Social Icons

Jumaat, 2 Januari 2015

Lebih 200,000 orang hadir Malam Cinta Rasul Dataran Merdeka

Oleh Azizan Osman pada 02 Januari 2015


Alhamdulillah berita kejayaan program#MalamCintaRasul yang pertama kali diadakan di Dataran Merdeka pada malam tahun baru di banyak akhbar.

Kita bukan orang asli Amazon yang perlu menyambut tahun baru dengan bunga api atau panggil ruh sebagaimana tuduhan yang diberi oleh sesetengah orang yang membenci penyatuan ummah umat Islam.

Kita orang Islam dan kita boleh tukar cara kita yang mendekatkan ramai orang kepada Allah swt & Rasulullah saw. Kita berkumpul lebih 200,000 orang dengan Solat Isyak dan Solat Hajat Berjemaah serta majlis ilmu disampaikan oleh Yang Berbahagia Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Bakri.

Jika program ini tidak membawa kebaikan dan difitnah sebagai memuja ruh gaya orang Asli Amazon oleh sesetengah mereka di luar sana, takkan Mufti Wilayah Persekutuan sendiri hadir serta sudi mengetuai majlis ini? Mungkin mereka rasa mereka lebih alim dari Tuan Mufti? Wallahu A’lam.

Pastinya untuk buat kebaikan pasti ada yang menentang. Tetapi Alhamdulillah program ini berjaya.

Semalam juga saya lihat ada ramai orang bukan Islam di Dataran Merdeka dan mereka excited melihat bagaimana program ini menghimpunkan lautan manusia yang berpakaian putih bersatu hati di Dataran Merdeka. Mana kita tahu hatinya akan tertarik untuk mendekati Islam?

Doakan program ini akan dapat kami teruskan serta di perbanyakkan lagi Insya Allah. Dan tidak hanya kerana bila Malaysia ditimpa bencana dan musibah. Ingat! Ingat! Ingat! Tidak ada jalan selamat selain daripada kita mengajak orang ramai especially umat Islam kepada mendekati Allah swt dan Rasul saw Insya Allah.

Mudah-mudahan kutipan sumbangan yang disumbang semalam serta akan diserahkan kepada Tabung Bencana MediaPrima akan dapat sedikit sebanyak membantu mangsa banjir Insya Allah selain doa-doa yang dipohon kepada Allah swt Yang Maha Ghaib dan Maha Berkuasa.

Musuh Islam suka kita semua sendiri-sendiri atau nafsi-nafsi, Islam yang sebenar mengajak untuk kita bersatu. Bersatulah kita. Semua orang ada kekuatan masing-masing untuk memberi manfaat kepada ramai orang lain. Jangan tentukan orang lain bakal duduk di neraka tingkat berapa kerana kita sendiri pun tidak tahu di mana kita nanti.

Mudah-mudahan Allah swt terima kita, redha, rahmati dan berkati kita semua Amiin YRA.

Selamat Mencipta Tahun Baru 2015 yang memberi manfaat kepada ramai umat.


P/S Tidak kita hidup dek pujian atau mati dek kejian bila kita jelas dengan matlamat kita untuk lakukan sesuatu untuk Allah swt dan Rasulullah saw serta kebaikan umat. Kata-kata nista manusia hanyalah ibarat langau yang mengelilingi najis kehidupan mereka sendiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text