Social Icons

Ahad, 3 November 2013

Suasana Sambutan Maal Hijrah Pada Tahun Lalu (2012)

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2012M
Submitted by sitihariati on November 23, 2012 - 4:07pm
 
Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2012M telah berlangsung dengan jayanya pada 15 November 2012 yang lalu di Dewan Plenari dan Dewan A, Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razaktelah hadir dan merasmikan majlis berkenaan.

Majlis sambutan Maal Hijrah pada tahun ini turut dimeriahkan dengan kehadiran dif-dif kehormat dan tetamu jemputan dalam serta luar negara termasuk 144 kontinjen yang terdiri dari kontinjen Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi Swasta, serta orang awam.

Sempena majlis sambutan pada tahun ini, Kerajaan Malaysia telah mengurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Hadiah wang tunai RM100,000, pingat, plak dan sijil penghargaan disampaikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak kepadabalu Allahyarham, Puan Sri Jamilah Mohd Said.


Selain daripada itu, “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” telah dipilih sebagai tema Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada kali ini bagi menyampaikan mesej yang signifikan betapa perlunya masyarakat menjalani kehidupan yang sederhana dan seimbang dalam meneruskan kesinambungan konsep hijrah yang dipelopori oleh baginda Rasulullah SAW, sekaligus mewujudkan masyarakat cemerlang dalam suasana yang harmoni.














KLIK SUMBER

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text