Kisah Suami Malas
PERTEMUAN saya dan seorang kenalan lama berlaku secara tidak sengaja. Jujur saya katakan, impresi pertama saya adalah tidak percaya saat terpandangkan wajahnya yang hampir tidak dicam kerana kusut dan lesu. Dia yang saya kenal seorang yang sangat cantik dan berpenampilan menarik ketika kami di kolej dahulu. Tapi hari ini, dia saya lihat begitu lesu, tidak ceria dan sedikit gempal berbanding dahulu. Apa berlaku? Saya tertanya-tanya. Hampir sembilan tahun kami terpisah, pertemuan itu terlalu nostalgik untuk saya huraikan. Kami berpelukan lama. Air mata mengalir tiba-tiba. Entah kenapa, saya dan Emma merasakan rindu nan syahdu. Emma (bukan nama sebenar) menarik tangan saya ke tepi koridor pejabat pos. Niat saya untuk membayar bil serta-merta tertangguh lantaran terlalu banyak yang ingin kami perkatakan. Saya dan Emma, masing-masing punya cerita. Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun dan bayi berusia kira-kira lapan bulan diam dalam trolly di sisi Emma. Tanpa ka...