disedari suaminya. - Gambar hiasan/AFP

SEORANG lelaki meninggalkan isterinya di stesen minyak dan hanya menyedari situasi tersebut selepas memandu sejauh 96 kilometer, lapor The Telegraph.

Lelaki yang dikenali sebagai Walter singgah di stesen minyak dalam perjalanan pulang ke Argentina selepas bercuti di Brazil.

Isteri Walter masih tidur ketika mereka tiba di stesen minyak. Selepas selesai mengisi minyak, Walter ke tandas tanpa menyedari isterinya sudah terjaga dan ke kedai untuk membeli biskut.

Walter kemudian meneruskan perjalanan dan meninggalkan isterinya, Claudia.

Sebaik sahaja menyedari dirinya ditinggalkan, Claudia menghubungi pihak polis berdekatan selepas gagal menelefon suami akibat liputan isyarat yang lemah.

Seorang anggota polis daerah Passo Fundo menyatakan Claudia begitu marah sehingga dia menendang keretanya sebaik sahaja Walter tiba.

Ketiadaan Claudia bukan sahaja tidak disedari oleh suaminya, malah anaknya yang duduk di kerusi penumpang hadapan turut leka dengan permainan di telefon pintar. 

Credit Sumber: ASTRO AWANI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text