Social Icons

Khamis, 21 November 2013

Dahsyatnya Orang-Orang Tuhan!! Hidup Dalam Kemiskinan Ketika Dunia Dan Kekayaan Terjelepak Di Tangan Mereka!!

Orang-orang pilihan Tuhan tidak takut dengan kemiskinan. Bahkan dalam kemiskinan itu pun mereka mampu membela dan menaungi orang lain. Mereka masih dapat membantu orang yang susah dan menderita. Berapa ramai di kalangan mereka yang tidak tidur malam demi membantu dan berkhidmat pada orang lain. Inilah nilai mereka sebagai orang-orang pilihan Tuhan.

Adalah suatu yang pelik- menurut pandangan orang-orang kafir, bilamana Tuhan membiarkan para pejuangnya hidup dalam kemiskinan. Mereka malah mengejek-ngejek umat Islam, Inilah yang dinyatakan  Allah di dalam Al-Quran;

"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: Sesungguhnya Allah itu miskin sedangkan kami kaya'. Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka):` Rasakanlah olehmu azab yang membakar."

Ibnu Ishak dan Ibnu Abu Hatim mengatakan bahawa sebab turun ayat ini ialah hadis dari Ibnu Abbas katanya, "Abu Bakar masuk ke rumah seseorang bernama Madras. Didapatinya di sana telah berkumpul orang-orang Yahudi sedang menghadap pemimpin mereka bernama Fanhas. Kata Fanhas kepada Abu Bakar, 'Demi Allah, wahai Abu Bakar! Sebenarnya kami ini tidak perlu kepada Allah, sebaliknya Dialah yang perlukan kami! Seandainya Dia kaya, tentulah Dia tidak perlu meminta pinjaman kepada kami sebagaimana diakui oleh sahabatmu itu!' Abu Bakar pun marah lalu menampar mukanya.

Lalu Fanhas ini pergi menemui Nabi saw. katanya, 'Hai Muhammad! Lihatlah ini apa yang telah dilakukan oleh sahabatmu kepada saya!' Jawab Nabi saw., 'Hai Abu Bakar, apa yang menyebabkanmu melakukan itu?' Jawabnya, 'Wahai Rasulullah! Ia telah mengeluarkan kata-kata berat, dikatakannya bahwa Allah miskin sedangkan mereka kaya.' Fanhash menolak keterangan itu, tetapi Allah menurunkan ayat, 'Sungguh Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan, 'Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya...'" (Al-Imran 181)

Menurut satu pandangan lain oleh Ibnu Abu Hatim, sebab turunnya ayat di atas ialah berdasarkan hadis Ibnu Abbas juga, bahawa orang-orang Yahudi datang kepada Nabi saw. sewaktu Allah menurunkan ayat, "Siapakah yang bersedia memberi pinjaman kepada Allah dengan suatu piutang yang baik?" Kata mereka, "Hai Muhammad! Rupanya Tuhanmu jatuh miskin, sehingga ia meminta pinjaman kepada hamba-Nya!" Maka Allah pun menurunkan ayat, "Sungguh Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan 'Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya.'" (Ali Imran 181)

Dalil dari Al-Qur’an adalah firman Allah
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
 وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat-gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat-ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” (Al-Baqarah: 245)

Suatu hari ketika Sayyidina Ali kwjh pulang ke rumah, isterinya Saiydatina Fatimah rha hanya menghidang air. “Tidak adakah makanan untuk dimakan bersama-sama?” tanya Saiyydina Ali. Jawab Fatimah, “Sudah dua hari kami hanya minum air!”.

Saiydina Ali pun keluar untuk meminjam 1 dirham untuk membeli makanan. Seelok dapat, beliau terus ke kedai tapi di dalam perjalanan beliau ternampak seorang Sahabat yang murung. Didapati sahabat itu pun mengalami masalah yang sama. Saiydina Ali terus menyerahkan 1 dirham kepada sahabat tadi dan terus ke masjid untuk bersembahyang dengan Rasulullah SAW. 
Selesai bersembahyang, Rasulullah SAW mengikuti Saiydina Ali dan berkata mahu makan bersama. Sampai di rumah, Saiydina Ali tercium bau makanan yang sedap. Hairan dia, lalu bertanya isterinya; “Kata tadi tiada makanan?”. Rasulullah SAW pun menjawab, “Itulah makanan dari syurga, Allah membayar wang 1 dirham yang kamu korbankan itu”.

Cerita di atas tadi memang sebuah sejarah yang benar-benar berlaku di atas nama Islam. Di dalamnya terdapat 3 kenyataan yang sungguh hebat.

1. Kemiskinan atau kesusahan hidup Sahabat.
2. Rasulullah SAW tahu tentang sesuatu kejadian yang tidak diberitahu pada Baginda.
3. Balasan Allah yang sangat besar kepada hamba yang sangat berbuat baik kepadanya.

Soalnya kenapa Allah Yang Maha Kaya mentaqdirkan para Sahabat kadang-kadang berada di dalam kesusahan yang begitu dahsyat? Mereka hidup miskin tanpa harta. Mereka berpuasa ketika tiada makanan yang boleh dimakan. Tidakkah itu boleh ditafsirkan bahawa Tuhan dan Nabi orang Islam miskin lalu orang takut dengan Islam? Padahal hakikatnya tidak pun begitu.

Sebenarnya, Allah memang suka untuk menimpakan kesusahan-kesusahan kepada orang-orangNya sekali-sekala, diselang seli dengan kenikmatan-kenikmatan supaya jalan mereka kepada Allah tidak putus. Kesusahan sebenarnya perlu untuk hamba merasakan mereka memerlukan Tuhannya. Saiyidina Ali kwjh dalam kisah tadi, kelihatan cukup kuat bilamana wang cuma 1 dirham yang begitu diperlukannya itu, sanggup dengan mudah diberikannya saja kepada orang lain. Hebatnya beliau. Hingga mampu mencipta sejarah yang begitu agung! Apakah rahsia kekuatannya dan untuk apakah sejarah yang begitu sekali kekuatannya direkodkan oleh Islam?

Ya, bilamana orang mempunyai Allah, hubungan hati tidak putus-putus dengan Allah, sedangkan Allah ialah segala-galanya. Maka demikianlah halnya kekuatan jiwa yang dimilikinya; yakni sanggup, berani dan yakin untuk melakukan akhlak yang luarbiasa seperti kisah di atas. Kesusahan yang bertimpa-timpa yang Allah hentakkan kepadanya, bukannya membuatkan dia sakit jiwa, bahkan dia bahagia; kerana menurutnya Allah sedang memberi perhatian istimewa kepadanya. 
Dia yakin, seberat manapun kesusahan yang ditanggung, nescaya Allah tidak akan pernah mensia-siakannya. Ertinya orang Islam bilamana mampu mendapatkan Tuhannya. Kesusahan mampu diambilnya sebagai keperluan dan kebahagiaan! Lantas musuh-musuh yang menyaksikan pasti takut untuk berdepan. Sebab menyusahkan orang Islam bukan menyiksakan mereka, bahkan satu keperluan dan kebahagiaan mereka. Alhasil Saiyidina Ali salah seorang tokoh besar Islam, telah dapat memenangi kemampuan kepimpinan orang-orang bukan Islam, kerana mampu menjadi bapa kepada janda-janda, anak-anak yatim dan orang miskin. 
Padahal pemimpin-pemimpin dunia dilantik Yahudi, bukan saja tidak membela, bahkan janda, anak yatim dan orang miskin dijual untuk membuat kekayaan kepada dirinya. Itulah akibat takut dengan kesusahan, takut dengan kematian. Pemimpin yang tidak takut susah itu nescaya mampu untuk membuang kepentingan diri demi untuk menyelamatkan rakyatnya dunia akhirat.

Kerajaan Allah itu sebenarnya ialah kerajaan yang membekalkan matahari dan udara oksigen kepada kerajaan bumi. Allah pasti akan membayar kerja-kerja yang dibuat untuknya jauh lebih hebat dari kerajaan lahir membayarnya. Bukti, kepada Yahudi itupun Allah boleh benarkan mereka terus bernafas, sedangkan nafas hak Allah.

Ya, nafas! Nafas itu pasti ada selagi hidup sekali pun kita tidak nampak dan tak dapat memegangnya. Begitulah cara Allah. Itulah 'teknologi roh' mentadbir. Dan begitulah juga caranya Allah telah dan akan uruskan pembayaran-pembayaran kepada pejuang-pejuangnya yang full time untuk memperjuangkan Allah dan Rasul, berjuang untuk menjadikan Islam itu dilihat kaya, berwibawa dan mampu menaungi seluruh bangsa di dunia. 
Ini semua bukan menggunakan teknologi dunia tapi dengan teknologi roh: Bukankah roh itu suatu yang pasti ada tapi tidak dapat dilihat dan tidak boleh dipegang. Tidak terduga oleh akal namun ianya benar-benar sebuah kenyataan. Di dalam sejarah budaya hidup orang Islam teknologi roh ini adalah suatu yang lumrah. Dengan kata lain, teknologi roh ini ialah bantuan Allah dan pertolonganNYa!! Tuhan menolong hamba-hambaNya yang bertaqwa. 
Kekayaan dan kebesaran itu Tuhan kurniakan kepada hamba-hambaNya yang sangat merasa diri mereka hina, lemah dan berdosa. Ketika mereka cemas dan tidak menginginkan kemewahan dunia itulah, Tuhan kurniakan dunia untuk mereka tadbir.  Hanya mereka sahaja lah yang layak untuk mengurus dunia kerana pastilah mereka akan menggunakan dunia itu untuk terus membesarkan Allah dan Rasul. 
Dunia dijadikan alat atau wadah untuk Islam itu dilihat mampu mentadbir seluruh jagat-raya. Jadi dengan dunia yang sudah tidak melekat di hati, Islam dilihat kaya di tangan mereka. Kalaulah Islam oleh Nabi Muhammad tidak cukup kaya waktu itu, masakan kekayaan Yahudi boleh tumbang dan dunia akhirnya menyerah diri kepada Islam untuk selama 700 tahun lamanya.

Justeru usahakanlah untuk bekerja sepenuh masa - mengorbankan seluruh hidup mati kita demi memperjuangkan keagungan Allah swt dan mengajak manusia merindui Baginda Rasulullah saw. Jika kita memiliki perniagaan atau aset, jadikanlah semuanya sebagai saham kita di akhirat. Bahkan gunakan apa saja yang kita ada dengan niat yang sebegini agar hidup kita mempunyai matlamat yang jelas dan akan menyelamatkan kita selepas kita berpindah alam ke alam barzakh!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text