Social Icons

Jumaat, 14 November 2014

Yahudi Sentiasa Berusaha Menghancurkan Dan Mengharu-biru Negara Umat Islam

Apakah beza antara Judaism dan Zionis? Sebenarnya tidak semua yahudi itu zionis. Ada juga menentang dan tidak menyokong rakan sebangsa mereka sendiri. 

Mereka terus melancarkan serangan dan bantahan secara konsisten, tapi kita bagaimana? Setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di negara ini - mencari alasan untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia” Apakah bangsa Melayu akan jadi sasaran selanjutnya selepas Pathan (atau Pashtuns) dan Arab. 

Giliran ini berdasarkan perancangan menghapuskan sebarang peluang untuk Islam bangun di akhir zaman. Kenapa Kaum Pathan? Kenapa Arab? 

Sebabnya mereka ini penganut Islam yang tegar. Tidak kurang juga bangsa Melayu. Berkurun lamanya mereka menjajah dan berusaha untuk menukarkan agama bangsa-bangsa ini, tetapi masih gagal. 

Malah kaum Pathan di Pakistan dan Afghanistan terus berjuang. Berjuang melepaskan diri dari berbagai bentuk penjajahan, Pakistan agak bernasib baik kerana mengikut kata mereka, tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja. 

Bila mana pemerintah bertukar kepada sistem pemerintahan Islam ataupun pemimpin mereka lebih Islamik, segera mereka melebelkannya sebagai “pengganas” dan membuat helah untuk menghancurkannya.Itu juga yang berlaku kepada negara Arab sekarang. 

Mana-mana pemimpin yang tidak mengikut telunjuk mereka, akan diancam malah di perangi secara tidak adil. Alasan demi alasan dihamburkan untuk memberi laluan kepada mereka melaksanakan perang. Libya adalah contoh terbaru, selepas ini pastinya Syria pula. 

Mereka menghasut rakyat bangun memberontak dan segera mereka campur tangan. Berbagai helah diatur untuk menguasai sepenuhnya negara-negara ini. Malaysia dan Indonesia dalam perhatian mereka setiap masa. Cuma peluang belum terbuka sepenuhnya. Gara-gara hasutan dan gerak kerja ejen-ejen mereka, sudah nampak beberapa insiden yang tak masuk akal. 

Akan berlaku kacau bilau dan perang saudara setelah hasutan mereka berjaya. Atas alasan menyelamatkan orang awam, mereka segera campur tangan. Oleh kerana alasan itu adalah pembohongan semata-mata, lebih ramai orang awam yang terbunuh. Lihat sahaja apa yang berlaku di Libya dan Afghanistan. 

Waspadalah.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text