Ketika datang seorang lelaki menghulurkan bekas meminta sedekah. Dari satu meja ke meja lain. Tiada seorang yang mengeluarkan wang. Ada seorang anak memaut tangan ibunya...menyuruh ibunya memberi. Tetapi ibunya buat tidak mengerti, sambil berbisik kepada anaknya sesuatu. Berlalu lah sami itu...
Apakah mungkin kerana dia seorang sami, yang sudah pasti dalam kotak pikiran kita, mengatakan sami ini akan menggunakan wang kita untuk dana pembangunan insitusi keagamaannya.
Suatu hari, saya pergi ke klinik. Saya lihat ramai pesakit pelbagai bangsa agama. Saya teringat kisah sami tempohari, mengapa doktor merawat pesakit-pesakit bukan Islam ini. Tidakkah nanti ada di antara pesakit itu terdiri daripada pendakwah bukan Islam. Biarlah mereka sakit, jangan dirawat. Jangan! nanti kita turut bersetongkol sekali dengan mereka membangunkan insitusi keagamaan mereka.
Janganlah begitu! Islam mengajar berbakti kepada siapa sahaja. Berilah dengan niat membantu menyelesaikan hal kebajikan sesama manusia. Contohnya semasa seorang sami menghulurkan bekas meminta sumbangan, berilah makanan atau apa saja dengan niat untuk menyelesaikan keperluan kebajikan peribadinya sebagai seorang manusia. Mungkin dia perlukan untuk membeli makan minum, tempat tinggalnya untuk berteduh dari panas dan hujan atau yang seumpamanya.
Adapun membantu hal pembinaan tempat ibadah mereka atau pembangunan umum agama mereka, maka haram hukumnya kita memberi apa-apa sumbangan. Maksudnya perlu jelas ke arah mana wang itu akan digunakan. Hal ini, jika wang yang diminta daripada kita adalah jelas dinyatakan untuk hal ehwal agama mereka atau tempat ibadah mereka maka hukumnya haram.
Memberi sumbangan kepada peribadi mereka walaupun seorang sami adalah harus. Bahkan jika diniatkan sebagai berdakwah, maka itulah yang digalakkan (disunatkan).
Sekadar menceritakan 2 kisah realiti yang berlaku di dalam masyarakat...apa pun jika nak memberi... berilah. Jika tidak mahu...pun tidak mengapa..Hukum asalnya harus...Tapi ingat, janganlah mengherdik atau menghina orang yang meminta atau mengungkit pemberian kita kepada orang. Beruntunglah bagi yang memahami....
0 ulasan:
Catat Ulasan