Social Icons

Jumaat, 9 Januari 2015

Remaja Berhati Mulia

Ketulusan Segalanya

Remaja berhati mulia
Oleh Nurul Huda Kosnon

Kuala Lumpur: “Saya peluk dia dan beri RM100 sebagai tanda terima kasih. Syukur pada Allah SWT, masih ada insan yang ikhlas.

“Bagi saya, susah hendak jumpa orang macam dia yang ikhlas dan saya andaikan dia seorang yang berhati mulia. Jika dia tidak memulangkan semula beg itu, mungkin hari jadi saya yang ke-28 (6 Januari) paling sukar dilupakan,” kata Norman Berahim.

Norman berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai sikap remaja, Mohd Syaqir Japarudin, 17, yang memulangkan semula RM1,600 tunai yang hilang ketika dia menunaikan solat di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu, pada 7 petang, 5 Januari lalu.

“Hati saya begitu lega. Cemas saya reda apabila dapat balik beg berisi dokumen penting dan dompet mengandungi RM1,600,” katanya.

Menurutnya, pada hari kejadian dia masuk ke tandas dengan membawa beg berkenaan sebelum kemudiannya mengambil wuduk.

“Selepas selesai solat, saya ke restoran untuk makan malam. Ketika hendak keluar daripada kereta, saya cemas selepas mendapati beg saya tak ada.

“Duit itu saya baru keluarkan daripada ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan saya hendak memasukkannya ke akaun simpanan kedua saya,” katanya ketika dihubungi di Sabah.

Menurutnya, dia kemudiannya pergi semula ke masjid berkenaan untuk mencari begnya namun tidak dapat dikesan.

“Keesokannya iaitu pada 6 Januari lalu, saya mendapat pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp daripada seorang remaja yang memaklumkan beg saya ada padanya.

“Pada 5 petang, Selasa lalu (6 Januari), dia memaklumkan mahu berjumpa saya untuk menyerahkan semula beg itu di sebuah restoran di Sembulan,” katanya.

Mohd Syaqir, dia terjumpa beg berkenaan dalam tandas ketika hendak menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan.

“Saya ambil dan serah pada pengurusan masjid tapi mereka nasihatkan supaya simpan dan cari pemilik beg berkenaan. Saya pun bawa pulang dan keesokan hari saya memberanikan diri untuk memeriksa beg itu sebelum menemui RM1,600 dan pelbagai dokumen penting.

“Akhirnya, saya jumpa nombor telefon pemilik beg itu melalui satu resit lama dan terus menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi Whatsapp,” katanya.

Norman Berahim, 28, (kanan) menganggap Mohd Syaqir Japarudin, 17, (tengah) sudah seperti adik sendiri selepas kejadian itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text