IndahNya seawal pagi ini....tatkala seusai sahur. Kain kafan telah siap-siap terbungkus namun sebuah senyuman tetap terlakar. (Lihat gambar di bawah). Bukanlah gambar ini dijadikan mainan tetapi jangan 'main-mainan'.
Kita selalu menyebut harta, keluarga, kesihatan seringkali kita mengatakan bukan milik kita ketika waktu kehilangan. Begitu juga dunia...ramai yang kata 'Dunia ini bukan Milik kita' taktala ditimpa pelbagai musibah. Tetapi apakah rasa memiliki dan ingin memiliki benar-benar 'putus' dalam diri kita.
Walhal rasa memiliki dan ingin memiliki kembali menebal semula memenuhi ruang diri. Sepertimana kita melewati jenazah...ketika itu kita insaf menghitung diri. Namun apabila tanah kubur yang bukan hanya sempat lagi merah, dan...dan..belum tanam lagi. Kita kembali lupa segala-galannya. Kerana kita tidak merasakan bahawa jenazah yang kita lihat itu adalah sebenarnya DIRI kita!. Sudah Allah menyatakan kenyataanNYa berulang-ulang kali pada setiap kematiaan yang terbentang dihadapan mata kita. Mengapa tidak mahu mengambil pelajaran?.
Apakah patut mengatakan dunia bukan milik kita? selagimana tidak 'berserah'. Bukan cerita Daerah Berserah Kuantan sana ya...tetapi Wilayah Keberserahan Diri.
Hari ini lihatlah...belajarlah mengenal DIRI. Perhatikan abang berkumis tebal itu pada diri kita. Campakkan pandangan itu kepada diri kita. Bungkus satu persatu tiap 7 anggota...hanya tinggal WAJAHNYA. Perhatikan kenapa jenazah tidak ditutupi wajahnya...itulah kiasannya untuk kita renungkan sepertimana ayat 155 Al Baqarah.
"Ke mana sahaja kamu hadapkan muka kamu di situ Wajah Allah"
Biarkan kafan yang tidak berjahit itu membaluti tubuh. Ambil renungan pada kain kafan kerana itu juga adalah kiasan buat kita. Supaya bukan sahaja tahu tetapi ambil tahu. Bahawa bukan dunia yang kita serahkan. Tetapi dengan DIRI kita sekali serahkan bulat-bulat kepada Tuan Empunya DIRI. Setelah engkau dimengertikan maka terukirlah sebuah senyuman tanpa lagi dipaksa!.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada zahir kamu, dan tidak pada rupa kamu, akan tetapi melihat hati, dalaman, keikhlasan kamu".
Justeru itu Mana MILIK kita! Mana MILIK kita! TIADA!!! matilah selamanya tanpa berbatu nisan, 'mati sebelum mati' biar tenggelam dalam lautan KeEsaanNya.
Selepas ini ayuh kita belajar dari jenazah. Bila ziarah jangan banyak berbual-bual. Jika membaca Yassin tetapi hati leka dengan bacaan, leka dengan dunia.. lebih baik tidak perlu baca. Cukuplah sekadar duduk diam dan perhatikan segala sifat mayat...jangan perhatikan gelagat orang. Nanti kita belajar 'mengumpat dalam diam'. Ada kesempatan perhatikan wajahnya...bukan nak lihat seri tak berseri wajah dia. Ini bukan cerita TANAH KUBUR yaa.
Sebaik melihat wajah mayat, usah gentar atau takut jika terlihat wajah sendiri pada mayat itu nanti!.
(Tiada daya upaya, melainkan segalanya dari Allah)
0 ulasan:
Catat Ulasan