Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Hanya Mereka Yang Luar Biasa Yang Boleh Buat Perubahan

Imej
Saya dah buat macam-macam tapi hidup saya tidak berubah? oleh Azizan Osman pada 26 November 2014 Soalan: Saya dah buat macam-macam tapi hidup saya tidak berubah?  Jawapan saya:-  Kita adalah mengikut apa yang kita fokuskan dan sangkakan. Ada 6 intipati asas yang kita perlu jadikan pegangan. Ini asasnya.  1- Intipati Syukur- Fokus apa yang best dalam hidup kita SEKARANG. Most people setiap hari sibuk mencari apa yang tidak best pada dirinya, keliling mereka mahupun pada orang lain. Ramai ma nusia tidak hidup setiap hari dengan penuh kesyukuran sedangakan janji Allah swt di dalam Al-Quran Surah Ibrahim Ayat 7 ada menyebut yang maksudnya. Barangsiapa yang bersyukur dengan Aku (Kata Allah), NESCAYA Aku (Kata Allah) tambah lagi. 2- Intipati Sujud- Rendahkan hati & tekan ego kita sujud lebih banyak kepadaNya. Jangan buang masa meminta-minta dengan manusia. Jangan sombong dengan Allah swt. Semakin banyak masalah kita, maka semakin banyak sujud kepadaNya. Begit...

Aku Benci Islam, Tapi Aku Akhirnya Mencari Takdirku.

Imej
Terlalu bencinya pada Islam, sampai berfikir sanggup jadi apa saja asaljangan muslim. Tapi hidayah itu akhirnya datang juga. SARIYA, gadis asal Kerala, India, dibesarkan dalam keluarga yang sangattaat dalam agama. Datuknya pengasas Gereja di Kerala. Pemuka agama disana sering menjadikan ibu Sariya sebagai contoh wanita terbaik bagijemaah.  Namun lama-lama, ibu Sariya mula mengalami keraguan sehingga akhirnyadia menjadi seorang muslim. Semua itu mungkin kerana pengaruh peguamkeluarga bernama Ibrahim Khan seorang muslim taat, dan mempunyaipengetahuan luas soal agama. Meski kehadirannya singkat, tapi mampu mengubah ibu Sariya menjadimuslim dalam beberapa minggu sahaja. Saat itu Sariya masih 13 tahun.Sebagai anak tertua, Sariya merasa bingung dengan keadaan keluarganyayang pecah, kerana ibunya memilih bercerai dan pindah ke Bombay. Sariya sangat membenci Islam kerana ia anggap Islam telah memusnahkankeluarganya. Ayahnya memilih pergi meninggalkan Sariya dan adik-adi...

Di Mana Ada Masalah Di Situ ada Peluang Kejayaan

Imej
Pak Lang tidak sempat paparkan bahan terkini sebab sibuk sangat ikuti kursus.... Layanlah dulu video berikut:

Bagaimana HIGoat Meletup Di Pasaran?

Imej
Nantikan paparan atas tajuk di atas. Pak Lang akan cerita kemudian.  Cerita Ziarah Pak Lang ke rumah pengasas HR MARKETING   DI SINI

Ucapan Dasar Najib Kering Dengan Idea Pembaharuan

Imej
Pagi ini saya bangkit dan menjenguk mentari dengan rasa penuh "berharap" moga ada sesuatu yang boleh direnungi dan diambil sebagai satu pengajaran daripada ucapan dasar Najib Razak yang dibentangkan pada perhimpunan agung Umno (PAU) ke ke 69 pagi ini. Ucapan dasar ini juga merupakan kali ke enam oleh Najib sebaik beliau menjadi Presiden Umno dan dinantikan dengan doa ia makin matang dan berkualiti. Najib ambil tindakan tidak popular bagi Malaysia. Sayang seribu kali sayang, selama hampir satu jam mendengar ucapan Najib menerusi televisyen, tidak ada apa-apa yang menarik diperkatakan Najib yang boleh saya kutik untuk membuat penilaian semula atau meletakkan Umno dilandasan perubahan daripada apa yang ada hari ini. Saya kira akan ada beberapa pembaharuan atau aspirasi merangsangkan yang diunjurkan oleh Najib baik untuk masa depan Umno yang kian defisit kepercayaan, ataupun dalam usaha memartabatkan bangsa Melayu, bahasa Melayu dan juga agama Islam yang menjadi tunja...

Solat Tahajud Yang Indah

Imej
SEJARAH telah mencatat bahawaRasulullah Saw dan para sahabat selalumelaksanakan solat tahajud. Solat tahajudadalah solat yang sangat mulia. Keindahan dan keajaiban melaksanakan solat tahajudtelah tercatat dalam Alquran. Ada beberapakeindahan solat tahajud seperti berikut ini: 1. Solat Tahajud sebagai tiket masuksyurga ... Abdullah Ibn Muslin berkata "kalimatyang pertama kali ku dengar dariRasulullah Saw saat itu adalah," Haisekalian manusia! Sebarkanlah salam,bagikanlah makanan, sambunglahsilaturahmi, tegakkanlah solat malam ketika manusia lain sedangtidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat. "(HR. IbnuMajah). 2. Amal yang menolong di akhirat . .. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwaberada di dalam taman-taman syurga dan di mata air-mata air,seraya mengambil apa yang Allah berikan kepada mereka.Sebelumnya mereka adalah telah berbuat baik sebelumnya (didunia), mereka adalah orang-orang yang sedikit tidurnya di waktuma...

Pertikai Artis Berhijrah, Wan Aishah Jawab Dr Mashitah.

Imej
KUALA LUMPUR: "Kami bukan cerita bidang hukum hakam, kami cerita pengalaman kami untuk dijadikan iktibar," demikian luah bekas penyanyi 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah. Beliau yang kini sebagai Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Rekreasi Muslimat PAS Pusat mengakui malu untuk menceritakan kejahilan di masa lepas namun sekiranya perjalanan hidup itu menjadi insipirasi menuju kepada kebesaran Allah ia harus disampaikan. Tambahnya, artis mempunyai peminatnya tersendiri dan mungkin ada sesetengah mereka tidak mempeduli kata-kata dan nasihat ustazah. "Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebooknya. Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa apabila ada mereka yang berilmu agama tinggi pula menyelar kegiatan dakwah artis-artis yang berhijrah ini. Semalam, perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mash...

Penemuan Manusia Raksasa Kaum Ad, Umat Nabi Hud A.S

Imej
Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. Demi keselamata...

Kisah-kisah Mimpi Bertemu Rasulullah saw

Ibnu al-Mulqan menceritakan dalam kitabnya berjudul "Al-Hadaiq", bahawa terdapat seorang pemuda yang sedang tawaf di Baitillah, beliau hanya membanyakkan selawat tanpa doa dan bacaan yang lain. Apabila ditanya mengapakah beliau hanya berselawat, pemuda itu bercerita : Sebenarnya, satu ketika waktu haji aku bersama bapaku, bapaku sakit lalu meninggal, malang menimpa bapaku, sebaik saja mati mukanya berubah menjadi hitam, kedua matanya menjadi biru dan perutnya membuncit tinggi. Aku sedih dengan apa yang menimpa bapaku, aku mengeluh "sesungguh semua manusia milik Allah maka kepada-Nyalah kita akan dikembalikan, ayahku meninggal dalam keadaan yang amat pelik. Sebaik sahaja sampai waktu malam, aku terasa amat mengantuk, terus menyebabkan aku terlena. Dalam tidurkan aku dikunjungi oleh Rasulullah sollahu alaihi wasallam, baginda berpakaian putih dan wangian amat harum. Baginda menghampiri ayahku dan menyapu mukanya, langsung lepas itu wajah bapaku berubah menjadi amat put...
Imej
3 TIPS mudah MENGHAFAL MUKA SURAT Al-QURAN Tips untuk menghafal “muka surat” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini kami kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja.    TIPS 1 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan? TIPS 2 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182 TIPS 3 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442 Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran. W...

Adab Anak Terhadap Ibu

) Mentaati arahan mereka selagi tidak menyuruh melakukan maksiat. 2) Memberikan nafkah dan mencukupkan keperluan mereka. 3) Mengeratkan hubungan sesama ibu dan anak. 4) Mendahulukan kepentingan mereka. 5) Melakukan pengorbanan untuk mereka. 6) Bersegera menyahut penggilan mereka. 7) Bermanis muka di hadapan mereka. 8) Tidak mengatakan "ah" dan perkataan yang kasar kepada mereka. 9) Membalas jasa mereka. 10) Membawa mereka menunaikan haji di Makkah. 11) Meminta izin untuk memasuki kamar. 12) Sentiasa mendoakan. 13) Sentiasa bertanya khabar melalui telefon, surat atau perantaraan alam maya seperti e-mel. 14) Berdiri menyambut kedatangan mereka ketika bertandang ke rumah. 15) Memohon keredaan ibu bapa dan memohon maaf jika melakukan kesalahan. Wallahu'alam.

Romantik Itu Sunnah Nabi!!

Imej
  Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati... mungkin yang diketahui romantik sesama 'couple' ...No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri yang sah dan halal.. apa lagi... jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy.. best oo kahwin... kalau tak percaya..cubalah kahwin.. hehehe.. Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung." Sifat-sifat yang sempurna inIlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah...

Muhyiddin Minta Pemilihan UMNO 2016 Tidak Ditangguhkan Lagi, Beranikah Najib?

Dari Blog Shahbudin Ramai yang memuji ucapan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin semasa perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri malam tadi. Ucapan beliau yang menyentuh banyak perkara dan masalah dalam parti disifatkan sebagai ucapan berterus-terang untuk memulihkan semula semangat dan kekuatan UMNO. Beliau bukan saja menyentuh mengenai keperluan berubah, tetapi juga membangkitkan isu-isu perebutan sesama sendiri dalam parti yang terus berlaku, walaupun hakikatnya UMNO semakin merosot dan merudum sokongannya di kalangan rakyat. Apa yang diperkatakan oleh Muhyidin itu memanglah sesuatu yang benar dan tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka. Cumanya, jika kita imbau ucapan beliau selaku orang nombor dua dalam parti sejak 2009 lalu, itulah lebih kurang intipatinya setiap tahun. Periksa dan amatilah ucapan Muhyiddin ini sejak beliau menjadi orang nombor dua dalam parti dan kerajaan. Itulah retoriknya setiap tahun, mungkin hanya ada sat...

Ziarah Ke Rumah Pengasas HR MARKETING

Imej
Kunjungan Pak Lang ke Kedah pada 23 Nov yang lalu merupakan suatu yang signifikan. Allah rencanakan satu pertemuan dengan pasangan pengasas produk berasaskan susu kambing. Semua orang tahu tentang susu HiGOAT keluaran syarikat HR MARKETING.  Dato' Haji Hasyim Yahaya dan Datin Hajjah Atikah Abdul Ghani menyambut Pak Lang dan rombongan dengan penuh mesra dan akrab. Dulu sekitar 2005 - 2007 Pak Lang kerap berkunjung ke mahligai mereka di Gunung Keriang. Dek kekangan waktu, perhubungan hanya melalui Ibu Sakinah yang selalu berhubung dengan mereka.  Apa pun bersilaturrahim dengan mereka suatu yang mengujakan. Bukan mudah kedua-duanya mencuri masa melayan kami tetapi Allah jadikan Ahad yang lalu, mereka menguntukkan ruang untuk kami. Banyaklah ilmu dan pengalaman yang dapat kami perolehi dari mereka. Dato' Haji Hasyim belajar pondok sejak kecil tetapi menyambung pengajian di bidang profesional sehingga akhirnya menjadi pengurus besar sebuah agensi kerajaan. Datin At...