Social Icons

Isnin, 4 November 2013

Rasuah Juga Boleh Membawa Maut!



Isu kad pengenalan palsu yang telah membuatkan setengah pihak menjadi berkuasa dengan penuh gaya selama ini telah menunjukkan akibah yang buruknya sekarang ini. Walaupun pemberian IC palsu ini telalh berlaku puluhan tahun dahulu, akibahnya dirasai oleh generasi sekarang ini. Ia melibatkan keselamatan negeri Sabah dan akibah buruknya sudah menjangkit ke Semenanjung apabila terdapat sekurang-kurangnya 20 pemegang ic palsu oleh orang dari Sabah.

Kita telah melihat kematian Norazita Abu Talib, pegawai bank di sebuah bank di Subang Jaya, hasil perlakuan jahanam seorang pengawal keselamatan yang di dapati mempunyai ic palsu. Itulah sebabnya kita tidak boleh berseronok dengan penipuan untuk kuasa untuk jangka masa pendek ini kerana hasil dan akibah buruknya akan di rasakan oleh generasi kita yang akan datang.

 

Itu merupakan ‘tip of the iceberg’ kata perbidalan Inggeris. Tentulah ia melambangkan jumlah yang lebih besar yang mempunyai ic palsu ini dan ia tidak dapat di elakkan yang negara akan jahanam pada suaru ketika nanti. Isu ini adalah isu yang sangat besar.
Saya di lahirkan dan di besarkan di kampung pedalaman. Saya masih ingat orang ramai di kampung di daftarkan semula dan di berikan ic yang baru. Itu sebabnya ramai orag tua-tua dahulu tidak tepat umur sebenarnya dengan apa yang tercatat dalam ic yang baru di buat itu.

 
Bagi Sabah cadangan Jeffrey Kitingan untuk mendaftarkan semula semua rakyat Sabah itu mungkin cara yang terbaik untuk membetulkan keadaan yang terlalu rumit ini. Jika ia boleh di lakukan sebelum merdeka dahulu tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh dilakukan kembali di Sabah bagi mempastikan kita mempunyai senarai nama rakyat yang tepat selepas pendaftaran semula itu.
 
Saya berharap pemimpin-pemimpin serta ‘lawmakers’ dari Sabah akan menyokong cadangan beliau itu semata-mata kerana kepentingan rakyat Sabah sendiri pada masa yang akan datang. Pemimpin-pemimpin Sabah tidak boleh mengharapkan pemimpin dari Semenanjung untuk melakukan perubahan itu kerana pemimpin di Semenanjung kurang memahami sensitiviti rakyat di Sabah.
 
Serupa jugalah pengawal dari Sabah yang mempunyai ic palsu itu tidak memahami kehendak rakyat di Semenanjung itu. Apatah lagi dia itu mempunyai ic palsu dan sekali gus kita tahu yang dia itu tidak lah rakyat negara ini yang tulin. Bagaimanakah kita hendak mengharapkan orang asing ini untuk setia kepada negara semata-mata dia di berikan ic yang palsu.
 
Sedangkan rakyat di Semenanjung yang telah berada di sini untuk generasi ketiga sekali pun masih mempunyai ‘migrant mentality’ bagaimana pula kita hendak mengharapkan orang yang asing hendak memberikan kesetiaan semata-mata kerana mendapat ic palsu itu?
 
Selalunya yang mempunyai ‘migrant mentality’ ini mereka adalah tamak kepada wang ringgit, apatah lagi kuasa politik. Itu sebabnya mereka yang mempunyai ‘attribute’ yang saya sebutkan tadi, mereka akan memegang kuasa dengan begitu lama dan jika boleh mereka tidak mahu langsung menyerahkan kuasa kepada orang lain. 

Kalau mereka berkuasa mereka akan memainkan peranan sebagai ‘tok kong’ yang mahu semua orang tunduk kepada kemahuan mereka sahaja. Mereka bukan sahaja menekan bangsa lain tetapi mereka juga menekan bangsanya sendiri terutamanya yag telah mempunyai keterbukaan pemikiran untuk tidak bersikap rasis yang sangat merbahayakan negara itu.
 
Justeru itu, pemberian ic samada secara palsu atau secara betul kepada pendatang asing itu amatlah merbahaya kepada anak watan yang asal tinggal di negara ini. Keadaan ini telah banyak terbukti dalam mana mereka dan generasi yang telah di terima sebagai rakyat negara masih mempunyai mentaliti pendatang itu sehingga sekarang ini.
 
Walaupun mereka telah belajar di universiti luar negara dan telah menjadi akauntan dan kelulusan iktisad yang lain masih mempunyai mentaliti pendatang ini walau pun mereka merupakan generasi ketiga dan mungkin keempat di negara ini.
 
Berbalik kepada cadangan Jeffry Kitingan semalam, ia elok di berikan perhatian untuk menyelesaikan isu berat ini ‘once and for all’. Daftarkan semula rakyat Sabah itu semula supaya ia dapat mengasingkan yang mana satu rakyat yang asli negara ini dan yang mana satu yang mendapat kerakyatan melalui pemberian ic secara haram dan tidak bermoral dahulu.
 

Orang ramai sudah mula menyedari sikap mentaliti ‘migrant’ ini dan adalah tidak menjadi kejutan jika parti yang di persepsikan sebagai parti chauvinis akan dapat mengekalkan prestasi yang mereka capai dalam PRU yang lalu.
 
Kalau di tanya bagaimana pengawal keselamatan yang membunuh Norazita Abu Talib, seminggu yang lalu mendapat ic palsunya, tentulah ia terbit dari tindakan rasuah yang tidak mempunyai moral dan agamanya.
 
Ini lah juga hasil dari sebuah pentadbiran yang rasuah yang sedang bermaharajalela di negara kita. Tidak ada siapa yang selamat lagi yang terhasil dari budaya rasuah yang tidak terkawal ini. "Orang bawahan pun hendak juga mendapatkan sesuatu melalui rasuah ini, kerana pemimpin tertinggi kerajaan pun menerima wang rasuah, takkan lah yang di bawah ini tidak boleh menerima rasuah" sindir seorang rakan yang bercakap tentang isu pengawal keselamatan yang mempunyai ic palsu itu. KLIK KE BLOG PAK ASPAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text