Aqiqah atau akikah (bahasa Arab, عقيقة) adalah menyembelih kambing sebagai rasa syukur atas kelahiran anak yang baru lahir. Seekor kambing untuk anak perempuan dan dua ekor kambing untuk anak laki-laki. Hukum nya sunat muakkad ke atas sibapa.
DEFINISI APA ITU AQIQAH (AKIKAH)
Dari sudut bahasa: aqiqah adalah memotong (al-qat'u) atau nama untuk rambut pada kepala bayi yang dilahirkan (اسم للشعر على رأس المولود).
Dari segi syarak pula, aqiqah adalah haiwan yang disembelih sebagai melahirkan rasa syukur atas kurnia Allah atas kelahiran anak laki-laki atau perempuan.
Al-Ghazi dalam kitab Fathul Qorib al-Mujib mendefinisikan aqiqah sebagai:
(الذبيحة عن المولود يوم سابعه) أي يوم سابع ولادته بحسب يوم الولادة من السبع)
Kambing yang disembelih untuk bayi pada hari ketujuh kelahiran.
(الذبيحة عن المولود يوم سابعه) أي يوم سابع ولادته بحسب يوم الولادة من السبع)
Kambing yang disembelih untuk bayi pada hari ketujuh kelahiran.
DALIL DASAR HUKUM AQIQAH (AKIKAH)
كل غلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم سابعه ويحلق ويتصدق بوزن شعره فضة أو ما يعادلها ويسمى
Ertinya: Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, maka pada hari ketujuh disembelih haiwan, dicukur habis rambutnya, dan diberi nama.
(Hadits Riwayat Ahmad dan Imam Empat - Hadits sahih menurut Tirmidzi)
(Hadits Riwayat Ahmad dan Imam Empat - Hadits sahih menurut Tirmidzi)
مع الغلام عقيقه فأهريقوا عنه دما وأميطوا عنه الأذى
Ertinya: Setiap anak bersama aqiqahnya, maka sembelihlah hewan dan hilangkanlah gangguan darinya (Sahih Bukhari)
أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَمْرَهُمْ أَنْ يُعَقَّ عَنْ اَلْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ, وَعَنْ اَلْجَارِيَةِ شَاةٌ
Ertinya: Rasulullah Saw memerintahkan mereka agar beraqiqah dua ekor kambing yang sepadan (umur dan besarnya) untuk bayi laki-laki dan seekor kambing untuk bayi perempuan. (Hadits riwayat Abu Daud)
وَزَنَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ شَعَرَ حَسَنٍ وَحُسَيْنٍ، فَتَصَدَّقَتْ بِزِنَتِهِ فِضَّةً.
Ertinya: Fatimah Binti Rasulullah SAW (setelah melahirkan Hasan dan Husain) mencukur rambut Hasan dan Husain kemudian ia bersedekah dengan perak seberat timbangan rambutnya. (Hadits riwayat Malik dan Ahmad)
مَنْ اَحَبَّ مِنْكُمْ اَنْ يُنْسَكَ عَنِ وَلَدِهِ فَلْيَفْعَلْ عَنِ الْغُلاَمِ شاَتَاَنِ مُكاَفأَ َتاَنِ وَعَنِ الْجاَ رِيَةِ شاَةٌ
Ertinya: Barang siapa diantara kamu ingin beribadah tentang anaknya hendaklah dilakukan aqiqah untuk anak laki-laki dua ekor kambing yang sama umurnya dan untuk anak perempuan seekor kambing (Hadits riwayat Abu Daud dan Nasai)
أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنْ اَلْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا
Ertinya: Nabi beraqiqah untuk Hasan dan Husein masing-masing seekor kambing kibas.
(Hadits riwayat Abu Daud)
APA YANG DIBACA KETIKA MENYEMBELIH HAIWAN AQIQAH?
Sunnah membaca niat untuk aqiqah (akikah) seperti: dibacakan lafaz dalam bahasa arab dengan di sebutkan nama ........بسم الله، اللهم لك وإليك عقيقة
Sebutannya: Bismillah Allahumma laka wa ilaika aqiqatu ... [sebutkan nama]
Ertinya; Dengan menyebut namaMu Ya Allah, sembelihan ini adalah untukMu dan kepadaMu Aqiqah ini atas nama....................
Ertinya; Dengan menyebut namaMu Ya Allah, sembelihan ini adalah untukMu dan kepadaMu Aqiqah ini atas nama....................
HUKUM AQIQAH (AKIKAH)
Ada tiga pendapat ulama dalam masalah status hukum akikah iaitu wajib, sunnah mu'akkad dan sunnah. Menurut madzhab Syafi'e hukumnya adalah sunnah (mustahab) apabila mampu.
SYARAT HAIWAN AQIQAH (AKIKAH)
Adapun syarat haiwan (kambing atau lembu atau kerbau) yang dapat dijadikan aqiqah itu sama dengan syarat haiwan qurban (kurban):
- Kambing: sempurna berusia 1 (satu) tahun dan masuk usia (dua) tahun.
- : sempurna berusia 6 (enam) bulan dan masuk bulan ke-7 (tujuh).
- Tidak boleh ada anggota badan hewan yang cacat.
- Dagingnya tidak boleh dijual.
WAKTU PELAKSANAAN AQIQAH (AKIKAH)
- Waktu pelaksanaan aqiqah disunnahkan pada hari ketujuh lahirnya anak sekaligus memberi nama.
- Yang melaksanakan dan membeli kambing adalah orang tua anak yakni ayah
- Apabila aqiqah tidak dilakukan sampai anak mencapai akil baligh, maka gugurlah kewajipan aqiqah bagi orang tua.
- Anak yang belum diaqiqahkan sampai baligh boleh beraqiqah untuk dirinya sendiri dan boleh tidak melakukannya. (Lihat: "Hukmul Aqiqah" dalam kitab Fathul Qarib al-Mujib )
SUNNAH DILAKUKAN KETIKA BAYI LAHIR
Menurut Al-Ghazi dalam kitab Fathul Qarib ketika seorang anak lahir, maka disunnahkan orangtuanya (bapanya) melakukan hal-hal berikut untuk anak tersebut:
1. Segera setelah anak lahir ayah memperdengarkan azan pada telinga kanan anak dan iqomah pada telinga kirinya.
2. Memberi sedikit kurma yang sudah dilembutkan ke dalam mulut anak sampai tertelan. Apabila tidak ada kurma, maka boleh diganti dengan sesuatu yang manis.
3. Diberi nama pada hari ketujuh. Boleh memberi nama sebelum hari ketujuh atau setelahnya.
4. Setelah penyembelilan haiwan aqiqah, rambut bayi dipotong dan sunnah bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambut yang dipotong.
Catatan: Kalau seandainya anak tersebut meninggal sebelum hari ketujuh, sunnah hukumnya memberi nama.
Sumber: فصل في أحكام العقيقة
FADHILAH (KEUTAMAAN) DAN MANFAAT AKIKAH
- Merupakan bentuk taqarrub (pendekatan diri) kepada Allah sekaligus sebagai wujud rasa syukur atas kurnia yang dianugerahkan Allah dengan lahirnya si anak.
- Akikah sebagai cara menampakkan rasa gembira dalam melaksanakan syari'at Islam & bertambahnya keturunan mukmin yang akan memperbanyak umat Rasulullah SAW pada hari kiamat.
PEMBERIAN AKIKAH PADA FAKIR MISKIN
- Disunatkan memberi makan pada fakir miskin dengan memasak daging aqiqah sebagai lauknya.
- Pemberian makan tersebut dapat berupa undangan ke rumah atau dihantarkan ke rumahnya.
_____________
Untuk dapatkan khidmat ibadah Aqiqah untuk anak-anak anda dengan kadar harga yang murah, anda boleh dapatkan daripada Pengurusan Aqiqah Ikhwan Indonesia. Harga seekor kambing antara RM350 - RM450 sahaja (berbanding Malaysia RM800 - RM1,000).
Pihak penyelenggara akan menguruskannya dengan menyembelih, memasak dan menghantar daging kambing yang siap dimasak kepada keluarga miskin sekitar Jakarta. Hubungi: Ustaz Maahfuz:
Telp/sms/WA: +628179198525, +6289639173171 atau PIN BB: 2B97CB98 / atau Pak Lang di Malaysia: 019-6226183
Untuk dapatkan khidmat ibadah Aqiqah untuk anak-anak anda dengan kadar harga yang murah, anda boleh dapatkan daripada Pengurusan Aqiqah Ikhwan Indonesia. Harga seekor kambing antara RM350 - RM450 sahaja (berbanding Malaysia RM800 - RM1,000).
Pihak penyelenggara akan menguruskannya dengan menyembelih, memasak dan menghantar daging kambing yang siap dimasak kepada keluarga miskin sekitar Jakarta. Hubungi: Ustaz Maahfuz:
Telp/sms/WA: +628179198525, +6289639173171 atau PIN BB: 2B97CB98 / atau Pak Lang di Malaysia: 019-6226183
0 ulasan:
Catat Ulasan