(Dari Blog Hasrul Hassan)
Cameron Highlands banjir lumpur lagi. Baru sahaja keluar dalam akhbar mengenai ancaman besar banjir dari Tasik Ringlet, tup tap .. dua hari .. Cameron Highlands dilanda banjir lumpur sekali lagi. Genap setahun kot. Sebelum ini, banjir lumpur di Cameron Highlands meragut dan mengorbankan empat nyawa sekitar Oktober 2013, dan kali ini diberitakan ada juga kehilangan nyawa.
Dilaporkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun telah lemas dihanyut air banjir manakala seorang pekerja kebun sayur warga Nepal maut ditimbus tanah runtuh. Kawasan yang terkena pula adalah terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur sebelum ini, iaitu diLembah Bertam.
Ironinya, Cameron Highlands telah disebut-sebut dan diperkatakan sejak beberapa hari ini.
Cameron Highlands KebanjiranAda dua isu berkaitan Cameron Highlands banyak diperkatakan. Satu - mengenai kebanjiran warga asing di Cameron Highlands, seolah ditawan oleh mereka yang bekerja di ladang-ladang sayur di sana. Kedua - isu mengenai Tasik Ringlet yang dipenuhi sampah sarah sehingga menjejaskan pengaliran serta kualiti air di empangan Sultan Abu Bakar.
Keyword di sini - Banjir Cameron Highlands. Banjir warga asing. Banjir lumpur akibat empangan yang kini tidak berada di dalam tahap kapasiti sebenar.
Berita melaporkan, kira-kira 150 orang daripada 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet berikutan keadaan banjir yang semakin buruk. Ramai rakan-rakan blogger yang telah memuat-naik gambar keadaan banjir terbaru di Cameron Highlands ini.
Gambar Cameron Highlands Banjir Lumpur 5 November
Harapnya pihak berkaitan akan buka mata akan masalah yang sedang berlaku. Bukan pertama kali dah ni, dah jadi dua kali; tidak mustahil akan jadi 3,4 kali jika tiada sebarang tindakan tegas dibuat.
Dan harapnya penduduk di Cameron Highlands terutama sekali pengusaha ladang dan kebun sayur beringat-ingat, dan fikirkan perkara buruk yang telah berlaku ini. Segalanya disebabkan ketamakan dan kerakusan yang tidak berbatas.
Dan mungkin, lebih banyak mata melihat akan dua isu banjir di Cameron Highlands, jangan hanya berikan alasan bahawa negara akan kehilangan pendapatan berbillion ringgit semata ... kalau dah untung berbillion, mengapa tidak gunakan ke arah memperbaiki keadaan di Cameron Highlands?
KREDIT SUMBER;
0 ulasan:
Catat Ulasan