Banyak juga cerita yang Pak Lang dengar tentang remaja yang soleh (yang baik, warak dan beriman). Kisah mereka ini agak lucu. Maklumlah remaja yang tidak terdedah dengan maksiaat atau mungkar. Mereka jadi manusia yang tidak pandai dalam hal berkaitan seks atau hubungan suami isteri. Eloklah begitu! Cuma ibu bapa pasangan pengantin sebegini kenalah pandai memahamkan mereka agar bahtera rumah tangga yang dilayari dapat dimulakan dengan penuh indah dan bahagia.
Sememangnya tidaklah dinafikan - terutama dalam jemaah islam - adanya remaja yang begitu bersemangat mentaati perintah Allah. Meraka sangat serius dalam menghayati syariat Allah. Jadilah mereka orang yang warak - yang sangat menjaga halal haram dalam segenap sudut kehidupan atau pergaulan. Bila tiba masanya untuk mereka berkahwin, mereka akan pastikan calon isterinya atau suaminya adalah sealiran dengan jemaah yang diyakininya.
Mereka tidak terlibat sama sekali dalam pergaulan bebas, berfoya-foya dan sebagainya. Hidup mereka penuh dengan aktiviti sembahyang berjemaah, pengajian agama, usrah, qiamullail, dakwah, menerbitkan bahan bacaan islami dan lain-lain aktiviti yang sangat positif. Justeru, mereka sangat berhati-hati menggunakan internet. Sangatlah mereka berusaha mengawal diri agar tidak memandang yang haram yang biasa terdapat di media internet.
Cerita malam pertama ini mengisahkan sepasang pengantin baru yang mengalami kebuntuan komunikasi. Lebih tepatnya kedua-duanya beku dan kaku ketika berdua-duaan di kamar pengantin. Apa yang terjadi kedua-duanya saling membisu. Tidak ada suara yang terbit dari mulut masing-masing. Suara seolah-olah tersekat di kerongkong. Suasana malam kekal sunyi. Hanya yang kedengaran ialah suara jengkerik dan burung 'segan' berbunyi yang menggerunkan.
Itulah kamar pengantin sepasang remaja yang benar-benar tidak terdedah dengan kisah seks bebas atau sebarang pengetahuan mengenai kehidupan yang melanggar batasan syariat.
Pengantin lelaki bernama Hisyam (bukan nama sebenar) manakala pengantin perempuan bernama Munirah (juga bukan nama sebenar). Mereka berkahwin atas dasar taat dengan pilihan emak ayah masing-masing. Mereka bersetuju kerana calon suami atau isteri yang dinyatakan kedua orang tua mereka adalah remaja yang juga sangat berakhlak dan komited dengan jemaah pilihan mereka.
Hisyam masuk ke bilik pengantin tanpa dapat mengucapkan salam. Suaranya tersekat, lidahnya kelu. Isterinya Munirah yang baru dinikahi pagi tadi telah merebahkan diri. Berselimut litup seluruh tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki.
“Malu agaknya. Maklumlah malam pertama…” Hisyam berbisik di dalam hatinya tanpa dia sedar siisteri yang di dalam selimut masih belum tidur.
Hisyam pergi ke sudut bilik. Dalam samar lampu bilik yang penuh romantik itu, dia menunaikan solat taubat dan menutupnya dengan doa yang panjang. Dia merintih kepada Allah swt agar dikurniakan isteri yang solehah dengan harapan mereka dipimpinNya ke jalan yang benar. Dia mengharapkan lahirnya rumah tangga yang tertegak sistem hidup yang membesarkan Allah dan Rasul.
Sebaik selesai, Hisyam melirik sekilas kepada isteri yang masih di dalam selimut. Masih tidak ada sebarang gerak. Bunyi nafas pun tidak kedengaran! Hatinya terdorong untuk menyentuh atau mengejutkannya tetapi dia juga rasa malu. Tangannya menggeletar. Hasrat itu diundurkannya. Lantas, dia pun mematikan lampu dan terus mengucap basmalah lalu berbaring di atas katil di sebelah siisteri. Tibat-tiba Hisyam terdengar suara merdu isterinya penuh romantis memecah kesunyian bilik pengantin mereka. “Buah papaya sudah masak ranum, bilakah tupai nak datang merasa ?”
“Eh, eh!! apa cerita ni?” terperanjatnya Hisyam di dalam hati. Hampir dia bersuara menegur isterinya itu. Tapi diundurkan juga hasratnya kerana menyangka siisteri sedang mengigau. Hisyam tidak dapat melelapkan matanya. Dia teringat 'igauan' isterinya tadi. Dia mengambil kesimpulan akan membawa Munirah, isterinya mencari buah mempelam seperti yang diigaukan itu. Maklumlah baru berkahwin - terasa sangat mahu melayan apa jua kehendak isteri.
SILA BACA SAMBUNGANNYA DI SINI

Macam drama melayu pulak, ada BERSAMBUNG ni.. :)
BalasPadamSaya tunggu cerita hot selanjutnya
BalasPadam