Tahukah anda berapa banyakkah teknik atau strategi pemasaran yang wujud di dunia moden ini dan apakah teknik yang terbaik dan PALING BERKESAN?
Jawapannya:
Sebenarnya ada 245 teknik atau strategi dalam memasarkan produk dan perkhidmatan kita. Oh! banyaknya? Memang sudah dibuat kajian keberkesanan setiap satunya berbeza. Apa yang menarik, BLOG adalah medium iklan yang paling berpengaruh di dalam dunia moden ini. Yang kedua ialah facebook dan ketiganya instagram.
Ada ramai menggunakan tiga medium ini dalam mengiklankan dan menjual produk mereka atau buat jualan dropship atau affiliate. Jika mereka istiqamah, mereka akan dapat RM2,3k sebulan. Menariknya jika rajin dan terus berusaha, jualan online sebegitu akan terus berlaku (dan meningkat) walaupun ketika mereka tidur atau buat kerja lain.
Kenapa iklan di dalam blog, facebook, instagram dan lain-lain media online ini begitu berkesan?
Dunia moden menjadikan manusia tidak dapat elak dari menggunakan telefon pintar. Ditambah pula dengan kemudahan internet yang semakin murah dan mudah, menjadikan iklan di talian menjadi bertambah penting. Blog adalah salah satu media sosial yang mempunyai pengaruh yang kuat di dalam masyarakat kontemporari. Jaringan media sosial ini pula saling berkait dan ianya telah menjadi sesuatu yang semakin diutamakan dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Oleh kerana itulah pengiklanan melalui media sosial semakin mendapat perhatian dan terus berkembang. Produk-produk dan perkhidmatan dapat dipromosi dengan baik dan meluas tanpa sempadan serta mampu meningkatkan hasil jualan dan pendapatan. Pulangan yang berbaloi dengan pelaburan yang masih lagi murah dan sangat berpatutan harganya.
Isu Sewa Ruang Iklan Di BlogPengiklanan diblog bukan lagi suatu perkara yang asing. Kini hampir kesemua blog pasti ada iklan sama ada dari syarikat pengendali iklan ataupun melalui sewa ruang iklan. Apa yang akan difokuskan disini adalah pengiklanan melalui sewa ruangan iklan di blog.
Contoh promosi perkhidmatan sewa ruang iklan
Mahalkah meletakkan iklan kita di dalam blog?
Harga sewa ruang iklan di blog masih terlalu rendah dan amat murah berbanding pengiklanan di media sosial yang lain. Jika di surat khabar, kos iklan semuka penuh berwarna untuk sekali keluar ialah RM30k - RM40k (mengikut populariti dan jumlah pembaca surat khabar tersebut).
Kos iklan di blog jadi terlalu murah kerana untuk sebulan, kit
a hanya perlu membayar kadar sewa antara RM5.00 ke RM300.00. Ianya bergantung pada saiz iklan yang dipilih. Tetapi harus diingat, iklan ini wujud 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 30 hari sebulan tanpa henti. Ertinya paparan iklan ini akan sentiasa dapat dilihat sepanjang masa (dan akan di klik untuk terus mendapatkan info lanjut atau terus membeli). Bandingkan dengan RM30,000.00 untuk sekali keluar!!
Apakah rahsia kelebihan menggunakan blog sebagai medium iklan?
Blog adalah medan santai. Boleh juga dikatakan tempat bersembang atau berinteraksi secara dalam talian. Talian sememangnya sibuk tetapi tetap ada ruang interaksi yang menceriakan.
Ada blog yang meletakkan harga sewa serendah RM5 untuk tempoh sebulan! Ini merupakan satu kelebihan yang wajar dieksploitasi sebaiknya bagi mereka yang bijak melihat peluang dan ruang yang ada.
Promosi Dan Impak Pengiklanan di Blog
Wajarkah blog ada iklan?
Harus diingat, tidak semua pengiklanan diblog mampu memberikan hasil serta impak terhadap hasil jualan dan pendapatan seperti yang diharapkan. Ini adalah realiti yang mesti ada dalam jangkaan apabila anda melakukan pelaburan dalam pengiklanan di blog atau dimana-mana media sekali pun.
Namun begitu, peranan iklan di blog sebagai medium promosi dalam meningkatkan serta mengukuhkan produk dan jenama untuk jangkamasa panjang adalah amat berkesan sekali dan ianya tidak boleh dinafikan.
Oleh itu boleh dirumuskan, pengiklanan melalui sewa ruang iklan di blog adalah satu pelaburan yang tidak akan merugikan. Walaupun tanpa hasil jangka pendek tetapi ianya tetap memberi promosi segera serta impak untuk jangkamasa panjang.
Sewa Ruang Iklan Di SuaraMuhajirin313
Jika ada pengusaha, usahawan dan penjual produk serta perkhidmatan yang ingin menyewa ruang iklan di SuaraMuhajirin313 mahupun membuat produk review, sila email ke usjohari@gmail.com
Tentunya tidak dapat dijanjikan pulangan berganda tetapi sekadar membuka ruang untuk mereka yang berminat. Cuba renungkan, apakah impak yang anda boleh dapat dari lebih satu perempat juta pengunjung SuaraMuhajirin313 pada setiap bulan...?
MULAI SEKARANG, ANDA BOLEH IKLANKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN ANDA DI BLOG SUARAMUHAJIRIN313.BLOGSPOT.COM
(Jumlah pengunjung blog ini antara 6,000 ke 10,000 setiap hari!!!)
Promosi tempahan iklan (Untuk tempahan yang dibuat sepanjang Januari sahaja kerana harga tempahan untuk Februari dan seterusnya adalah sekali ganda lebih tinggi)
1) Untuk banner berukuran 300 x 130 (atas sebelah kanan)
HANYA RM1.00 SEHARI (RM30 sebulan)
RM55 dua bulan
RM75 tiga bulan
2) Untuk banner iklan bersaiz size double (300 x 260)
RM50 sebulan
RM90 dua bulan
RM130 tiga bulan
Jika berminat, sila email ke usjohari@gmail.com
0 ulasan:
Catat Ulasan