Yang bertudung atlet dari Arab Saudi
SUKAN
SEBAGAI negara yang cukup ketat dalam pemisahan lelaki dan wanita, ArabSaudi mempunyai idea sistem Olimpik yang sedikit lain dari kebiasaan, idea yang agak ganjil. Jika terpilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, negerikaya minyak ini mencadangkan atlet lelaki dan perempuan bertarung dilokasi berasingan.
Pejudo Saudi Wojdan Shaherkani
Bahkan Arab Saudi bersedia berkongsi tuan rumah dengan negara jiransebagai lokasi Olimpik bagi atlet wanita. Wakil dari Jawatankuasa OlimpikArab Saudi mahukan atlet putera bertanding di negaranya sementara atletputeri di negara jiran, yakni Bahrain.
Raja Fahad bin Jalawi Al Saud, perunding hubungan antarabangsaJawatankuasa Olimpik Arab Saudi, berkata kepada laman Frances Jeuxbahawa negaranya boleh berkongsi tuan rumah dengan negara Teluk lain.
Dengan alasan kekangan budaya ' (Sebenarnya bukan kekangan budaya Arab tetapi peraturan agama Islam), Putera Fahad mengatakan sukarmembayangkan atlet puteri bertanding di negaranya.
"Negara kami sangat konservatif. Sangat sukar menerima perempuanbersaing dalam bidang sukan, terutama cabang renang," katanya sepertidipetik Dailymail, Sabtu, 31 Januari 2015.
Raja Fahad menambah, memakai pakaian sukan di depan umum dianggapmelanggar norma. Atas sebab-sebab budaya inilah, sukar bagi Arab Saudimenyelenggarakan acara-acara antarabangsa yang besar.
Namun keadaan ini tidak membuat Arab Saudi kehilangan akal. Fahadmencadangkan jalan tengah iaitu bekerjasama dengan negara Timur Tengahyang lain seperti Bahrain untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.
"Kami melihat Bahrain adalah negara yang tepat. Kerana kami sudah seringbekerjasama dengan negara itu," kata Fahad seraya menambah "Bahrainakan menjadi tuan rumah bagi pertandingan atlet puteri. Sementara kamiatlet putera."
Sebelumnya, Arab Saudi pertama kali menghantar dua atlet puteri saatOlimpik 2012 diumumkan di London, United Kingdom. Selain Arab Saudi, duanegara lain yang tidak pernah menghantar atlet puterinya ke Sukan Olimpiksebelum ini adalah Qatar dan Brunei Darussalam.
Namun keputusan menghantar dua atlet iaitu pelari 800 meter Sarah Attardan pejudo Wojdan Shaherkani mendapat kecaman dari kaum konservatifSaudi.
Pelari 800 meter Sarah Attar
Sayang upaya Saudi menjadi tuan rumah Sukan Olimpik ini nampaknyasukar direalisasikan. IOC menolak cadangan Putera Fahad tentangpemisahan perlawanan.
"Komitmen untuk tidak diskriminasi wajib bagi semua negara yang berminatmenjadi tuan rumah Sukan Olimpik di masa depan. Hal itu sudah jelastertera dalam agenda Sukan Olimpik 2020 dan perlu dipatuhi oleh negarayang mendapat kontrak sebagai tuan rumah," kata Thomas Bach, PresidenIOC kepada AP.
Perhatian:
Sebenarnya, Saudi menjadi negara yang cukup ketat dalam pemisahan lelaki dan wanita atau mengawal pergaulan bebas, adalah disebabkan pengamalan agama Islam, bukan kerana budaya Arab, apalagi Arab Jahiliah. (IH)
Kredit sumber; Ibnu Hasyim
0 ulasan:
Catat Ulasan