Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Yang Selalu Kita Abaikan

▶ Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau. ▶ Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun. ▶Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha. ▶ Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar. ▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga me...

Mungkin Remeh Pada Kita Tetapi....

Perbuatan yang menurut kita remeh boleh jadi istimewa di mata Allah Swt. Perbuatan yang kita anggap mewah boleh jadi justru tidak berharga menurut Allah Swt.  Dalam riwayat yang dituturkan Bukhari dan Muslim dikisahkan, ketika turun ayat sedekah, kaum Mukmin mengangkut barang-barang di belakang mereka untuk mendapatkan upah dari jasa mengangkut itu guna disedekahkan.  Datanglah seseorang lalu bersedekah dengan sesuatu yang banyak, orang-orang mencela, “Ah, ia hanya pamer saja”. Kemudian datang lagi orang lain lalu bersedekah dengan satu sha’ kurma, orang-orang mencela, “Sebenarnya Allah tidak memerlukan makanan satu sha’ ini”. Turunlah ayat, “Orang-orang yang mencela kaum mukmin yang bersedekah dengan suka rela dan mencela mereka yang tidak memiliki sesuatu untuk sedekah kecuali sebatas kemampuan, maka orang-orang itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka, dan untuk mereka azab yang pedih.” (QS At-Taubah: 79).  Melalui ayat itu, Allah Sw...

Sudah Ditemui Kisah Menginsafkan Yang Dicari Selama ini

NAFSU TERSEMBUNYI Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3  dari kota Basrah, Iraq. Beliau bercerita: Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.  Saat itu, aku sama sekali tidak memiliki apapun, sementara aku harus menafkahi seorang isteri dan seorang anak.  Lilitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami. Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku. Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: “Berikan makanan ini kepada keluargamu.” Di tengah perjalanan pulang,  aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku.  Dengan nada yang sayu dia memohon: “Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tak terdaya terlalu lama menahan rasa lapar yang m...

Ilmu Kena Dipelajari Dengan Berguru

*Bolehkah belajar ilmu agama tanpa guru?* _"Diceritakan bahawa seorang lelaki membaca hadis Rasulullah ﷺ. Ianya menceritakan tentang Al Hayyatus Sauda'. Ular hitam adalah penawar bagi segala penyakit. Kemudian anaknya sakit, ditangkapnya ular hitam, direbus & diberi anaknya makan kemudian anaknya meninggal dunia. Selepas itu dia jumpa ulama. Wahai Sheikh, dalam hadis ini mengingatkan bahawa Al Hayyatus sauda (ular hitam) adalah penawar bagi segala penyakit. Saya beri anak saya air rebusan ular hitam tapi anak saya meninggal dunia. bagaimana boleh demikian? hadis sepatutnya betul. Maka ulama itu melihat hadis tersebut. Maka kata ulama hadis tersebut telah salah cetakannya kerana terlebih dakwat disitu. Ianya bukan Al Hayyatus Sauda' (ular hitam) tapi Al Habbatus Sauda' (jintan hitam). Huruf ba ( ﺑﺎ ) & ya ( ﻱ ) beza 1 titik sahaja. Tambah 1 titik, kefahamanya berbeza. Belajar ilmu agama perlulah berguru. Tidak boleh belajar berpandukan buku sahaja."_

Kisah Isteri Pertama Carikan Isteri Kedua Untuk Suami

Imej
Menambah Isteri Untuk Harmoni Jangan sentap dan terus membara dengan tulisan saya ini bagi mereka yang tidak bersetuju dengan poligami. Baca sampai habis dengan lapang dada. Jika tidak boleh berlapang dada, boleh terus tinggalkan status ini. 3 hari berturut turut saya bertemu dengan pasangan yang berhajat untuk berpoligami. Mereka bertemu saya bersama sama dengan isteri memohon dicarikan calon isteri kedua. 2 pasangan memohon calon isteri dari kalangan pelatih yang telah bertaubat dan berubah. Mereka melakukan kerana Allah semata mata, mahu melindungi, menyelamatkan ibu dan bayi dengan memberi sebuah kehidupan baru. Seorang gadis mendapat suami, seorang isteri memerolehi teman dan seorang anak mendapat ayah. Membina keluarga harmoni yang barakah dan dirahmati Allah. Dengan tulus, seorang isteri menghubungi saya untuk dipilihkan calon isteri buat suaminya. Saya pernah berada ditempat isteri begini. Saya pernah berniat menghadiahkan seorang isteri kepada suami saya ...

Perkahwinan Bukan Untuk Bercerai - BAHAGIAN 2

Sebenarnya rumah tangga orang-orang mukmin itu melandasi hubungan mereka dengan keserasian, menegakkan keadilan, menebar kasih sayang dan mendahulukan menunaikan kewajipan daripada menuntut hak. Jadilah setiap orang daripada suami dan isteri itu orang yang sentiasa memberi. Apabila masing-masing tidak meminta malah memberi apa saja yang boleh membahagiakan pasangannya maka kehidupan rumah tangga akan jadi indah dan membahagiakan Sepasang suami-istri yang dipersatukan oleh ikatan pernikahan adalah organisasi kecil yang perlu dikendalikan dalam keadaan hati bergantung harap dengan Allah. Kerana itu, pasangan suami-isteri haruslah memahami kewajipan mereka terhadap Allah terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang hak dan kewajipan dirinya ke atas pasangannya dan anggota keluarga lainnya. Rumah tangga mestilah penuh dengan usaha mendekatkan diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Hati mahu dibina agar wujudnya perasaan seorang hamba dengan Tuhannya yang maha kuasa dan perasa...

Dahsyatnya Tiupan Sangkakala

Rasulullah SAW menyebut jarak antara satu tiupan dengan tiupan berikutnya mengambil masa selama 40, tanpa dijelaskan oleh sahabat sama ada ia 40 tahun, hari atau bulan.  Tiupan kedua sangkakala oleh malaikat Israfil menyebabkan kematian seluruh makhluk di langit dan bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah SWT.  Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatkanlah) hari ditiup sangkakala, lalu terkejutlah, gerun gementar, makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah; dan semuanya akan datang kepada-Nya dengan keadaan tunduk patuh. Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Naml, ayat 87-88)  Ibnu Rafiq menyebut, terbelahnya langit terjadi di antara du...

Kenapa Allah Menangkan Raja Yang Zalim

Bacalah oleh mu akan ilmu untuk dikongsi. Di atas permintaan beberapa orang sahabat, tajuk Mahmud Ghazni dipilih bagi mengisi kolum blog pada kali ini. Mahmud Ghazni ada juga mengenalinya Sultan Mahmud Ghazni/Ghaznawi adalah seorang sultan Turkment sekarang wilayah tersebut dikenali sebagai Turkmenistan. Mahmud Ghazni tidak perlu kita membahaskan mengenai bagaimana baginda menakluk negara India dan meluaskan Empayar Islam. Perkara yang wajib kita ambil pengajaran ialah BAGAIMANA ALLAH MEMBERI KEMENANGAN KEPADA SEORANG RAJA YANG ZALIM INI. Terkenal dengan sikap kaki perempuan, kaki judi, kaki botol dan pelbagai jenis kaki lagi tidak menghalang Mahmud Ghazni menyimpan perasaan ingin mengubah kehidupan menjadi hamba yang soleh. Begitu juga manusia kebanyakkan kini yang semacam hanyut dalam gelora ombak kemaksiatan juga tidak terlepas dari naluri suci asal manusia yang dambakan kepada KEBAIKAN YANG HAKIKI. Pada satu masa, terdetik di hati sang raja ingin menakluk dan meluaskan empayarnya. ...

Yang Berdosa Kembalilah Ke Pangkuan Allah

Sejarah Islam merakamkan syahidnya bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Sayyidina Hamzah radhiyallahu'anhu sebagai peristiwa memilukan. Di perang Uhud, ujung tombak menembus dadanya. Hindun pemimpin golongan kaum kafir kegirangan kerana orang suruhannya berhasil melakukan tugas dengan baik dan berjanji menghadiahkan kebebasan bagi sang pembunuh yang adalah seorang budak. Wahsyi bin Harb namanya. Rasullah sallallahu'alaihi wasallam mengalirkan airmatanya yang suci atas peristiwa pedih yang menimpa pakciknya di jalan Allah itu.  Tentang Wahsyi bin Harb, Qaatilu Hamzah (pembunuh Hamzah) ini, Muhammad Yusuf al-Kandahlawi dalam kitab agung Hayatus Sohabah menuturkan kisahnya untuk kita.  Setelah Rasul dan kaum muslimin berhasil membebaskan kota Mekkah (Fathu Makkah), Rasul mulia sallallahu'alaihi wassalaam mengutus sahabatnya untuk menemui Wahsyi dan mengajaknya memeluk agama Allah. Wahsyi datang menemui Rasul dan berkata, ”Wahai Muhammad, bagaimana engkau mengajakku untuk berislam s...

Perkahwinan Bukan Untuk Bercerai - Bahagian 1

Pernikahan yang menghalalkan perhubungan suami isteri adalah suatu yang sesuai dengan fitrah manusia. Rasulullah SAW. menyebut pernikahan sebagai sunnah Baginda. Bahkan, Nabi SAW mengatakan, siapa yang membenci sunnahnya, ertinya ia tidak termasuk dalam golongan orang-orang Baginda SAW.  Seiring dengan panjangnya perjalanan waktu dan lika-liku kehidupan, kadang kala ikatan pernikahan mengendur dan semakin longgar. Ianya berpunca dari kelalaian dalam mendidik hati supaya kuat dengan Allah dan Rasul. Hati dibiarkan untuk dikuasai nafsu sehingga tujuan asal perkahwinan jadi tersasar. Kerana itu, kenalah diperkuat lagi ikatan perkahwinan yang mula longgar itu dengan mengingat-ingat kembali tujuan pernikahan iaitu mendapatkan keredhaan Allah serta memperjuangkan rumah tangga model sebagai ikutan masyarakat Islam.  Bagaimana pula jika timbul juga perselisihan? Apa yang perlu dilakukan?  Perselisihan suami-isteri adalah hal yang manusiawi. Ianya lumrah bagi manusia y...

'Melihat' Allah

TANDA MATA HATI YANG MASIH BUTA TERHADAP ALLAH  Bila ALLAH sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak ALLAH Bila ALLAH berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak ALLAH Bila ALLAH bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak ALLAH Bila ALLAH bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak ALLAH Bila ALLAH kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak ALLAH Bila ALLAH keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ALLAH Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya ...

Kisah Keluarga - Akibat Tinggalkan Solat

Imej
Kenapa Solat Tidak Boleh Mencegah Perbuatan Mungkar? Solat mencegah perbuatan mungkar Semalam saya dikunjungi oleh sebuah keluarga yang saudara mereka telah terlanjur. Kini telah hamil 7 bulan. Saudara-saudara gadis itu berhasrat gadis itu ditarbiyah agar bertaubat, dan berubah. Ini kerana keterlanjuran gadis itu adalah kali ke dua dengan pasangan yang sama. Bermakna kali pertama gadis itu tertangkap oleh saudara besarnya, dia berjanji mahu berubah. Tetapi sekadar lafaz dimulut tanpa ada usaha dan bimbingan bertaubat. Hukuman 'buang daerah' yang keluarga mampu lakukan tidak dibuat maka gadis itu masih selesa dengan perbuatanya. Ia menjadi ketagihan bila lama tidak dilakukan. Kali ini ia hamil dan tak mampu disorok lagi. Saudara besar marah. Marah mereka sudah terlewat bila mana usaha hukuman ke atas kesalahan pertama tidak dilaksanakan. Ketika saudara besar menceritakan, "payah nak percaya adik buat gitu lagi sebab adik taat mengerjakan perintah All...

Erti Kasih Sayang Seorang Adik Kepada Kakaknya

Aku cuma ada seorang adik lelaki. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik,kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,...

Tiga Amalan Utama pada Malam Nisfu Syakban

Imej
Sya’ban berarti bulan penuh berkah dan kebaikan. Pada bulan ini Allah membuka pintu rahmat dan ampunan seluas-luasnya. Karenanya, dianjurkan untuk memperbanyak ibadah sunah seperti puasa sunah. Hal ini sebagaimana yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW. Sebuah hadits mengatakan bahwa Nabi SAW lebih sering puasa sunah di bulan Sya’ban dibandingkan pada bulan lainnya, (HR Al-Bukhari). Selain puasa, menghidupkan malam sya’ban juga sangat dianjurkan khususnya malam nisfu Sya’ban (pertengahan bulan Sya’ban). Maksud menghidupkan malam di sini ialah memperbanyak ibadah dan melakukan amalan baik pada malam nisfu Sya’ban. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki menegaskan bahwa terdapat banyak kemuliaan di malam nisfu Sya’ban; Allah SWT akan mengampuni dosa orang yang minta ampunan pada malam itu, mengasihi orang yang minta kasih, menjawab do’a orang yang meminta, melapangkan penderitaan orang susah, dan membebaskan sekelompok orang dari neraka. Setidaknya terdapat tiga amalan yang dapat...