Social Icons

Wednesday, 27 November 2013

Aplikasi Pemikiran Kreatif Di Dalam Membina Keagungan Islam

Dunia kreatif merupakan alam yang penuh imiginasi. Ianya memungkinkan segala sesuatu. Asasnya bermula pada pemikiran kreatif yang memberi ruang untuk tidak lagi menggunakan kaedah logik. Di dalam berfikir, hanya ada dua kaedah yang diguna pakai oleh manusia di dunia. 1) Pemikiran logik 2) Pemikiran kreatif. 

Berfikir secara logik ialah bertujuan mencari hanya satu jawapan bagi setiap persoalan. Jawapannya ialah samada ya atau tidak! Untuk mudah memahaminya, lihatlah pada logik metamatik. 2+2: 4!! Jika dicampur 2 dengan 2 dan kita kata 5 ertinya salah!! 

Sedangkan  cara berfikir kreatif membolehkan kita mencari sebanyak-banyaknya jawapan dan semuanya betul dan benar!! Inilah cara berfikir yang mendorong seseorang kreatif dalam meneroka masalah dan kreatif pula dalam menyelesaikannya dengan pelbagai pendekatan. Idea yang ada di dalam pemikiran kreatif tidak pernah habis. Inilah yang dikatakan sebagai inovasi

Pemikiran logik adalah pemikiran biasa yang digunakan oleh kebanyakan manusia biasa. Pemikiran kreatif adalah pemikiran khusus. Pemikiran logik -walaupun ada banyak jenisnya - tetapi ia hanya ada satu level berbanding pemikiran kreatif yang mempunyai pelbagai tahap atau peringkat. Pemikiran kreatif yang paling puncak ialah apa yang diajar oleh Allah di dalam AlQuran dan diaplikasi oleh para nabi dan rasul di dalam perjuangan mereka. Bukankah para nabi dan rasul itu mempunyai sifat khusus yang tidak ada pada manusia lain iaitu fatanah. 

Lihatlah pada kalimah awal yang diturunkan Jibrail kepada Nabi Muhammad saw iaitu 'Iqra'. Ianya adalah kalimah yang sangat mendorong kreativiti. "Bacalah!!" adalah ungkapan biasa tetapi bila ianya dipilih Tuhan sebagai kalimah pengenalan, tentulah Allah yang maha bijaksana menghendaki kita mengkaji kalimah ini. 

Apabila membaca dikaitkan dengan Tuhan, ertinya hubungan hati dengan Tuhan itulah yang menjadi penentu kreativiti seseorang. Maka para kekasih Allah itu adalah manusia kreatif di zaman mereka. Apa saja yang mereka cetuskan adalah pimpinan dari Allah - hasil penghayatan rasa hati mereka yang takutkan Allah, rasa cemas, bimbang dan gerun dengan neraka Allah. Mereka jadi manusia yang sangat berhalus dalam mengendalikan hati, perasaan, pemikiran dan godaan nafsu atau syaitan. 

Cukuplah dinyatakan bahawa pemikiran kreatif yang diajar oleh Allah kepada para nabi ini telah menjadikan mereka mampu mengubah umat manusia daripada syirik kepada mentauhidkan Allah. Hebatnya panduan yang Tuhan berikan kepada mereka.

Pemikiran logik sepatutnya tidak lagi diajar di sekolah-sekolah kita. Ianya menghalang anak-anak kita memahami cara berfikir yang diajar di dalam Al-Quran. Ianya juga akan mengagalkan mereka dari memahami hal-hal yang tidak logik yang terdapat di dalam Al-Quran dan berlaku secara nyata pada Baginda Nabi saw dan para sahabat.

Bukankah perkara ghaib itu tidak logik pada pemikiran akal biasa sedangkan yang ghaib itulah yang wajib diyakini dan diimani. Dan bukankah mukjizat dan karamah yang berlaku kepada para nabi, rasul serta wali-wali Allah itu adalah di luar logik akal manusia? Sebenarnya Tuhan perlakukan ini semua untuk umat Islam supaya mereka kuat pendirian dalam hal-hal yang tidak logik. Ianya sangat kreatif.

Pemikiran kreatif membenarkan berfikir semua yang tidak logik. Tidak ada salah dan silapnya berbanding pemikiran logik yang sentiasa menghalang untuk berfikir lebih jauh kerana dimomokkan dengan kata-kata tidak logik. Dengan kata lain pemikiran kreatif ini sifatnya melawan logik atau anti logik. Mungkin juga menolak paradigma lama dengan membawa pandangan baru yang lebih kreatif dan segar. Dunia logik sudah mula ditinggalkan orang. 

Untuk Islam naik ke atas dan menguasai dunia, umat Islam mestilah keluar dari kepompong pemikiran logik. Sebaliknya berfikirlah dan berbuatlah apa saja demi untuk Allah dan Rasul. Nanti kita akan temui Islam itu sangat hebat, luas, kreatif dan berkembang merentasi hal-hal masa kini untuk berada jauh di depan orang lain. 

Untuk anda yang sedang meneliti perjalanan GISB HOLDINGS Sdn Bhd dan juga YKPPM yang kedua-duanya diterajui oleh Puan Ibu Hatijah Aam, anda pasti menyaksikan dunia kreatif sebegini sudah lama wujud di dalam kedua-dua entiti ini. Jika anda selidiki, anda akan sedar pemikiran kreaif dan inovasi sedang berkembang dengan rancaknya. Ianya sedang berada dalam momentum yang sedang menaik ke tahap yang makin meyakinkan!! 

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text