Paparan di bawah adalah tulisan Sdr Blogger HASRUL HASSAN. Beliau memperkatakan tentang kemiskinan - suatu yang ramai manusia cuba menghindarinya. Biasanya begitu tetapi kemiskinan tetap melanda sebahagian umat manusia.
Banjir yang berlaku di pantai timur baru-baru ini benar-benar dari Allah. Dia yang maha kaya mahu insafkan kita. Kita sendiri menyaksikan ramai mangsa banjir itu 'dipaksa jadi miskin' oleh Allah.
Walaupun kaya raya tetapi kalau sudah rumah besar dengan segala isinya tenggelam berhari-hari - apa lagi yang tinggal? Tentulah miskin namanya bila terpaksa menanti bantuan di atas bukit dalam keadaan basah kuyup! Banjir mega itu menjadikan ramai orang kaya jatuh miskin. Sekurang-kurangnya pengalaman dan perasaan orang miskin dapat dirasai bersama.
Bacalah tulisan beliau:
Miskin. Jarang orang memperkatakannya. Yang lebih banyak orang dok cakap adalah mengenai kekayaan. Tengok saja dalam dunia maya ni, dunia internet, klik-klik je pasti ada yang berkaitan dengan kekayaan. Mana perginya keinsafan mengenai kemiskinan? Takut sampaikan nak berbicara mengenainya pun tak terkeluar dari fikir?
Bila buka blog mana-mana, pasti akan bercerita tentang nak dapat duit dari blog, pastu pasti ada iklan dari platform pengiklanan yang macam-macam dalam blog. Amat jarang nampak blog yang tak ada satu pun iklan. Jarang ... sangat jarang.
Jangan Terlalu Takut Dengan KemiskinanBila berkata wow .. Nuffnang bagi cek RM50 .... hampir semua orang nak tengok. Uhh pusu-pusu masuk blog yang sediakan entri mengenainya, semua nak tahu bagaimana. Tu belum lagi tayang cek yang ribu-ribu macam kat sini: Pendapatan Nuffnang RM7960.86. Aha ...masing2 terus letak komen tanya bagaimana nak dapat macam tu.
Tak dapat tidak, dalam kehidupan seharian pun begitu juga. Bila duit hilang RM50 ... habis diselongkar satu rumah. Ya, bukan nak mengata anda yang membaca, tapi saya ... memang begitu, tu baru RM50 ...belum lagi RM100, ribu-ribu lagilah ...siap nak buat laporan polis lagi. Ini semua kerana kita terutama saya, dok melihat kekayaan itu perkara mesti .... takut dengan kemiskinan.
Tak cukup kuat untuk menghadapi saat-saat di mana terpaksa makan bersulam air kosong tanpa lauk. Takut nanti kuar kat TV ..... jadi 'mangsa' BERSAMAMU TV3.
Kisah Jiran Saya di KampungTeringat kisah jiran saya, ibunya tak cukup pendidikan, darjah enam pun tak lepas. Ayahnya pula dah la punyai masalah pendengaran, kerja pula dah tak ada. Cuma dapat menyara kerana ada insan berikan peluang buat sedikit kerja kampung yang upahnya cukup makan kais pagi makan petang.
Sebelum ini, ada pihak panggil pihak TV3 datang untuk rancangan BERSAMAMU, katanya keluarga ini memang layak. Tapi .... si anak tidak mahu, katanya ...biarlah miskin begini, biar mencari rezeki sendiri, tak perlu nak minta simpati. Biar kami usaha sendiri selagi ada tulang empat kerat.
Keluarga ini tidak pernah dengar merungut, makan hanya nasi bergaram - saya tahulah sebab mereka jiran saya sejak saya kecik lagi. Mana yang ada mereka terima, bukan meminta tetapi mereka ini tidak mahu jadi pengemis yang sering asyik meminta.
Ada kala walaupun mereka ini hidup serba kekurangan, mereka tak lokek memberikan sesuatu, ya ... saya pernah terima air kelapa muda, saya pernah terima putu mayam .. di sebalik mereka hidup kesempitan, mereka tak lokek .. mereka tak takut akan kemiskinan!
0 ulasan:
Catat Ulasan