Oleh Zaidi (Mohamadzaidim@bh.com.my)
Drama Terbaik Matahari Terbit Lagi, Al-Hidayah Production Sdn Bhd, Ashraf Muslim. - Foto Nashairi Mohd Nawi
KUALA LUMPUR: Bukan senang hidup bermadu dan itulah hakikat yang tidak boleh dipertikaikan sama seperti yang dilalui oleh Ashraf Muslim.
Bertemu Ashraf selepas majlis Anugerah Skrin (ASK)2014 yang menyaksikan kejayaan besar drama terbitan syarikatnya, Al-Hidayah Production Sdn Bhd yang mempertaruhkan Matahari Terbit Lagi, beliau ditanya bagaimana kehidupan asam garam kehidupan poligami yang sedang dilaluinya ketika ini.
Ashraf kini menerajui hidup sebagai suami kepada dua wanita, Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Lebih indah, menerusi perkahwinan keduanya dengan Sakinah, mereka dikurniakan bayi perempuan berusia tujuh bulan bernama Sarah Ashraf.
"Kehidupan rumah tangga saya okey. Memang susah sebenarnya hidup bermadu ini. Sebagai ketua keluarga, saya kena didik dan jaga keharmonian, sekali gus mendidik isteri serta anak ke arah yang diredai. Pada masa sama, kami cuba membentuk akhlak yang baik.
"Nikmat bahagia itu Insya-Allah akan terus dirasai. Kena bijak biarpun bukan senang nak berlaku adil. Nak berlaku adil dari segi masa bukan perkara semudah lafaz A,B,C ... kena bertoleransi. Ada masa untuk isteri pertama dan kedua, masa dengan diri sendiri lagi.
"Apa yang penting, kami saling hormat dan tahu tanggung jawab masing-masing. Saya sendiri punya visi yang besar dalam kehidupan ini termasuk dalam aspek rumah tangga. Insya-Allah," katanya.
Di ASK2014, syarikat milik Ashraf yang sudah dua tahun diterajuinya itu membolot lima kategori Drama Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Pengarah Terbaik Drama, Videografi Terbaik dan Lakon TV Terbaik.
Matahari Terbit Lagi menceritakan mengenai dunia mualaf.
"Terkejut dengan kemenangan besar ini dan pada masa sama, saya bersyukur drama bertemakan Islamik dapat diangkat dan diterima sebagai pemenang. Kejayaan ini sebagai pemangkin untuk produksi lain menerbitkan tema seumpamanya," katanya.
Ashraf Muslim dengan trofi Drama Terbaik Matahari Terbit Lagi, Al-Hidayah Production Sdn Bhd. - Foto Nashairi Mohd Nawi
Kasih ayah, Ashraf bersama anak sulungnya, Sarah. - Foto Rohanis bt. Abdul Shukri
Keluarga Ashraf Muslim. - Foto Rohanis bt. Abdul Shukri /BH]
KREDIT; BERITA HARIAN ONLINE
0 ulasan:
Catat Ulasan