Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Bukan Sekadar Gaji, Wang Pencen Juga Wajar Diserah Kepada Badan Kebajikan

Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran dan Adun Negeri Selangor yang menjadi perbualan hangat kini akhirnya menyerlahkan sikap "talam dua muka" sebahagian wakil rakyat negeri itu. Tidak saja Adun BN yang didapati bersikap demikian, bahkan Adun daripada PR juga nampaknya bersikap sama. Dalam perbahasan mengenai kenaikan gaji itu, sehingga bacaan kali ketiga, semua Adun bersetuju dengannya. Perkara ini didedahkan oleh Exco Selangor, Teng Chang Khim. Yang paling menonjol bersikap demikian ialah Pengerusi PKR, Azmin Ali yang dilaporkan berada di dalam Dewan ketika perbahasan mengenai kenaikan gaji itu tetapi hanya berdiam diri dan tidak membantah apa-apa, namun apabila menyedari isu menjadi perbualan ramai, beliau mengambil sikap menentangnya dan meminta kerajaan negeri menangguhkannya. Beberapa Adun BN juga turut mempertikaikan kenaikan gaji yang melibatkan Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker tetapi tetapi seolah-olah bersetuju dengan kenaikan gaji Adun atas a...

Istanbul, Hangat Dalam Dingin

Berbeza betul wanita Turki di Makkah dengan apa yang saya lihat di negara asal mereka. Di kawasan Masjid al-Haram sebahagian besar kaum hawa Turki yang ditemui ketika sama-sama mengerjakan haji lima tahun dulu kelihatan kasar. Bertubuh sasa dan dengan seluruh anggota – termasuk kepala – ditutupi jubah labuh dan purdah, mereka adalah insan yang seberapa boleh hendak saya elakkan. Berjalan dalam kelompok besar, mereka akan merempuh sesiapa sahaja, tidak kira lelaki atau wanita dari negara lain. Sekurang-kurangnya itulah prejudis saya terhadap mereka setelah beberapa kali tersungkur dirempuh. Malah pernah sekali saya tertonggeng mencium simen Kaabah ketika bertawaf gara-gara disinggung siku wanita bertubuh besar itu. Lain pula yang saya lihat di Istanbul. Sejak tiba di sini dua hari lalu pandangan negatif terhadap mereka ketika di Tanah Suci, terus lenyap. Kini saya mengakui wanita Turki, terutama gadis, adalah insan yang lemah lembut, baik hati dan manis. Mungkin yang ke Makkah ad...

Hikmah Poligami-7: 'Sakit' Ubat Kepada 'Penyakit'

Dari blog matahati; blogger yang sekarang sedang bermusafir di bumi Turki. Dalam sejuk musim dingin kota Istanbul, beliau mengirim 'entry' poligami yang menarik. Sesuai untuk mereka yang sedang menderita nafsunya kerana kesan berpoligami.... "Terima kasih atas nasihat yang diberi, jelaslah saya tidak niatkan diri dan berserah pada Allah. Saya sedar saya hanya manusia/hamba yang kerdil lagi hina. Saya faham dan boleh terima renungan dan teguran tersebut tapi saya masih was-was kerana sejak malam kami dipertemukan, keesokan harinya sehingga kini madu saya complain kepada suami pasal saya dan dia mula mencari gaduh semula dengan saya dan suami.dia memberi amaran kepada suami (dlm fon) supaya saya jangan gedik depan suami (sedangkan madu saya menunjuk-nunjuk peluk cium rajuk kepada suami depan saya).   Lagi dia berkata pada suami supaya lebihkan dia kerana dia yang pertama.suami saya mengiyakan tidak menggeleng pun tidak.Bila suami berada dengan saya ma...

Aplikasi Pemikiran Kreatif Di Dalam Membina Keagungan Islam

Dunia kreatif merupakan alam yang penuh imiginasi. Ianya memungkinkan segala sesuatu. Asasnya bermula pada pemikiran kreatif yang memberi ruang untuk tidak lagi menggunakan kaedah logik. Di dalam berfikir, hanya ada dua kaedah yang diguna pakai oleh manusia di dunia. 1) Pemikiran logik 2) Pemikiran kreatif.  Berfikir secara logik ialah bertujuan mencari hanya satu jawapan bagi setiap persoalan. Jawapannya ialah samada ya atau tidak! Untuk mudah memahaminya, lihatlah pada logik metamatik. 2+2: 4!! Jika dicampur 2 dengan 2 dan kita kata 5 ertinya salah!!  Sedangkan  cara berfikir kreatif membolehkan kita mencari sebanyak-banyaknya jawapan dan semuanya betul dan benar!! Inilah cara berfikir yang mendorong seseorang kreatif dalam meneroka masalah dan kreatif pula dalam menyelesaikannya dengan pelbagai pendekatan. Idea yang ada di dalam pemikiran kreatif tidak pernah habis. Inilah yang dikatakan sebagai inovasi Pemikiran logik adalah pemikiran biasa yang diguna...

Dahsyatnya Amalan Syiah - Mut'ah Dengan Anak Sendiri!!

Imej
  Nikah mut’ah adalah pernikahan tanpa batas yang haram hukumnya kerana melanggar aturan-aturan syariat yang suci. Amalan nikah mut’ah ini telah melahirkan banyak kisah pilu. Tidak jarang pernikahan ini menghimpunkan antara anak dan ibunya, antara seorang wanita dengan saudaranya dan antara seorang wanita dengan bapa saudaranya, sementara dia tidak menyedarinya. Diantaranya adalah apa yang dikisahkan oleh Sayyid Hussain Al Musawi, seorang tokoh Syi’ah murid Ayatullah Ruhullah Al Khomeini yang kemudian bertaubat dan kembali semula kepada Ahli Sunnah. Ia menceritakan dalam kitab Lillahi Tsumma Lil Tarikh: Kisah Pertama Seorang perempuan datang kepada saya menanyakan tentang peristiwa yang terjadi terhadap dirinya. Dia menceritakan bahawa seorang tokoh, yaitu Sayyid Husain Shadr pernah bernikah mut’ah dengannya dua puluh tahun yang lalu, lalu dia hamil dari pernikahan tersebut. “Setelah anak perempuan saya dewasa, dia menjadi seorang gadis yang cantik dan siap untuk nikah.” Na...

Muzakarah Umno - Pas: Biarlah Jadi Kenyataan!!

Kesediaan Umno dan Pas untuk mengadakan perbincangan dan muzakarah sudah pasti disambut baik oleh mereka yang rindukan kepada kedamaian dan keharmonian. Apa lagi mereka yang mual dengan aksi politik keterlaluan sangat mengalu-alukannya. Perbincangan itu sudah pasti ia akan membuatkan hasil yang baik. Kalau ia tidak menyelesaikan semua masalah, tetapi setidak-tidaknya ia memberi peluang kedua-dua pihak mengenai hati budi masing-masing. Kata pepatah Arab kalau kamu tidak dapat semua kamu jangan buang semua. Walaupun skop perbincangan itu nanti luas tetapi seperti mana kata Perdana Menteri, Najib Razak peringkat permulaan ia akan terarah kepada Kelantan terlebih dahulu. Perbincangan ketua kerajaan persekutuan dengan ketua kerajaan negeri. Sebagai rakyat Kelantan yang memahami masalah di Kelantan akibat berbalut dengan politik ekstream dengan ideologi masing-masing saya kira ia tidak memberi kebaikan kepada Kelantan. Kekucahan di antara kedua parti itu Pas dan Umno kerana tiada perb...

Manusia Sanggup Buat Apa Saja Demi Memuaskan Nafsunya!

Imej
Manusia adalah spesis makhluk Tuhan yang berpotensi berbuat apa saja. Manusia boleh merayap seperti ular dan binatang melata, boleh merangkak seperti haiwan, boleh berjalan dan berlari selaju-lajunya dengan pelbagai peralatan ciptaannya. Manusia juga mampu meliuk lentuk tubuh badannya dengan pelbagai gaya. Malah manusia boleh terbang di udara seperti burung, boleh menyelam ke dasar lautan seprti ikan. Dan manusia sekarang mampu berada di ruang angkasa lepas - ribuan kilometer dari bumi. Dahsyatnya makhluk Tuhan yang bernama manusia ini.    Kesanggupan manusia berbuat apa saja sangatlah unik. Keupayaan manusia yang kerdil tapi mampu menguasai seluruh benda dan haiwan di jagat raya adalah pinjaman dari Tuhan semata-mata. Buktinya sekelip mata manusia kerdil ini akan jatuh berguguran - mati dengan pelbagai sebab kejadian seperti yang ditentukan Tuhan. Manusia tidak berupaya mengatasi kuasa Tuhan. Jika manusia sanggup berbuat apa saja, dorongannya tentulah luar biasa. Ia...

Selamat Bercuti - Kawallah Diri Dalam Pergaulan!

Imej
Kepada anak cucu sekelian! Anak-anak GISB HOLDINGS Sdn Bhd sedang mengikuti pelbagai program 'masa cuti'. Sememangnya kami mengawal mereka untuk terus berada di dalam program pendidikan. Membiarkan mereka bercuti panjang tanpa kawalan hanya akan menjerumuskan mereka kepada kelonggaran disiplin ibadah, kerosakan akhlak dan terpengaruh dengan gejala negatif. Justeru program cuti kami tukarkan kepada 'menziarahi keluarga'. Ianya untuk memberi kefahaman kepada mereka bahawa, istilah cuti hanyalah perangkap untuk para remaja bebas dan mula meneroka pengalaman baru. Sedangkan para remaja - jika tidak dipimpin - mereka akan 'meneroka' pengalaman yang negatif yang sangat berleluasa di dalam komuniti remaja di negara kita. Anak cucu sekelian akan melihat dunia sedang berputar dengan laju. Persekitaran kita adalah pelbagai perkara yang mencabar iman dan taqwa sedangkan iman dan taqwa itulah yang sangat kita pertahankan selama ini. Pulang sebent...

Muktamar PAS Ke 59 - Sudah 59 Tahun Usia Perjuangan Dihabiskan!!

Jika kita rajin berlegar di sekitar Shah Alam sehari dua ini, kita pasti akan melihat banyaknya kenderaan berpelekat muktamar PAS. Muktamar PAS yang ke 59 sedang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam. Ianya satu suasana yang selesa bila muktamar dijalankan di tempat yang sedemikian lapang dan berkemudahan lengkap. Tentunya berbeda dengan suasana bermuktamar di pusat-pusat tarbiyah PAS yang  sedang dibangunkan. Muktamar kali ini berlangsung dalam suasana yang lesu dan tidak seghairah tahun lepas. Walaupun muktamar ke59 ini ada pertandingan jawatan saf kepimpinan baru, suasana tetaplah tidak begitu bertenaga. Ianya lebih kepada proses tunduk menyemak kelemahan dan kekurangan serta halangan yang dihadapi. Kegagalan Pakatan Rakyat menguasai pemerintahan negara sedikit sebanyak telah melunturkan semangat sebahagian pejuang PAS.  Ada banyak dilema yang sedang menghantui PAS sekarang. Antaranya ialah; 1.   Kedudukan PAS sebagai sebuah parti Melayu Islam ya...

Taufan Haiyan - Keadaan Filipina Sebelum Dan Selepas Dilanda Taufan Berkelajuan 235Mph

Imej
Taufan Haiyan bukan sekadar taufan biasa. Dengan kelajuan setinggi 235mph, ia dikategorikan sebagai taufan tahap ke-5 yang melayakkannya digelar sebagai typhoon. Taufan ini baru-baru ini telah melanda wilayah Tacloban di Filipina, mengorbankan lebih 10 ribu nyawa, dengan kira-kira 4.3 juta lagi terjejas. Anda boleh melihat ‘kehebatan’ taufan ini melalui gambar perbandingan sebelum dan selepas kejadian taufan berlaku. Berikut gambaran lebih dekat kesan kemusnahan yang berlaku. sumber: billyinfo.blogspot.com