Jika kita rajin berlegar di sekitar Shah Alam sehari dua ini, kita pasti akan melihat banyaknya kenderaan berpelekat muktamar PAS. Muktamar PAS yang ke 59 sedang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam. Ianya satu suasana yang selesa bila muktamar dijalankan di tempat yang sedemikian lapang dan berkemudahan lengkap. Tentunya berbeda dengan suasana bermuktamar di pusat-pusat tarbiyah PAS yang sedang dibangunkan.
Muktamar kali ini berlangsung dalam suasana yang lesu dan tidak seghairah tahun lepas. Walaupun muktamar ke59 ini ada pertandingan jawatan saf kepimpinan baru, suasana tetaplah tidak begitu bertenaga. Ianya lebih kepada proses tunduk menyemak kelemahan dan kekurangan serta halangan yang dihadapi. Kegagalan Pakatan Rakyat menguasai pemerintahan negara sedikit sebanyak telah melunturkan semangat sebahagian pejuang PAS.
Muktamar kali ini berlangsung dalam suasana yang lesu dan tidak seghairah tahun lepas. Walaupun muktamar ke59 ini ada pertandingan jawatan saf kepimpinan baru, suasana tetaplah tidak begitu bertenaga. Ianya lebih kepada proses tunduk menyemak kelemahan dan kekurangan serta halangan yang dihadapi. Kegagalan Pakatan Rakyat menguasai pemerintahan negara sedikit sebanyak telah melunturkan semangat sebahagian pejuang PAS.
Ada banyak dilema yang sedang menghantui PAS sekarang. Antaranya ialah;
1. Kedudukan PAS sebagai sebuah parti Melayu Islam yang berjaya mengumpulkan banyak undi orang melayu di dalam PRU 13 yang lalu. Jasa PAS di dalam hal ini sepatutnya dihargai dan 'dibayar' dengan 'harga' sewajarnya. Banyak wakil DAP menang atas sokongan orang Melayu /PAS.
2. Sudah banyak suara ahli bawahan yang mengkritik penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang hanya dianggap menumpang di dalam PR. Mereka mengharapkan PAS lebih dominan dalam membuat dasar dan keputusan penting PR di negeri-negeri yang dikuasai PR terutama dari sudut kepentingan Melayu Islam. Sekurang-kurangnya itulah yang ditanggapi setakat ini.
3. Karenah pimpinan DAP yang sangat melampau terhadap isu-isu yang melibatkan agama Islam dan bangsa Melayu. PAS terasa kewujudan mereka tidak dihargai Bahkan PAS semakin terasa setelah selesai PRU 13, DAP sudah mula mempermainkan PAS. Inilah suatu yang malang yang terpaksa di tanggung oleh PAS. Apakah yang dapat diharapkan jika hanya sekadar memegang potfolio agama di dalam kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Pas hanya diiktiraf sebagai penempel bukan sebagai parti teras dalam pakatan yang ingin menyaingi Barisan Nasional itu.
4. Isu (tahaluf syiasi) yang dibangkitkan oleh Pemuda PAS adalah menifestasi suara hati anggota bawahan yang tidak puas hati dengan apa yang PAS dapatkan dari gabungan kerjasama ini. Pada mereka tahaluf syiasi ini perlu dianalisa semula.
5. Kegagalan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam menegur atau membetulkan kelemahan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dilihat sebagai satu pertunjuk lemahnya kepimpinan beliau atau beliau dilihat serba salah dalam menegur kepincangan dalam kelambu sendiri. Di luar, beliau juara tetapi di dalam, beliau ternyata terperangkap. Sebahagian ahli Pas melihat Anwar belum berterima kasih terhadap pengorbanan mereka 'menyokong Anwar' untuk bersama Pakatan Rakyat. PAS menanggung akibat dari kelemahan pentadbiran kerajaan negeri PR yang dilakukan oleh pemimpin dari Keadilan atau DAP. Dan Anwar tidak memperbetulkannya secara tuntas.
PAS sepatutnya menjadikan PRU 13 sebagai garis akhir untuk menyatakan sikap mereka terhadap Pakatan Rakyat. Momentum kemarahan rakyat tidak akan membawa apa-apa lagi selepas ini. Jika mahu mengambil alih Putrajaya, PRU 13 adalah masa terbaik. Sekarang, PAS perlu mengambil pendirian baru. Jika PAS terus kekal di dalam PR, tidak ada apa-apa kemajuan yang akan mereka capai. Mereka patut mencari jalan yang lebih utama dalam situasi ini.
Sebenarnya suatu hal yang lebih penting dalam PAS ialah mentarbiyah ahli. Sejak PAS menguasai Kedah dan berjaya membantu kemenangan PR di Pulau PInang, Perak dan menambah bilangan kerusi PR di seluruh negara, ahli PAS sudah mula goyah. Dunia yang menggamit sudah ada ramai yang menyambutnya. Cita-cita perjuangan mungkin sudah tercemar dengan niat mencari kemewahan dunia.
Umum sudah tahu ada di kalangan pemimpin PAS yang mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Kereta mewah tersadai di sekeliling rumah. Ini semua belum ditinjau pada pemilikan hartanah, projek dan perniagaan. Kemewahan sebenarnya racun di dalam perjuangan Islam. Sukarlah ahli PAS untuk kekal menyokong partinya jika sudah mengetahui situasi sebegini di dalam PAS. Ahli yang jujur akan mencari perjuangan alternatif. Ada yang berharap lebih baik PAS bersatu dengan UMNO daripada terus dipermainkan oleh orang bukan Islam!
Sebenarnya program tarbiyah di dalam PAS patut digembeling semula. Atau jika selama ini program tarbiyah sudah berjalan, bila ada kelemahan, maka perlulah disemak semula konsep tarbiyahnya. Tentu ada yang perlu diperbaiki.
Semakin tinggi PAS menaiki jinjang kuasa, semakin ketara lemahnya jiwa mereka berdepan dengan dunia. PAS tidak wajar membiarkan ahli-ahlinya mempersoalkan para pemimpinnya. Seluruh ahli dan saf kepimpinan PAS sepatutnya diproses semula secara ruhaniah dan dimantapkan jiwa perjuangan mereka bagi menghadapi cabaran yang makin membesar.
0 ulasan:
Catat Ulasan