Setiap insan akan sentiasa menempuh ujian. Allah timpakan berbagai 'ujian peperiksaan' bagi melihat siapakah di kalangan hambaNya yang benar-benar beriman. Keyakinan kepada Allah dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Zat yang maha kuasa itu akan hanya berlaku pada hati yang mempunyai rasa takutkan Allah dengan sebenar-benar takut.
Rasa takutkan Allah adalah rasa yang utama. Biasanya dengan kasih sayang Allah, Dia akan menguji siapa sahaja di kalangan hambaNya dengan ketakutan. Sepatutnya ketakutan terhadap apa sahaja di dunia ini boleh membawa sihamba untuk rasa takut setakut-takutnya kepada Allah kerana di sisi Allah adalah puncak bagi segala ketakutan. Bukankah Allah mempunyai neraka yang amat dahsyat?
Jadi apa sahaja ketakutan yang ditempuh di dunia ini sepatutnya membawa rasa takut kepada Allah. Inilah didikan Islam. Ujian yang berbagai-bagai ini akan sentiasa berlaku sehingga kita mati yang mana mati adalah kemuncak ketakutan manusia di dunia. Inilah proses yang Allah lakukan agar manusia tidak lepas daripada diingatkan tentang perlunya rasa takutkan Allah.
Apa yang perlu diingat ialah proses membawa hati mendapat rasa takutkan Allah ini tidak mudah berlaku. Ianya perlukan pimpinan dan panduan daripada guru atau mursyid. Seseorang yang hidupnya tanpa pembimbing akan mudah disesatkan oleh syaitan dan nafsu. Hendak membuat kebaikan pun nafsu dan syaitan sudah berjaya pesongkan niat apatah lagi dalam menghadapi ujian!!
Sebab itu dalam hidup kta, perlu dicari pemimpin yang boleh memandu jalan rohani kita kepada Allah. Hanya guru dan pemimin rohani sahaja yang mampu menunjuk jalan selamat dalam menempuh ranjau kecelaruan dunia akhir zaman yang serba mencabar ini. Apa yang ada pada mursyid atau guru itu tidak lain dan tidak bukan adalah keberkatan. Hakikat keberkatan ialah aliran keredhaan Allah pada orang yang bertaqwa di kalangan hamba-hambaNya. Bukankah Allah itu pembela kepada orang-orang yang bertaqwa?
Cuba kita lihat kes kanser atau barah payu dara. Aruah emak Pak Lang meninggal dengan taqdir Allah membawa kesan dari penyakit ini. Tanpa ada rawatan awal, emak menderita kesakitan yang tidak sedikit. Hanya ke hospital Kangar setelah keadaan sedemikian parah. Dan hospital akhirnya tidak dapat berbuat apa-apa!
Kanser payudara adalah salah satu penyakit yang paling ditakuti para wanita kerana wanita menjadi sasaran utama jangkitan penyakit itu. Pada masa kanser berkembang di tubuh, bukan hanya rangkaian payudara saja yang berisiko dibuang tetapi juga membahayakan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Maka ramailah wanita yang lemah imannya masih tidak nampak perlunya mereka takutkan Allah.
Dalam kes barah atau kanser payu dara ini, sebenarnya seseorang pesakit itu perlu difahamkan terlebih dahulu tentang kuasa Allah. Mereka perlu disedarkan dan diinsafkan tentang hakikat diri insan yang lemah dan tidak mampu. Perlu dibawa hati mereka merasakan agungnya dan mutlaknya kuasa Allah. Tidak ada daya upaya atau kepakaran manusia berbanding dengan maha kuasanya Allah.
Secara semula jadi, insan perlu terus di'ikat' hatinya dengan Allah. Fitrah manusia yang mempunyai rasa berTuhan akan memudahkan proses menerima ujan kesakitan. Malangnya tidak semua hospital atau klinik yang mempunyai doktor yang mampu membisikkan kata-kata yang menyentuh hati agar kembali mempunyai rasa berTuhan.
Mereka yang menempuh gejala awal penyakit kanser payudara iaitu timbulnya benjolan di kawasan payudara tidak perlu panik!! Ketika payudara disentuh, mungkin ada bahagian seperti gumpalan daging di payudara. Apa yang penting ialah berusaha membawa hati untuk melihat kekuasaan Allah. Bahkan membawa hati untuk bersangka baik dengan Allah.
Para doktor yang berpengalaman mengatakan bahawa 80% daripada ketulan di payudara adalah tumor jinak. Kebanyakan benjolan tersebut bukan lah kanser. Hal ini terutama berlaku jika seorang wanita itu baru berusia 30 tahun. Risiko terkena kanser payudara lebih kecil daripada mereka di usia 40 tahun ke atas. Faktor keturunan juga mempunyai risiko.

Kadang-kadang penyakit yang datang bukanlah teruk pun, tetapi hati yang jauh dengan Allah sudah gelabah, keluh kesah dan rasa dunia sudah gelap. Mula fikirkan hal yang macam-macam. Keadaan belum tentu apa-apa lagi tetapi fikiran, hati dan jiwa sudah membayangkan hal yang negatif.
Semangat untuk hidup jatuh mendadak seolah-olah Tuhan tidak ada. Seolah-olah yang mendatangkan sakit itu bukan Tuhan!!.Sedangkan jika bertenang sambil mengingati Allah, kita akan nampak sesuatu yang baik di sebalik ujian yang menimpa. Itulah hikmah!! Hikmah yang didapatkan itu adalah ubat yang paling mujarab dalam menghadapi setiap ujian.
Jadi yang penting jangan gelabah, jangan melatah, jangan salah menyalah dan jangan hilang arah. Renung semula perjalanan hidup kita untuk kita muhasabah, bertaubat dan meminta keampunanNya dan mulakan perjalanan hati menuju Tuhan!! Semoga Allah bantu para pembaca blog ini yang sedang dirundung malang. Ingatlah Allah sentiasa menginginkan kebaikan untuk kita. Bukankah Allah itu maha baik dan maha mencintai kita?

0 ulasan:
Catat Ulasan