Social Icons

Sabtu, 15 November 2014

Pengalaman Seorang Blogger Masuk IJN

Patutla blognya lama tidak ada paparan baru! Rupa-rupanya dia ada sakit jantung. 

Ibnu Hasyim Masuk IJN (1): Cucuku Cubitku..

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

BERGURAU dengan cucu. Dia mencubit dada sebelah kiriku. Hingga tiga hari masih terasa sakitnya, bahkan bertambah-tambah sakit selepasnya, membuat aku terasa pelik.

Ku tanyai seorang doktor perubatan, katanya mungkin itu tanda-tanda awal saya mengidap masalah jantung. Aku macam tak percaya.

Ku tanyai lagi..

"Dulu, kira-kira 7 tahun lalu aku sudah tidak boleh 'duduk antara dua sujud' dalam solat, kerana sakit kaki." . 

Waktu itu aku sering ulang alik ke Indonesia. Beberapa tahun lalu aku pernah terjatuh dalam suatu program di Tanjung Karang, menyebabkan sakit kakiku bertambah parah. Terakhir aku terjatuh di Kalimantan, Indonesia, pada pada Mac 2012. (Lihat Kisah Pak Dukun, Ubat Segala Penyakit, Di Badau.) Hal ini membuat aku tidak keluar negara lagi, sementara menunggu kaki yang tempang ini sembuh.

"Apakah ini juga tanda-tanda awal pengidap masalah jantung?"

"Mungkin ya!" Jawab doktor itu. "Datanglah ke hospital kami untuk siasatan!"

Ku cari sedikit info mengenai tanda-tanda awal masalah jantung pada diri seseorang. Antaranya..

Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit, berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan. Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan).
Lidah terasa tegang dan pendek.
Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri). Biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang.
Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
Rasa keletihan sepanjang masa.
Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
Degupan jantung tidak menentu.
Nafas terasa pendek.
Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tiada maya yang teruk.Nampaknya, tanda-tanda itu ada pada diriku. Umpamanya selepas cubitan dari cucuku, berlaku ..

'Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.' 
'Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri). Biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat. Aku terus ke hospitalnya, buat kajian dan siasatan. Akhiranya menerima keputusan dengan bukti bergambar dan sebagainya, bahawa .. Tiga injab saloran di jantungku tersumbat. Satunya tersumbat 100% dan 2 lagi tersumbat antara 70 ke 80%. 

Saloran ke jantung atau hubungan ke ibupejabat tubuh manusia tersumbat, bererti operasinya akan terhenti, badan akan sudah tidak bernyawa lagi. Kerana itu, sakit jantung dikatakan pembunuh nombor satu negara ini.

Maka aku dicadangkan, membuat rawatan di Institut Jantung Negara atau IJN. IJN terletak di sebelah kiri Jalan Tun Razak KL. Merupakan hospital pakar untuk pesakit jantung di Malaysia. IJN ditubuhkan pada September 1992, dengan kos pembinaan sebanyak RM15.5 juta milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia (99.9 %).

Itu antara sebabnya, mengapa penyiaran Blog Ibnu Hasyim ini terhenti sementara mulai Isnin 20 Oktober lalu. Saya Ibnu Hasyim dimasukkan ke IJN kerana sakit jantung.. 

Bersambung.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text