Social Icons

Friday, 22 January 2016

2 Produk Qu Puteh Mengandungi Merkuri?


Dua produk Qu Puteh iaitu, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block akan ditarik balik dari pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara berkuat kuasa hari ini, kata Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman.

Menurut Hasmiza pihaknya akan melakukan penelitian terhadap dua produk berkenaan kerana sebelum ini masalah sedemikian belum lagi berlaku.

Hasmiza mengumumkan penarikan itu susulan kenyataan dari Kementerian Kesihatan yang mengesahkan kedua-dua produk itu mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

"Saya akan melakukan penelitian secara terperinci terhadap dua produk berkenaan. Apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna.
"Saya harap pengguna tidak ragu dan panik berhubung masalah ini. Sebelum ini tidak pernah berlaku masalah sebegini," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Hasmiza juga berkata biarpun kedua-dua produk itu diberhentikan jualan, produk kesihatan lain masih lagi dijual seperti biasa.

"Saya yakin produk kecantikan dan kesihatan yang lain tidak mempunyai masalah sama. Saya harap pengguna tidak hilang kepercayaan pada produk saya," katanya.

Kerajaan Brunei telah mengharamkan penjualan dua produk Qu Puteh kerana didakwa mengandungi bahan-bahan yang berbahaya, sebagaimana lapor portal berita Brunei, The Times Brunei.

Laporan berkenaan menyebut, Kementerian Kesihatan Brunei telah mengharamkan produk kosmetik krim Whitening Pro 9 Qu Puteh dan Whitening UV Block Qu Puteh.

Laporan itu turut menyatakan bahawa Seksyen Kawalan Kualiti Dadah Brunei di bawah Jabatan Perkhidmatan Farmasi telah menjalankan ujian terhadap produk terbabit dan berkata produk Qu Puteh mengandungi merkuri atau raksa. Merkuri merupakan bahan yang dilarang didalam kosmetik mengikut Ubat Brunei (Produk Kosmetik) 2007.

Laporan itu menyebut, penggunaan merkuri tanpa kawalan boleh menyebabkan ruam kulit, hilang ingatan, kelemahan otot dan merosakkan otak serta ginjal.

Kementerian itu juga di dalam kenyataan terbabit turut menasihati agar pengguna untuk berhenti menggunakan produk dan berjumpa doktor jika mereka mengalami sebarang tindak balas. 

SUMBER: IBNU HASYIM

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text