Putrajaya - Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan berangkat merasmikan Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435 Hijrah/2013 Masehi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Selasa depan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha , turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Juga dijangka hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Majlis berlangsung di Dewan Plenari, PICC bermula 9.30 pagi.
'Wasattiyah Tonggak Kesatuan Ummah' masih menjadi tema sambutan Maal Hijrah kali ini, bertepatan dengan usaha kerajaan yang mahu rakyat negara ini bersatu padu, bekerjasama, saling memahami dan menerima antara satu dengan lain.
Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan juga akan diumumkan pada majlis itu, yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu antaranya berpengetahuan luas dan memberi sumbangan cemerlang dalam perkembangan syiar Islam.
KLIK SUMBER
0 ulasan:
Catat Ulasan