Social Icons

Sabtu, 16 Januari 2016

Tidak Faham Tujuan Perkahwinan - Alasan Cerai Yang Merepek!!!!

Perkahwinan adalah sunnah yang sangat digalakkan oleh Baginda Nabi SAW. Tujuannya ialah menyempurnakan agama seseorang agar kehidupan rumah tangga muslim dapat ditegakkan. 

Suami menjadi pemimpin, mendidik isteri dan anak-anak untuk mentaati Allah SWT. Isteri membantu suami dengan penuh taat, kasih sayang dengan rasa bertanggung jawab menjadi bidadari dan serikandi.

Hubungan suami dan isteri ibarat isi dan kuku. Sangat rapat dan saling perlu memerlukan. Kehidupan dilalui dengan saling bantu membantu, bekerjasama, bertolak ansur dan  saling memaafkan. Senang susah ditempuh bersama. Hati masing-masing dibawa kepada Allah - mendapatkan rasa takut setakut-takutnya kepada Allah dan merindui Nabi SAW dengan sebenar-benar rindu. Itulah sasaran hidup mereka!

Jika ada rasa terhubung hati dengan Allah yang maha segala-galanya, hal yang lain dalam rumah tangga jadi mudah dilepasi.

Malangnya ramai pasangan suami isteri tidak memahami hal yang asas ini. Jadilah tujuan perkahwinan adalah sekadar hubungan fisikal - kehidupan, seks, makan minum, pekerjaan, tempat tinggal, anak-anak, keluarga, bergembira dan sebagainya. 

Hal seperti ibadah solat, amal ibadah, melakukan usaha taqwa - mendekatkan hati agar tidak putus dengan Allah tidak diambil kira dalam kehidupan. Jadilah rumah tangga yang kosong, gelap dan sunyi dari pertunjuk Allah. Hilanglah keberkatan. Hasilnya adalah pertengkaran, perselisihan dan perceraian. 

Sebagai contoh, sila baca alasan pasangan yang bercerai di bawah! 

Kita biasa dengar kes-kes perceraian yang remeh temeh di luar negara. Tetapi di dalam negara kita sendiri juga ada, dan senarai alasan remeh untuk bercerai ini didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Punggung isteri menggerutu.
Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
Isteri mengotorkan kopiah suami - kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
Berbeza fahaman politik.
Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
Gaji suami lebih rendah.
Isteri lambat menyediakan makanan.
Pasangan bangun tidur lewat.
Suami bekerja tidak tentu masa.
Anak demam dan tidak sihat.
Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
Pasangan terlalu cerewet.
Pasangan tidur berdengkur.
Pasangan gemar membeli-belah.
Suami tangkai jering (kedekut).
Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
Berebut rancangan televisyen.

Anda mungkin merasakan perkara ini melucukan tetapi inilah realiti. Adakalanya mereka memberikan alasan yang tidak munasabah untuk bercerai.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text