Dunia semakin berkembang. Lajunya luar biasa. Manusia lemah tidak mampu mengejarnya. Dunia sedang ditarik oleh graviti kuasa teknologi canggih yang tidak dapat ditolak. Sesiapa menidakkan keupayaan teknologi moden, dia sendiri akan hanyut kelemasan.
Orang-orang bertaqwa memang mempunyai teknologi ruh tetapi bagaimanakah boleh berlakunya kesinambungannya dua jenis teknologi ini di dalam setiap individu?
Persoalan ini memerlukan perbincangan yang luas dan menyeluruh.
Sejak 30 tahun yang lalu dunia sudah hanyut jauh ke depan. Membina kecanggihan alat dan gajet elektronik adalah medan lumba baharu di kalangan gergasi teknologi digital di dunia. Semuanya diniagakan dengan harga yang tidak murah. Mahu tidak mahu pilihan hanya satu iaitu terus menjadi pengguna dan perlu membelinya. Itulah keperluan masyarakat dunia masa kini.
Sejak dulu ketika orang Melayu masih berkaki ayam, mendengar 'besi yang mampu terbang' di angkasa raya adalah suatu yang melopongkan mulut mereka. Ramai yang tidak percaya. Tetapi hari ini ramai orang kampung yang susah pun sudah merasa naik 'kapal besi yang terbang seperti burung' itu.
Dunia akan terus berkembang. teknologi hasil rekacipta dan inovasi manusia sudah memungkinkan berbagai hal yang dirasa mustahil sebelum ini.
Apa akan jadi 20, 30, 50 tahun akan datang?
Yayasan Gates Foundation membuat ramalan mengejutkan. Bank akan`hilang` dalam 15 tahun ke depan. Gantinya, sebuah telefon bimbit yangmengambil peranan bank.
15 tahun ke depan, perbankan digital diyakini bakal mengawal industri kewangan dunia. Bahkan 2 bilion penduduk bumi akan naik tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Laporan terbaru Yayasan Gates menyebutkan telefon bimbit akan menjadi kunci dalam mengatasi rendahnya penembusan perbankan di kalangan orang miskin.
Dalam laporan tahunan yang dilaporkan hujung minggu lalu, GatesFoundation menghuraikan visi untuk 15 tahun ke depan. Salah satunya adalah membantu orang miskin menukar hidupnya dengan memberikan akses kepada kemudahan mudah alih.
Gates Foundation meramalkan pada 2030, sebanyak 2 bilion orang yang tidak mempunyai akaun bank akan dapat melakukan pembayaran dan pembelian dengan telefon pintar mereka. Mereka juga akan menyimpan wang melalui telefon bimbit yang menjadi pembekal 'wang bergerak'. 2 billion pengguna baru ini akan memanfaatkan pelbagai perkhidmatan kewangan dan perbankan dalam talian - mulai dari urusan mendapatkan pinjaman hinggalah dalam mengurus akaun simpanan.
Meski masyarakat miskin umumnya mempunyai dana minimum, laporan Gates Foundation menunjukkan kos marginal dalam mewujudkan transaksi digital mendekati sifar. Apalagi lebih dari 70 peratus orang dewasa di negara-negara membangun mempunyai telefon bimbit.
Ini bermakna syarikat mobile banking akan menerima komisen dalam jumlah kecil dari berjuta-juta transaksi dengan kos yang murah. Dengan cara ini, syarikat mobile banking akan mendapatkan keuntungan dari perkhidmatan mereka bahkan bagi individu yang paling miskin.
Laporan tersebut kemudian memberi contoh bKash, sebuah pembekal mobilemoney dari Bangladesh. Syarikat ini telah memproses 2 juta transaksi setiap hari dengan nilai mencapai US$1 bilion setiap bulan. Namun akses ke bKash masih tidak seimbang. Masalahnya, hanya 76 peratus lelaki Bangladesh mempunyai telefon bimbit sementara yang wanita hanya 46 peratus.
Masalah akses yang tidak seimbang ini hanya satu cabaran yang dihadapi industri mobile banking. Perkara lain termasuk peraturan kerajaan, yang di banyak negara menyekat perbankan digital dan kurangnya lokasi di mana orang boleh menukar wang digital mereka ke dalam tunai dan sebaliknya.
0 ulasan:
Catat Ulasan