Social Icons

Ahad, 13 Mac 2016

Ini Dia Yang Perlu Anda Tahu - Perbezaan Antara Kambing Dengan Biri-Biri

Berikut merupakan perbezaan fizikal dan tabii kedua-dua antara kambing dan biri-biri secara kasar (sebahagian) dan cara untuk mengenal pasti keduanya: 

1. Bebiri suka berkumpulan manakala kambing suka pecah dari kumpulan (bersendirian). Para nabi dan rasul diuji oleh Allah (sebahagian dari ujianNya) menjadi penternak kambing yang sifat semula jadinya suka berpecah dari kumpulannya (seekor dua). Jika lulus ujian Allah ini ternyata ia tidak menjadi masalah kepada para nabi dan rasul untuk memimpin umat manusia yang sikapnya tidak ubah seperti kambing (perumpamaan). Oleh itu, untuk kita menjadi penternak kambing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi seperti yang ditunjukan oleh para nabi dan rasul. 

2. Bebiri meragut rumput yang berada di bawah (tanah) manakala kambing suka makan pucuk-pucuk pepohon dan dedaun. Walau bagaimanapun kambing juga meragut rumput. 

3. Ekor bebiri ke bawah manakala kambing menegak ke atas. 

4. Kadar kematangan bebiri lebih cepat berbanding kambing, kambing hanya boleh di buat korban atau akikah setelah umurnya mencapai 2 tahun atau lebih manakala bebiri setahun telah boleh dikorbankan (bebiri jantan). 

5. Bulu tidak boleh dijadikan ukuran perbezaan kerana terdapat juga kambing yang mempunyai bulu yang lebat seperti kambing Pygmy atau African Dwarf dan terdapat juga bebiri yang tidak mempunyai bulu yang lebat. Bebiri boleh dikategorikan kepada dua, "Woolsheep" (berbulu panjang) seperti bebiri Dorset dan "Hairsheep" (rerambut) seperti bebiri Barbados, Damara dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bulu bebiri keriting dan kusam manakala bulu kambing agak lurus. 

6. Komposisi daging kedua-duanya juga berbeza dimana kadar karkas (daging) kambing lebih tinggi berbanding dengan bebiri (lemak lebih banyak). Daging kambing juga mempunyai kandungan protein dan vitamin yang tinggi. 

7. Ada beberapa tumbuhan yang menjadi racun (mudharat) kepada bebiri tetapi boleh dimakan oleh kambing dan sebaliknya.

8. Bebiri dan kambing tidak boleh bersatu (mengawan) kerana mereka adalah spesis yang tidak sama seperti bezanya itik dengan ayam.

9. Dari segi pengurusan, ianya hampir sama tetapi menternak kambing adalah lebih rumit kerana kambing lebih sensitif kepada persekitaran, makanan dan cuaca. Oleh itu kambing mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi.

10. Istilah dalam Bahasa Inggeris yang digunakan untuk daging haiwan ini berbeza: - Daging kambing dewasa dikenali sebagai chevon. - Daging anak kambing dikenali sebagai cabrito (~Spanish) atau capretto. - Daging bebiri dewasa dikenali sebagai mutton. - Daging anak bebiri dikenali sebagai lamb. 

11. Apabila bebiri betina sampai masa untuk mengawan, sekeliling matanya menjadi cantik disebabkan hormon yang keluar manakala kambing betina mengeluarkan bau di punggungnya (alat pembiakan betina) untuk menarik perhatian pejantan. 

12. Di Indonesia, kambing dipanggil sebagai kambing manakala bebiri dipanggil sebagai domba. Istilah "bodoh domba" adalah digunakan untuk memaki orang yang bodoh yang disamakan seperti bebiri tetapi tidak seperti kambing yang dianggap haiwan yang cerdik, manja dan sebagainya. Banyak lagi perbezaan yang boleh dicari dan diperhatikan diantara kedua-dua haiwan ternakan ini. Ternyata mereka adalah haiwan yang sangat berbeza dan pengurusan kedua-duanya juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sifat-sifat ini.
_________________________________________________________________________
Untuk dapatkan khidmat ibadah Aqiqah untuk anak-anak anda dengan kadar harga yang murah, anda boleh dapatkan daripada Pengurusan Aqiqah Ikhwan Indonesia. Harga seekor kambing antara RM350 - RM450 sahaja (berbanding Malaysia RM800 - RM1,000). Pihak penyelenggara akan menguruskannya dengan menyembelih, memasak dan menghantar daging kambing yang siap dimasak kepada keluarga miskin sekitar Jakarta. Hubungi: Ustaz Maahfuz: Telp/sms/WA: +628179198525, +6289639173171 atau PIN BB: 2B97CB98 / atau Pak Lang di Malaysia: 019-6226183

__________________________________________________________________________________________

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text