Social Icons

Rabu, 12 November 2014

Rahsia Jadi Orang Luar Biasa - Untuk Urus Masa Kita, Uruslah Diri Kita Terlebih Dahulu

Paparan berikut diambil dari blog Maria Firdaus; Menarik dan sangat berguna terutama bagi mereka yang selalu kata dia sibuk...Adakah yang sibuk - Allah hanya bagi 15jam sehari atau 24 jam? Jawabnya tentu sama-sama dapat 24 jam sehari. Soalnya kenapa ramai orang selalu beri alasan tidak ada masa? Jadi bacalah tajuk berikut. 


Assalamualaikum,
Saya sekeluarga sekarang sedang bercuti di Jakarta selama 5 hari 4 malam.
Kami tinggal di sini di Jakarta.

Impian menjadi 'Jutawan' dimakbulkan Allah. Memegang duit CASH 9 Juta.

Mohon doa daripada pembaca blog Mariafirdaus.com.my agar Allah mempermudahkan segala urusan kami disini.

Pepatah Arab
Ada pepatah Arab menyatakan :
"Masa ibarat pedang, jika kita tidak menggunakan ia dengan betul. Ia akan memotong kita." Saya tersangat setuju.

Ramai orang melakukan kesilapan menguruskan masa dan diri mereka.
Setiap Orang Allah Berikan Masa Yang Sama

Jika kita kata kita sibuk, sebenarnya bukan kita yang sibuk. Tapi, sebenarnya kita yang tidak bijak menguruskan masa kita. Pernah tak kita perhatikan mereka yang berjaya dan mereka yang gagal dalam kehidupan mereka.

Mereka yang berjaya, jika anda perhatikan banyak kerja yang mereka boleh buat. Mereka yang gagal pula, kita nampak mereka macam sibuk. Tetapi bila kita perhalusi lagi. Tak ada apa pun yang mereka buat.

Then bila tanya mereka, mereka akan kata mereka "Sibuk".

"Sibuk? Sibuklah Sangat" (Cakap sambil mata tengok atas, dua bahu kat tangan).  Bagaimana Mengatur Masa Dan Hidup Luar Biasa?

Bagi mereka yang sudah menyertai Empayar Maria Firdaus, saya sering berkongsi dengan mereka melalui video-video saya sendiri hal hal yang berkaitan motivasi kehidupan, tips perniagaan dan cara hidup luar biasa di dalam sebuah secret blog yang dirahsiakan.

* Sebahagian Info Terpaksa Digelapkan Sebab Info Info Ini Khusus Untuk Mereka Yang Menyertai Empayar Maria Firdaus Sahaja. Salah satu topik yang saya kongsikan dengan anak didik saya adalah bagaimana menguruskan hidup kita dengan baik.

Bagi saya, jika mereka yang menyertai Empayar Maria Firdaus nak berjaya. Mereka perlu belajar untuk menguruskan kehidupan mereka dengan baik.

Namun, hari ini saya berbesar hati nak berkongsi sedikit tips ini dengan anda. 

Uruskan Hidup Anda Dengan Baik
Jika anda rasa nak ubah hidup, jika anda rasa nak berjaya, jika anda rasa nak hidup luar biasa.

Tugasan pertama saya kepada anda adalah URUSKANLAH DIRI ANDA DENGAN BAIK.

Ramai orang salah faham, mereka ingat kalau nak berjaya mereka perlu uruskan masa dengan baik. Sebenarnya tak, kalau kita nak berjaya bukan masa yang perlu kita uruskan, tetapi kita perlu uruskan diri kita dengan baik.

Fahamkan betul betul yer, "URUSKAN DIRI ANDA, BUKAN URUSKAN MASA ANDA".
Jika anda uruskan diri anda dengan baik, masa anda akan terurus dengan sendirinya.

Macam mana nak buat tu?

Warrent Buffet ada berkongsi satu rahsia dengan kita semua, macam mana nak uruskan hidup kita dengan lebih baik.

Salah satu konsep yang beliau perkenalkan adalah "Structured Day".

Kalau anda nak tahu, orang yang berjaya. Mereka TULIS, TULIS DAN TULIS apa yang mereka mahu lakukan. Mereka akan senaraikan semua tugasan mereka dalam sebuah buku khas a.k.a "Diari Kehidupan".

Sebagai contoh untuk memudahkan anda faham, saya senaraikan tugasan mereka yang buat bisnes part time sambil bekerja, disamping keinginan mereka untuk buat macam macam perkara lagi.

Untuk lebih khusus, saya ambil contoh mereka yang buat bisnes online Shaklee di bawah Empayar Maria Firdaus:
Belajar buat bisnes untuk menambah nilai hidup orang lain.
Senarai Tugasan Yang Perlu Disiapkan
1. Follow Up Customer yang beli produk 3 hari lepas.
2. Update blog mengenai entri terbaru
3. Ada kerja tambahan dari kerja hakiki yang perlu disiapkan
4. Packing barang untuk customer yang order siang tadi
5. Baca Al Quran - Surah Al Waqiah Setiap hari
6. Berselawat 100x, Beristighfar 100x
7. Solat Dhuha setiap hari.
8. Lipat baju
9. Memasak untuk keluarga
10. Dengar ceramah motivasi
11. Menonton bola sepak perlawanan akhir Pahang vs JDT
12. Menonton bola sepak perlawanan Man U vs Man City jam 12 malam.
13. Bangun solat tahjud jam 5 pagi.

Inilah Rahsia Orang Yang Berjaya
Orang berjaya akan buat kerja dengan Efficien.

Mereka akan mula memilih, mana yang perlu didahulukan. Sebab ada pepatah mengatakan: Sangat penting untuk kita memilih untuk melakukan tugasan yang lebih penting berbanding perkara yang penting. Ini kerana, tugasan yang lebih penting adalah lebih penting daripada tugasan yang penting-penting.Tuan tuan dan puan puan, bila ada senarai 13 tugasan yang perlu dilakukan, orang yang berjaya akan mula membuat pemilihan.

Mana yang paling penting, mana yang kurang penting dan semua tugasan ini akan disiapkan mengikut priority kepentingan.

Dalam Islam sendiri ada ajar konsep "Fiqh Al Awlawiyat". Cuma kita ajer yang kurang ambil berat hal ini.

Bila orang yang mempunyai matlamat yang jelas untuk berjaya dalam hidup mereka, mereka akan plan betul betul apa yang mereka nak buat.

Dan mereka akan atur semua perkara dengan teliti agar mereka akan buat hanya yang penting dan tinggalkan yang tidak penting.

Saya cuba untuk senaraikan tugasan mengikut keutamaan :

1. Bangun tahjud jam 5 pagi setiap hari. Pada waktu ini, berdoa agar Allah permudahkan segala urusan agar diberi kelapangan masa untuk menyiapkan semua perkara.

Mereka yang LEBIH LUAR BIASA akan bangun jam 4.00 pagi. Bertahjud sekitar 30 minit dan kemudian dah mula buat tugasan kerja mereka.

Bila kita doa minta kelapangan masa, Insya Allah. Allah akan aturkan kehidupan yang terbaik untuk kita. Bila kita belajar menghargai masa, Allah akan menghargai kita dengan mempermudahkan segala urusan kita.

Inilah yang dinamakan KEBERKATAN. Kita buat sekejap ajer dah siap.

2. Mula bersiap, memasak dan kemas diri untuk pergi bekerja. Bila masuk Solat Subuh, mereka akan tunaikan Solat Sunat sebelum Subuh.

Ini kerana ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang menunaikan Solat Sunat sebelum subuh adalah lebih besar dari seluruh dunia dan seisinya. Pagi pagi lagi, Allah dah berikan 'kekayaan' kepada mereka ini.

3. Bawa kereta menuju ke tempat kerja mungkin mengambil masa 30 minit - 1 jam. Sepanjang perjalanan ini, mereka akan dengar ceramah motivasi yang sudah direkodkan dalam format MP3.

Anda tak tahu nak download ceramah apa?



Penuhi hidup kita dengan perkara perkara yang positif
Sepanjang perjalanan, mereka tak dengar Era FM, Suria FM, Hits FM tetapi mereka isi Rohani mereka dengan perkara perkara yang positif.

Yang hidup biasa biasa, akan mulakan hari mereka dengan lagu lagu retro, lagu hip hop, lagu rock dan sebagainya. Nauzubillah.

Anda dah boleh tengok perbezaan hidup orang berjaya dan yang gagal.

4. Sampai awal di tempat kerja, mereka mula Solat Dhuha dulu. Sudah siap berwudhuk dari rumah. Tidak lama. Hanya 7 minit siap Solat Dhuha dan mereka dah boleh mula kerja.

Disebabkan doa yang mereka baca, Allah permudahkan lagi rezeki mereka. Urusan mereka yang susah 'terasa' mudah. Bos tak marah. Kerja buat tak silap dan macam macam lagi sebab Allah mudahkan urusan mereka.

5. Waktu rehat di tempat kerja, jam 1 petang. Masa tu mereka lunch seadanya. Gunakan waktu itu untuk Follow Up customer yang tanya pasal produk dan juga follow up customer yang dah beli produk 3 hari lepas.

6. Jika sempat, update blog sedikit. Mungkin boleh siapkan 10% dahulu. At least, dah ada draft apa nak tulis. Usai Solat Zuhur, bersegera membaca membaca Surah Al Waqiah. Allah janji siapa yang baca Surah Al Waqiah tidak akan jatuh miskin.

7. Pulang dari kerja, sambung dengar ceramah MP3. Hidup langsung tidak ada masa nak dengar lagu lagu yang melaghakan.

8. Sampai dirumah, uruskan anak dan keluarga serta buat apa yang perlu.

9. Setiap malam, jika berkelapangan akan update blog, update facebook, follow up customer, menimba ilmu bisnes yang dikongsikan dalam blog rahsia dan perkara perkara lain yang berfaedah.

10. Disebabkan priority hidup adalah untuk mencari kebahagiaan, tidak ada masa untuk menonton bola sepak Pahang vs JDT. Impian mereka lebih besar dan lebih penting dari tonton siaran langsung di TV.

Apatah lagi nak pergi ke Stadium Bukit Jalil kan...... Ada pulak yang tersentap sebab pi Bukit Jalil kang.....


Perasan tak, Pahang atau JDT yang menang, esok tetap kita kena cari duit sendiri.

11. Selesai tugasan, tidur awal bersiap sedia untuk bangun awal pagi esok. Tak tonton bola Man U vs Man City sebab tak penting walaupun minat.

Ada banyak lagi perkara penting nak dibuat dalam hidup bila kita mula TULIS senarai tugasan yang hendak kita siapkan.

Anda nampak tak, sebenarnya kita ada masa yang sama seperti orang lain. Cumanya, Allah bagi kelapangan kepada kita sebab kita dah mula beri PRIORITY, apa yang perlu didahulukan dan apa yang perlu dikemudiankan.

Inilah rahsia ramai orang yang berjaya dalam hidup mereka.


Warrent Buffet Yang Memperkenalkan "Structered Day". Dalam Islam dah lama ada iaitu Fiqh Al Awlawiyat. 

Mereka ada "Structured Day". Mereka uruskan setiap hari mereka dengan baik.

Apa Nak Buat Lepas Ini?

Bagi yang nak ubah hidup, mereka akan mula TULIS DAN SENARAIKAN TUGASAN MEREKA dan buat semua kerja ikut kepentingan.

Akhirnya mereka hanya pilih untuk buat kerja kerja yang penting dan tinggalkan kerja kerja yang tidak penting.

Bagi anda yang dah tahu rahsia ini, permintaan saya. Hari ini juga pergi beli Buku Kosong dan mula mencatatkan tugasan kerja kerja anda. 

You will see your life will start to change rapidly.

Anda tak percaya? Tak percaya tak per, buat ajer.

Jom Ubah Hidup Jadi Manusia Yang Luar Biasa

Bagi mereka yang dah buat tugasan ini, boleh tak anda kongsikan dengan saya apa perubahan hidup anda selepas mula tulis senarai tugasan ini. Anda boleh PM saya di FB atau boleh emel saya di mariafirdausblog@yahoo.com

Jom Ubah Hidup Jadi Luar Biasa

Mohd Firdaus Mat Saad
Founder of Maria Firdaus Empire
The Most Fantastic Millionaire in Shaklee 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text