“Sifat sukarelawan ada lah perlu kerana ia boleh mendidik pelajar untuk membentuk mereka menjadi pemimpin masa depan yang boleh menyumbang secara positif kepada masyarakat “ – Datuk Seri Liow Tiong Lai – Presiden MCA.
Begitu lah ungkapan kata Presiden MCA ketika bercakap kepada pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman.
Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berkata “Ada pelajaran yang tidak di ajar dalam buku” dan ini termausk lah kerja-kerja memberi khidmat bakti seumpama kerja sukarelawan ini.
Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi mutiara kata ini ketika majlis memberi derma kepada 16 rumah kebajikan dan badan amal.
Sejumlah RM133,500 telah berjaya di kumpul oleh 3,400 pelajar melalui acara kesedaran sivik dan sukarelawan yang bertema kan “Children’s Protection and Welfare – Our Responsibility” (Kebajikan dan perlindungan kanak kanak Tanggungjawap kita)
Nilai-nilai kebaikan dalam hal hal sebegini amat di tekankan oleh Datuk Liow dalam ucapan seterus nya. 'Sikap terorisma yang ada pada segelinitr pelajar harus di sisih jauh dari diri pelajar demi kesinambungan kesejahteraan dan suasana harmoni yang sedang di nikmati', sambung Datuk Liow.
Pada ketika artikel ini di tulis , satu rombongan seramai 100 orang pelajar dari aktiviti ini sudah pun menuju ke Kuala Krai untuk kerja-kerja amal dan kebajikan bagi membantu mangsa banjir.
Datuk Seri Liow ada lah juga pengerusi kepada institiusi ini sebagai board of trustees nya.
KLIK SUMBER
0 ulasan:
Catat Ulasan