Baca Blog Mantan Blogger
BANJIR
Memperkatakan tentang perayaan Maulid Nabi, sebenarnya tidak sunyi dari golongan yang membidaahkannya. Memanglah ia adalah bidaah kerana tidak pernah dilakukan oleh Baginda Rasul SAW semasa hayatnya. Tapi ianya ialah bidaah hasanah. Sesuatu yang sangat-sangat baik. Sedangkan bidaah-bidaah yg lain, tidak pula dihebohkan seperti menyertai politik pilihanraya.
Ada seorang yang ber'taraf' ulama bahkan diangkat sebagai mursyid kepada sebuah perjuangan yang terlibat dalam politik pilihanraya. Ulama yang sering dipanggil Tok Guru ini, antara yang merasakan majlis Memperingati atau Merayakan Maulid Nabi, adalah satu yang sia-sia. Kerana menurutnya tidak ada untungnya meraikan hari kelahiran Baginda, yang sewaktu lahirnya (Nabi Muhammad SAW) adalah manusia biasa-biasa sahaja atau budak-budak biasa, seperti kelahiran kita semua.
Sedangkan ramai ulama muktabar telah pun menyatakan kemuliaan Baginda Rasul, sebelum kelahiran Baginda lagi. Runtuhnya tiang-tiang istana Raja Farsi, padamnya api sembahan kaum Majusi yang sebelumnya tidak pernah padam selama ribuan tahun, Allah patahkan bahkan hancurkan Abrahah serta tentera bergajahnya dan berbagai-bagai kemuliaan lagi. Berita dan cerita juga sampai kepada kita, perihal hajat Nabi Musa AS ingin menjadi umat kepada Baginda Rasul SAW. Bukankah sewaktu Nabi Musa AS berhajat itu, Nabi Muhammad SAW belum lahir lagi?
Dan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang membenarkan kemuliaan Rasulullah SAW, ketika saat Baginda belum lahir, ketika dilahirkan, zaman kanak-kanak dan lebih-lebih lagi setelah pertabalan Baginda sebagai Rasulullah SAW.
Tiba-tiba Tuan Guru ini mengatakan menyambut kelahiran Baginda Rasul sesuatu yang sia-sia, bahkan bidaah yang perlu ditinggalkan. Sedangkan Tuan Guru ini, berkecimpung dalam politik pilihanraya bikinan Yahudi, tidak pula merasakan ianya satu bidaah yang patut ditinggalkan!
Siapa kita yang nak menyamakan Baginda Rasul SAW seperti budak-budak biasa, seperti mat-mat biasa, main 'chah keting'? Dan siapa pula kita nak memperlekehkan Allah dengan mengatakan bila Baginda berusia 40 tahun, barulah Allah tercari-cari siapa nak ditabalkan menjadikan Rasul. Sedangkan semuanya telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi.
Cuba perhatikan apa yang berlaku di RabiulAwal 1436H. Banjir besar yang melanda Kelantan, jauh lebih dahsyat daripada tahun-tahun yang lalu. Bukan tahun ini sahaja, banjir berlaku di Kelantan. Tiap-tiap tahun berlaku. Tapi penghujung 2014 membawa kepada awal 2015, bertepatan dengan bulan keputeraan Baginda Rasul SAW, banjirnya sangat-sangat dahsyat.
Bulan yang sepatutnya umat Islam mendapat Rahmat, tapi berlaku sebaliknya. Bagi pendapat aku, kejadian banjir besar yang luar biasa berlaku di Kelantan khususnya, adalah kerana 'keceluparan' seorang Tok Guru (berasal dari Kelantan) yang mempersendakan seorang Rasul yang mulia, seperti yang kita dapat tonton klip videonya di laman sesawang You Tube.
Tahun 2015 ini, lagi sekali kita bakal menyambut Maulid Nabi di bulan Disember. Apakah Disember 2015, bakal menjadi medan 'bah' yang lebih dahsyat lagi? Manek Urai bagaikan dilanda tsunami. Masjid pun turut mengalami kerosakan, sedangkan di Acheh berhadapan dengan tsunami yang mengganaskan pun, Masjid tetap utuh. Tidakkah kita merasa gerun, apabila kemuliaan seorang Rasul dipersendakan?
Pendapat aku ini, tidak ada kena mengena dengan sesiapa atau mana-mana organisasi. Ini adalah pendapat peribadi. Aku berani untuk bertanggungjawab, demi untuk mempertahankan kemuliaan Baginda Rasul SAW. Yang kerana Bagindalah, aku Islam.
0 ulasan:
Catat Ulasan