Dari blog DayanDayak:
Salam ceria buat semua - walau di mana saja anda
berada.
Allahu Akbar!! alam semalam aku bertemu dan berbual dengan seorang gadis. Lalu aku pun bertanya kepadanya,
"Apa yang kamu inginkan dalam hidup ini?".
Dia menjawab ringkas: "Allah"!!!. Terperanjat aku mendengar jawapan itu.
Seketika itu juga aku menyebut "Allahu Akbar". "Bertuahnya lelaki yang
dapat memiliki kamu."
Lalu aku merisik lagi ilmu agamanya. Selepas memberi
jawapan itu, kelihatan matanya mula kemerah-merahan.
Dia senyum pada ku dan
berkata dia hanya memerlukan Allah... mengharapkan Allah bersamanya... dan lama
kelamaan, air matanya mula tumpah ke pipi. menahan sendu tangis dia tetap
senyum pada ku.
Aku terus merenung wajahnya yang kemerahan kerana tangisan. Dia
menunduk. Air matanya terus tumpah kerana kata-kata ku kepadanya membakar
semangat.
Aku berkata aku juga turut sebak, air mata ku juga turut berlinang
kerana inilah kali pertama aku mendengar jawapan sedemikian.
Aku katakan
kepadanya: "Jika kata-kata ini didengar oleh orang tertentu atau mungkin
di kalangan rakan-rakanku, maka mereka tidak akan menunggu lama untuk
mengambil kamu menjadi isteri mereka. Mereka berkehendakkan isteri-isteri
seperti kamu. Begitu juga aku..."
Dia kemudian bangkit meninggalkan aku
dalam persoalan.....
0 ulasan:
Catat Ulasan