Social Icons

Khamis, 28 November 2013

Hikmah Poligami-7: 'Sakit' Ubat Kepada 'Penyakit'

Dari blog matahati; blogger yang sekarang sedang bermusafir di bumi Turki. Dalam sejuk musim dingin kota Istanbul, beliau mengirim 'entry' poligami yang menarik. Sesuai untuk mereka yang sedang menderita nafsunya kerana kesan berpoligami....

"Terima kasih atas nasihat yang diberi, jelaslah saya tidak niatkan diri dan berserah pada Allah. Saya sedar saya hanya manusia/hamba yang kerdil lagi hina. Saya faham dan boleh terima renungan dan teguran tersebut tapi saya masih was-was kerana sejak malam kami dipertemukan, keesokan harinya sehingga kini madu saya complain kepada suami pasal saya dan dia mula mencari gaduh semula dengan saya dan suami.dia memberi amaran kepada suami (dlm fon) supaya saya jangan gedik depan suami (sedangkan madu saya menunjuk-nunjuk peluk cium rajuk kepada suami depan saya).
 
Lagi dia berkata pada suami supaya lebihkan dia kerana dia yang pertama.suami saya mengiyakan tidak menggeleng pun tidak.Bila suami berada dengan saya madu saya akan kerap menelefon dan mula mencari salah suami atau keadilan dalam giliran hari.Daripada saya boleh bersabar sehinggalah saya juga berselisih dengan suami kerana percakapan madu.
 
Saya buntu fikirkan adakah madu saya juga ikhlas atau berlakon seperti saya hanya untuk mendapat perhatian suami. Kalaulah saya boleh meluahkan segala-galanya tentang madu saya bahawa dia juga pernah mengada-adakan cerita yang buruk pada saya dan suami. (saya tahu daripada mertua dan kakak ipar saya). 

Selama ini suami saya tidak pernah berahsia dengan saya walau sebesar zarah pun tentang perangai madu. Jadi saya mohon penerangan yang mendalam dalam kes saya ini.Saya minta maaf kerana saya memperlakukan blog tuan pengarang seperti mahkamah syariah pula.Tiada siapa disekeliling saya yang mengalami masalah@pengalaman seperti saya jadi mereka tidak pandai untuk memberi nasihat. 

Adakah saya perlu bersabar lagi serahkan segalanya kepada suami dan Allah dan menunggu perubahan atau ini sememangnya takdir saya.Maaf ayat yang diguna tidak beberapa jelas dan berkecamuk".

Terima kasih kepada Jasika Kaqa kerana merespon jawapan kami tempuh hari. Jika puan rasa yang penerangan kami dapat menjawap persoalan puan, itu semua adalah dari Allah dan RasulNya. Tetapi jika jawapan tersebut tersasar jauh, maka itu ternyata kelemahan kami sendiri.

Untuk menjawab pengaduan kedua, setakat ini cukuplah saya sertakan di sini sebuah perbualan antara dua orang kawan beberapa bulan sebelum salah seorang dari mereka meninggal dunia. Sekalipun arwah Puan Fadhilah sedang berhadapan dengan kanser, tetapi hatinya telah terubat dengan poligami. Ikuti perbualan mereka:

"Terima kasih puan. Khabar saya macam biasalah. Macam Abuya kata, setiap saat menunggu kematian!" suara Fadhilah kedengaran ceria saja. "Dengar suara ceria je. Tak macam orang sakit pun," usik kawannya

"Yelah ...Abuya dah siapkan semuanya. Sebelum saya mati, Abuya dah bagi madu pada saya. Suami dan anak-anak ada yang jaga bila saya pergi nanti. Mereka pun dah serasi sebelum saya tinggalkan", puan Fadhilah bercerita.

"Bertuahnya Fadhilah ...bahagia dengan poligami nampaknya", kata kawannya lagi

"Apa tidaknya puan. Abuya bagi hadiah besar. Saya sakit barah dah bertahun, sakit tiap hari, tapi satu mazmumah pun tak berkurang. Sombong makin tebal, cemburu makin teruk, dah sakit barah pun masih suka sakitkan hati suami dan orang lain juga.  Rupanya sakit jasad tak banyak mengubah perangai. Tapi bila Abuya bagi poligami, baru tau mazmumah kita macam mana, tunggang terbalik dibuatnya", Fadhilah tertawa kecil

"Jadi poligami lebih sakit dari kanser payudara ke?" kawannya cuba menduga

"Dah tentulah ....sakit yang tak nampak, sakit nafsu ...sakit dalam. Tapi ada kebaikannya. Badan tak sakit, tapi nafsu yang kena belasah. Sedangkan sakit barah, badan je sakit, tapi nafsu tetap je sehat, makin gemuk pula" jelas puan Fadhilah

"Macamana tu? Sakit barah tapi nafsu gemuk?" tanya kawannya yang seakan keliru

"Yelah ...bila saya sakit barah mulalah minta simpati suami ...suami pun kesian saya, manjakan saya, tak sampai hati nak arah-arah saya, betapalah nak poligamikan saya. Keluarga, kawan-kawan pun kata begitu. Kesian Fadhilah dahlah sakit barah nak kena poligami pula nanti makin sakit, kesian." 
"Jadi suami pun ikut cakap-cakap tu, konon-konon kesian isteri sakit, jangan ditambah pula masalahnya, nanti makin sakit. Akibatnya makin sehatlah nafsu saya. Sedangkan sakit barah tak sembuh juga. Jadi saya dapat dua penyakit, sakit barah dan sakit mazmumah", panjang lebar penjelasan Puan Fadhilah

"Oohh ..."

"Ye puan...Abuya faham sebenarnya apa penyakit saya yg paling parah, bukan barah tu, tapi hati yang penuh mazmumah. Patutlah Abuya kata, kalau Fadhilah poligami, nanti sehatlah dia tu", kata Puan Fadhilah lagi

"Hemmm ....rupanya yg Abuya kata sehat tu sehat hatilah ye ...??", tanya kawannya semula

"Moga-moga begitulah puan...jangan saya rugi dua kali ...sudahlah badan sakit barah, hati pula sakit mazmumah. Abuya kata, sakit barah tak berdosa, tak kena siksa, tapi sakit mazmumah boleh bawa ke neraka" jelas Puan Fadhilah lagi

"Alhamdulillah ...hari ini saya dapat ilmu besar dari Fadhilah. Sebelum ini dah baca dalam buku Abuya, tapi hari ini dapat testimony live dari Fadhilah", ucap kawannya

"Yelah bu ..roh kita sama-sama diproses, untuk saya beginilah pengalamannya. Untuk orang, lain pula agaknya. Saya rasa sungguh baiknya Abuya, tolong didik dan baiki hati saya. Takkan pernah jumpa pemimpin seperti dia. Tau penyakit kita dan tau pula mengubatnya" tegas puan Fadhilah dengan yakin

"Ye kita saling mendoakanlah ye, moga kita selamat sampai ke akhirat", pinta kawannya

"InsyaAllah, sama-sama mendoakan"

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text