May 21, 2016
Salam ceria.
En Solahuddin pernah berjanji hendak membawa anjang ke mana sahaja anjang hendak pergi di Maghribi. Itulah keajaiban Allah dan Rasul. Orang yang baru kita kenali sanggup berkhidmat dengan kita بدون مقابل tanpa balasan, tanpa imbuhan, tanpa upah di sebuah negara yang semuanya bergerak dengan ‘tips’.
Di hotel memang semuanya tips. Tanpa disuruh angkat beg, pekerja hotel terus berkhidmat sampai ke dalam bilik. Kemudian berdiri tersenyum, menunggu sesuatu. Mengemas bilik, yang memang kerja mereka, pastu bertanya-tanya, “Tak beri apa-apa ke?” Bila duit kecil tak ada, anjang beri 50DH, niat sedekah dan tebus dosa.
Masa tu anjang pun tak mahir sangat ‘rate’ Dirham Maghribi ni. Bila kita turun sarapan di tingkat 1, bufet ringkas. Ada roti, keju, butter, jam, yoghurt, jeruk zaitun, martadilla dan sedikit roti berinti. Bufet, biasalah, ambil sendiri. Nanti akan datang staf di situ, bawa tisu, garfu dan sudu ke meja kita tanpa dipinta. Ketika hampir habis kita bersarapan, dia akan mendekat menceritakan hal kesempitan hidup dll hinggalah diberi ‘tips’.
Semua parking kereta, rasmi atau di tepi-tepi jalan dijaga oleh penjaga-penjaga yang bertindak sendiri. Kalau di Malaysia ‘Mat Gian’ yang buat, di sini tak. Memang lumrah begitu. Sumber rezki mereka. Setakat yang anjang tengok, seluruh Casablanca, Marrakesh, Rabat, Fes dan Meknes sama saja.
Mereka tolong kita parking, mereka bantu ketika kita hendak keluar dan macam biasa, kena beri upah. “Zid! Zid! Zid! Barakah…” terjemahannya agak agak anjang la, “lagi, lagi, lagi… (ketika membantu mengundur). Pastu…”Baraka…” bererti berilah sikit saguhati, upah, sebagai keberkatan… Di ceruk mana di tepi jalan, begitulah. Walaupun parking di depan kedai, nak beli barang di kedai. Kecuali di tempat yang ada mesin parking.
Ketika kami membeli peti ais, tv dan mesin basuh, kami nampak seorang tempatan memberi tips setiap orang yang menolong angkat dan susun barang di kenderaan. Kami belajar, di kedai bayar harga barang dengan penjual. Nak keluar kedai, ada pekerja yang perlu dibayar tips untuk angkat dan susun barang. Sewa van atau lori kecil atau motorsikal 3 roda, kena bayar sewa pula. Pasang mesin basuh (auto yang perlukan peralatan dan kemahiran memasang di apartment) juga tv semuanya upah lain lain pula.
Di sepanjang jalan di merata tempat, lebih-lebih lagi kawasan pelancongan dan maqam-maqam dipenuhi dengan peminta sedekah. Pernah suatu hari, sedang duduk-duduk di Sahah Umamul Muttahidah, dataran luas di tengah kota Casablanca, kaki anjang ditarik, (macam paksa la, malas nak berkeras) lalu terus kasut anjang di bersihkan dan digilap oleh pencuci kasut. Lepas tu kena beri upahla… 5 dirham. Jadi, sediakan duit syiling ketika berada di sini, supaya mudah kamu gunakan. Memang budaya mereka begitu. Mudah meminta. Orang-orang sini pula, ramai yang mudah memberi agaknya.
Tapi, Solah ni pelik. Sampai-sampai, kami dah dibelanja makan di restoran mewah. Tojien daging. Daging-daging bakar. Makanan laut dll. Dibawa berjalan ke mana saja nak pergi di Bandar Casablanca. Dibelanja Jubah Maghribi seorang sehelai. Itu sebelum dia ke Malaysia. Balik dari lebih-lebih lagi. Bila free dia akan bantu bawa ke mana-mana.
Pernah kami minta nak ke IKEA. Nak beli perabut sikit untuk ruang tetamu apartment kita. Dengan senang hati dia bawa walaupun lokasinya agak jauh. Kami beli 4 buah meja kecil berharga 99DH satu dan beberapa item lain berjumlah lebih 400DH. Yang malunya, bila kami nak bayar dia tak benarkan, dia bayarkan sekali dengan barang-barangnya. Malunya walaupun ada suara-suara nakal di hati, “Kalau tahu ambil banyak-banyak tadi.” hehehe
Kan pelik. Di tempat atau negara yang kali pertama kami sampai, begini sekali kami dilayan!!. Ini tentu keberkatan peneroka awal yang sampai ke sini 1985 dahulu. Sangat terasa keberkatannya.
Oleh itu, bila anjang kata, cadangnya nak ke Rabat, Fes dan Meknes, En Solah terus siapkan stafnya membantu kami. Yasin datang dengan kereta membawa kami menuju Rabat pada hari Ahad lepas. Rabat ibu negara Maghribi.
Rabat ni sebenarnya dalam bahasa Arab masdar kepada ra bi tho, makna asalnya mengikat. Masdarnya bererti ikatan. Jadi sebutannya Ribat. Tapi dalam huruf Rumi, dieja sebagai Rabat. Ia ibu negara Maghribi. Maghribi dalam Bahasa Arab, ertinya yang di barat sebab negara ini terletak barat negara-negara Arab.
Orang lain panggil Morocco. Morocco tu asalnya diambil dari nama sebuah bandar bernama Marrakesh. Casablanca pula adalah bandar terbesar. Bahasa Arabnya ‘Ad Darul Al Baidha”. Kedudukan Rabat di utara Casablanca. Dalam 1 jam rasanya dari Casablanca. Tapi oleh kerana hari Ahad cuti, kenderaan tak banyak, kami tiba tak sampai 1 jam.
Sebenarnya Maghribi adalah salah satu negara di Afrika Utara yang kami kena teroka. Zon kami, Zon Afrika Utara. Ada dua negara lagi, Algeria dan Tunisia. Maghribi mempunyai garis pinggir laut yang sangat panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau ke Selat Gibraltar sehingga ke Laut Mediterranean. Maghribi bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Malah hubungan dengan Algeria juga tak berapa baik berkaitan dengan sempadan.
Maghribi mengamalkan sistem Raja berpelembagaan. Ia satu-satunya negara Afrika yang bukan ahli ‘Kesatuan Afrika’. Tetapi ia menjadi ahli ‘Liga Arab’, ‘Kesatuan Maghrib Arab’, ‘Pertubuhan Persidangan Islam’, ‘Kumpulan Dialog Mediterranean’, ‘Kumpulan 77’ ‘La Francophonie’ serta antara sekutu AS yang utama. Korang jangan pening-pening, semua ni bukan kumpulan kongsi gelap, geng 46, 99 dll. Bukan juga kumpulan ayahanda dan abang long.
Jadi sampai je bandar Rabat, kami pusing-pusing (atau putar-putar) takut kawan-kawan dari Indonesia faham anjang dah pening kepala. Sana sini ada sekatan jalan kerana ada perlumbaan maraton. Kami park kereta (sudah pasti nanti kena bayar walaupun ketika parking tak ada penjaga) berdekatan dengan Parlimen Maghribi. Bahasa utama Maghribi adalah Bahasa Arab tetapi penduduk asal berbangga dengan bahasa Amazigh atau Berber. Sebahagian mereka marah disebut bangsa Berber kerana menurut mereka, itu adalah gelaran yang orang Barat beri pada mereka.
Anjang lihat, di parlimennya, selain terpahat tulisan Arab, ada juga tulisan dalam bahasa Amazigh. Dari Parlimen kami berjalan ke stesyen keretapi. Cari tandas. Biasalah, antara tempat wajib singgah. Untuk perhatian, biasanya tandas moden mereka hanya menyediakan tisu tanpa paip air.
Pandai-pandai koranglah mengolahnya. Hehehe. Alangkah baiknya sebagai sebuah negara yang dah lebih 50 tahun merdeka, Maghribi yang dah ada Parlimen sendiri mengatur negara dan rakyat ikut catuan Islam, bukan berkiblatkan negara yang menjajah mereka. Di sini indahnya Malaysia. Orang-orang Cina yang asalnya tak pandai istinjak guna air, sekarang bila jadi kontraktor, kena buat bangunan yang tandasnya kena ikut spec kita. R & R kita, lengkap tandas yang kemas dan patuh syariat. Jangan haraplah di sini.
Selepas itu kami berjalan di tengah jalan, divider yang diluaskan dan dijadikan taman dengan bangku-bangku dan tanaman pokok-pokok bunga yang indah. Ramai pelancong tempatan yang datang khususnya pelajar-pelajar sekolah dari bandar berdekatan. Bila tengok ada orang luar, mereka meminta izin bergambar. Lupa, rupanya kami ni pelancong. Nazif la paling mendapat tumpuan kerana beliau mengenakan Jubah merah Maghribi. Habis wibawa. Berjalan sampai ke hujung divider dekat pejabat Pos Maroc.
Selepas itu kami menuju ke tempat bersejarah iaitu Maqam Raja Maghribi. Di sini ada Menara Hassan dan dataran Yaacoub al-Mansour. Ia menjadi tumpuan pelancong. Ada tembok lama yang runtuh sebahagiannya, dibiarkan sebagai monument. Di pintunya ada dua pengawal Berkuda dengan sut yang kemas.
Ramai pelancong bergambar di situ. Masuk free. Ada dataran luas dengan tiang-tiang lama. Lebih kurang 200 buah tiang konkrit. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Dikatakan Sultan Yacoub al-Mansour ingin membina Menara masjid tertinggi di dunia ketika itu tetapi baginda tidak sempat melihatnya ketika ia separuh siap pada tahun 1199. Sejak itu pembinaannya terbekalai. Ketika anjang sampai kelihatan ia sedang dibaikpulih. Ia menjadi mercutanda di sini.
Di kanannya pula ada masjid yang dan maqam di-Raja Maghribi. Di 4 penjuru bangunan maqam yang cantik berukiran cara Maghribi itu terdapat 4 orang pengawal berpakaian tentera pengawal zaman dahulu, berdiri tegak dengan senapang lama. Hansome, putih cerah, serius rupanya. Anjang cakap kat Redha, “Enta snap gambar, ana akan buatkan dia ketawa!” Bila En Redha nak snap je, anjang cakap sesuatu pada orang tu dan dia spontan tertawa. Hahaha. Hilang seriusnya. Sapa tau, apa yang anjang cakapkan?
Di dalamnya ada makam Muhammad V, Raja Abdullah dan Raja Hassan II. Kita cuma dapat melihat dari atas umpama bakloni mengelilingi makam yg terletak di bawahnya.
Selesai menziarahi dataran dan makam, kami bergerak ke tengah kota Rabat mencari sesuatu mengisi perut yang dah mula menyanyikan lagu-lagu klasik Amazigh….
Bilik Apt 11, GISBH ZAU,
Casablanca, Morocco.
10.53am, Mei 23, 2016
salam sejahtera. pada tahun 2014, saya mengalami sakit dan pergi ke ikhwan, bandar perda, bkt mertajam. saya berkata kpd anak2 remaja ikhwan di situ, tolong doakan mak cik. mereka menjawab, kami pun belum tentu selamat. saya ambil no fon nik nursita. beliau tinggal di taman pauh jaya. saya sms beliau. beliau jawab, saya sibuk sekarang. namun begitu, terima kasih saya ucapkan pada muhsina,
BalasPadam