Kadang-kadang kita rasa pelik dengan sebahagian kaum wanita yang bertudung. Di pejabat atau di luar rumah mereka kelihatan menjaga auratnya. Tetapi bila di rumah, ramai yang sebaliknya. Mereka tidak ambil berat bila berdepan dengan lelaki ajnabi (bukan mahram) di dalam atau di luar rumah. Kadang-kadang untuk menjemur kain di halaman rumah pun sanggup tampil dalam keadaan berkemban!!
Lebih memalukan bila ramai kaum keluarga yang berkunjung ke rumah, ada pula yang bukan mahram tetapi mereka masih mendedahkan aurat. Kita pun tidak faham, konsep bertudung yang mereka lakukan semasa ke pejabat!!
Perkara sebegini sepatutnya tidak timbul kerana Islam telah pun mengajar kepada wanita-wanitanya tentang adab-adab. Masalah yang paling besar adalah kerana kita sendiri yang tidak menghayatinya. Ajaran Islam itu tidak dipelajari tetapi hanya meniru apa yang orang lain buat. Sedangkan Islam perlu diamalkan dengan asas ilmu dan kefahaman yang tepat
Mengamalkan ajaran Islam secara ikut-ikutan hanya dapat penat. Tiada pahala bahkan boleh mendatangkan dosa. Bila ini berlaku, maka hasilnya adalah sebagaimana yang kita lihat sekarang ini. Jenayah seksual dan sumbang mahram semakin menjadi-jadi.
Mari kita renung apa kata Nabi SAW dalam hal ini:
Hadis I :
Dari Jabir ra bahawa Ummul Mukminin ,Ummu Salamah rha meminta izin Nabi saw untuk berbekam. Maka Rasululluh saw memerintah Abu Taibah untuk membekam. Kemudian Jabir berkata, “ Saya menduga bahawa Abu Taibah adalah saudara susuan Ummu Salamah atau dia adalah anak lelaki yang belum baligh”. (Riwayat Muslim)
Hadis di atas membuktikan bahawa pemeliharaan aurat telah dititik beratkan oleh Islam sejak dahulu lagi di dalam permasalahan pengubatan.
Hari ini berapa ramai yang tidak ambil peduli bila isteri berjumpa dengan doktor. Masih lagi kita dapati wanita kita berjumpa dengan doktor lelaki sedangkan masih ramai doktor wanita. Begitu juga ketika melahirkan anak, berapa ramai yang tidak memikirkan soal pemeliharaan aurat?
Hadis II
Dari Abu Said Al- Khudri ra, Sesungguhnya Nabi saw bersabda, “Seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat tidak akan keluar rumah (berpergian) seorang diri selama tiga hari atau lebih melainkan ditemani oleh ayahnya, saudara lelakinya, suaminya, anak lelakinya atau lelaki mahram yang lain.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah)
Hal ini berkaitan musafir selama tiga hari atau lebih ketika keadaan aman seperti zaman Nabi dan sahabat. Tetapi untuk zaman ini yang penuh dengan fitnah maka tersangat-sangat perlu diambil berat meski pun kurang dari tiga hari.
Hadis III
Dan dari Aisyah ra, ia berkata, ” Aku masuk ke dalam rumahku yang di dalamnya terdapat (kuburan) Rasulullah saw dan aku melepaskan pakaianku (membuka aurat). Dan aku berkata (sedari) bahawa ianya suamiku dan bapaku (bila Abu Bakar ra dikuburkan di situ). Takala Umar ra dikuburkan bersama mereka, maka demi Allah tidaklah aku masuk melainkan aku akan menutupkan auratku kerana malu kepada Umar ra.” (Riwayat Ahmad)
Hadis di atas kalau direnung menunjukan begitu dahsyat dan begitu perlunya aurat wanita wajib ditutup meski pun pada mereka yang telah mati. Inilah sifat yang ada pada isteri-isteri Nabi saw dan isteri sahabat-sahabat ra-hum di waktu itu. Natijahnya kehidupan mereka terhasil kehidupan “Hayatan Tayyiba”. Namun begitu wanita dan anak perempuan kita masih tetap perlu memelihara aurat mereka di hadapan mereka yang ajnabi (bukan mahram) sebarang waktu.
0 ulasan:
Catat Ulasan