GISB HOLDINGS Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat korporat yang memberi peluang anak-anak stafnya menceburi bidang sukan berkuda. Sepertimana termaklum, sukan berkuda merupakan sukan yang termahal untuk diteroka dan dikendalikan. Harga seekor kuda yang mencecah puluhan atau ratusan ribu bahkan jutaan ringgit menjadikan sukan ini begitu eksklusif di kalangan penggemarnya.
Apa yang menarik, di sebalik kekangan yang pelbagai, GISB HOLDINGS Sdn Bhd telah berjaya mewujudkan 'stable kuda' atau pusat rekreasi berkuda di merata tempat di dunia ini. Hebat bukan? Antara lokasinya ialah di Kg Pochan, Jitra, Kedah, di Kg Bt Hampar, Perak, di Kg Gong Kulim, Kelantan, di Pekan Baru, Indonesia, di Perth, Australia, di Jerash, Jordan, di Arab Saudi dan di Kaherah, Mesir. Jumlah semua kuda GISB HOLDINGS Sdn Bhd di semua tempat ini melebihi 50 ekor dengan nilai lebih dari RM5juta.
Sukan berkuda adalah sukan yang digalakkan oleh Baginda Nabi SAW. Ianya sunnah yang sangat diberi perhatian oleh generasi umat Islam sejak zaman berzaman. Di negara kita Malaysia, tidak banyak pusat rekreasi sebegini. Justeru inisiatif GISB HOLDINGS Sdn Bhd menyediakan kemudahan rekreasi sebegini sangat tepat dan bersesuaian dengan keperluan remaja masa kini.
Remaja GISB HOLDINGS Sdn Bhd berpeluang meneroka kemahiran tentang kuda seawal usia 12 tahun. Mereka diajar asas-asas tentang kuda, dilatih memandikan kuda, membersihkan paddock, memberi makan, menyiapkan peralatan menunggang dan sebagainya. Ramai di kalangan mereka yang sudah mahir dan dihantar bergilir-gilir ke semua tempat (Stable Kuda) GISB HOLDINGS Sdn Bhd seperti di atas. Mereka berpeluang bermusafir ke banyak negara di dunia berbanding remaja yang lain.
Banyak pengalaman yang mereka tempuh. Mereka boleh memilih untuk mahir dalam pengurusan kuda atau pengurusan stable atau perawatan kuda dan sebagainya. Bagi yang berbakat, ada pula peluang untuk mereka memahirkan diri dalam pelbagai aktiviti tunggangan kuda. Ramai di kalangan mereka sudah sampai ke tahap profesional dan mampu memasuki pertandingan dalam sukan berkuda di dalam dan di luar negara.
Sememangnya sukan berkuda sangat sesuai dijadikan aktiviti remaja kita. Ianya sangat membantu mendekatkan mereka dengan Rasulullah saw dan para sahabat. Perjuangan Baginda saw yang sarat dengan pengorbanan, pertahanan negara, perluasan wilayah dan juga perdagangan adalah pertunjuk pada pentingnya kuda dalam sejarah Islam.
Walau bagaimanapun, guru-guru pelatih GISB HOLDINGS Sdn Bhd sentiasa diingatkan untuk mentarbiyah hati para pelajar ke atas terus menghayati Rasululah saw, para sahabat dan kaum keluarga Baginda SAW. Inilah intisari dan ciri istimewa pusat latihan berkuda GISB HOLDINGS Sdn Bhd di mana saja.

Tanpa peringatan dan tarbiyah, sukan berkuda ini akan menjadi seperti aktiviti biasa lainnya yang tiada rasa terhubung dengan Baginda SAW selaku manusia agung yang sangat perlu kita ingati, cintai dan rindui.
Pak Lang akan paparkan laporan khusus tentang PUSAT LATIHAN BERKUDA IKHWAN dua tiga hari lagi. Maksud Pak Lang ini semua bertujuan membantu memberikan maklumat kepada semua ibubapa yang berminat menghantar anak-anak mereka berlatih menunggang kuda sepanjang cuti persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi. PUSAT LATIHAN BERKUDA IKHWAN akan menemukan anak anda dengan sesuatu yang sangat penting dalam memberi kesedaran, keinsafan dan meningkatkan jati diri remaja masakini.

0 ulasan:
Catat Ulasan