Manusia adalah spesis makhluk Tuhan yang berpotensi berbuat apa saja. Manusia boleh merayap seperti ular dan binatang melata, boleh merangkak seperti haiwan, boleh berjalan dan berlari selaju-lajunya dengan pelbagai peralatan ciptaannya. Manusia juga mampu meliuk lentuk tubuh badannya dengan pelbagai gaya. Malah manusia boleh terbang di udara seperti burung, boleh menyelam ke dasar lautan seprti ikan. Dan manusia sekarang mampu berada di ruang angkasa lepas - ribuan kilometer dari bumi. Dahsyatnya makhluk Tuhan yang bernama manusia ini.
Kesanggupan manusia berbuat apa saja sangatlah unik. Keupayaan manusia yang kerdil tapi mampu menguasai seluruh benda dan haiwan di jagat raya adalah pinjaman dari Tuhan semata-mata. Buktinya sekelip mata manusia kerdil ini akan jatuh berguguran - mati dengan pelbagai sebab kejadian seperti yang ditentukan Tuhan. Manusia tidak berupaya mengatasi kuasa Tuhan.
Jika manusia sanggup berbuat apa saja, dorongannya tentulah luar biasa. Ianya berpunca dari nafsu atau hati. Jika nafsu yang menguasai diri seseorang manusia, berilah apa saja tugasan - jika selari dengan kehendak nafsu, pastilah dia akan berhempas pulas menjayakannya. Demi glamor dan bangga diri, mereka sanggup mengambil risiko kematian.
Sebaliknya - dan inilah yang sepatutnya untuk umat Islam, dorongan untuk berbut apa saja kehendak Tuhan adalah berpunca dari hati yang taat, patuh dan tunduk dengan perintahNya. Jika hati kuat dengan Tuhan, seseorang itu akan sanggup apa saja demi mendapatkan keredhaanNYa. Berbakti kepada Tuhan adalah semulia-mulia pekerjaan di atas muka bumi.
Peluang untuk mendapat pangkat dan darjat di akhirat adalah dengan melakukan apa saja demi Allah dan Rasul. Rasulullah dan para sahabat telah membuktikan betapa tingginya nilai seorang hamba yang syahid pada jalan Allah berbanding kematian sebagai musuh Tuhan.
Mencari glamor, bangga diri dan sombong sudah pasti akan menempah kemurkaan dan azab Allah. Mohonlah berlindung dengan Tuhan agar kita tidak lagi berbuat atas dorongan nafsu atau syaitan laknatullah. Jika kita mencari Tuhan, mendapatkan Tuhan dan memperjuangkan Tuhan di dalam hidup kita, kita akan alami kehidupan syugawi di dunia sebelum syurga yang kekal abadi. Ya Allah rezekikanlah ini semua untuk kami!!
Lihatlah manusia di bawah ini:
Kerja gila! Kerana minat dalam lukisan graffiti di jambatan setinggi itu pun sanggup bergadai nyawa meniti di tepian seluas satu kaki..
sumber: dairishare.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan