Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Rahsia Anak Pintar - Tidak Perlu Ambil Tuisyen!!!

Imej
Tips genius Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang... Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu... Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya.... Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib. Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka? Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik... Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak menarik. Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri... Melazimi me...

Aduhai!! Inilah Punca Endogan Dikatakan Bodoh Dan Berdosa!!

Imej
Telah lama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dipandang sebelah mata oleh pihak yang berseberangan dengan Islam. Ia dikatakan “bodoh”, bahkan “pendosa”. Untuk mengetahui “kebodohan dan dosa-dosa” apa saja yang dilakukan Erdogan, berikut Tim Arrahmah kutipkan dari artikel penulis Yordan, Ihsan Al Faqih, 26 Desember lalu pada media Achahed. Produk Domestik Nasional Turki di tahun 2013 mencapai 100 Billion Dolar Amerika, menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, Uni Emirat Arab, Iran, dan ditambah dengan Jordan, Syria dan Lebanon. Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar, dari rangking 111 dunia ke peringkat 16, dengan rata-rata peningkatan 10 % pertahun, yang bererti masuknya Turki kedalam 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia. Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan Negara Turki Modern yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang ditargetkan adalah Turki menjadi kekuatan politik dan ekonomi nombor 1 ...

Alangkah Bahagianya Rakyat Malaysia Jika Semua Menterinya Hidup Begini

Imej
Syarat utama menjadi pemimpin ialah bertanggung jawab dengan amanah yang dipikulkan. Malangnya ramai yang menjadi pemimpin dengan niat mengaut kekayaan, keuntungan dan laba berganda. Menggunakan kedudukan untuk mengumpul kemewahan menjadi agenda utama golongan sebegini.  Tidak ramai yang insaf dengan amanah kepimpinan mereka sebab itu kita mudah berjumpa rakyat susah menderita di mana-mana. Ramai pemimpin tidak buat kerja membela rakyat.  Dalam keadaan segolongan pemimpin berebut-rebut mengkayakan diri dan kroni, kita rasa bahagia melihat ada menteri yang masih kekal merendah diri dan beralah. Biarlah orang lain hendak berlumba-lumba mempamerkan kemewahan 'macam nak rak'.  Bagi orang baik sebegini, cukuplah sekadarnya. Yang penting tunaikan amanah dengan penuh rasa tanggung jawab. Tidak perlu berebut habuan yang bukan hak kita. Allah yang menentukan rezeki kita. Kalau ada rezeki lebih dari sumber halal dan berkat, banyakkan bersedekah, berzakat, buat wakaf untuk b...

Inilah Sifat Kebanyakan Isteri Yang Tidak Disedari Ramai Suami

Imej
Suami Menitik Air Mata Kerana Isterinya (Gambar) Apa yang seorang isteri harapkan dari seorang suami? Sudah tentu dia mengharapkan suami yang mampu susah senang bersama serta mampu memberikan sokongan moral kepadanya ketika di dalam kesulitan. Suami yang ideal adalah seorang lelaki yang mampu menjadi rakan baik isterinya, mampu menemani isterinya tak kira saat bergembira atau saat berduka. Bukan mudah untuk menjadi suami yang sebegitu, tetapi ianya tidak mustahil jika suami memahami kehendak serta perasaan isteri. Ada yang anggap perempuan susah untuk di mengerti. Ada juga yang berkata bahawa perempuan itu sangat membahagiakan jika kena dengan caranya. Bagaimana untuk bahagia bersama didalam sebuah rumahtangga? Memahami, saling membantu, berkongsi cerita dan meluangkan waktu bersama sahaja tidak cukup untuk dikatakan sebagai psangan bahagia. Sudah tentu cinta yang pudar menjadi perkara utama untuk sesebuah keluarga menjadi bahagia. Tanpa cinta yang tia...

Ajaibnya Lebah!! Baru Kita Tahu Kenapa Madu Itu Manis

Imej
Suatu hari Nabi Muhammad (saw) bersama Saiyidina Ali (ra) duduk di hutan kecil, tiba-tiba datang seekor lebah dan hinggap di leher  Saiyidina Ali (ra) , Rasulullah saw berkata kepada  Saiyidina Ali (ra)  bahawa sebenarnya lebah ini hendak menjamu kita, kemudian lebah ini berkata pada Rasulullah saw bahawa ada sedikit madu di suatu tempat dan suruhlah  Saiyidina Ali (ra)  pergi ke sana untuk mengambil madu tersebut. Kemudian  Saiyidina Ali (ra)  pergi mengambil madu tersebut dan membawanya ke hadapan Rasulullah saw, kemudian Rasulullah saw bertanya pada lebah tersebut: "Makanan yang kau makan adalah sari bunga yang pahit, apakah penyebabnya ketika sari bunga itu masuk dalam tubuhmu, ianya bertukar menjadi manis?". Lalu lebah itu menjawab: "Itu semua berkat wujudmu wahai Rasulullah saw, sebab setiap sari bunga yang masuk ke dalam tubuh kami, Allah mengilhamkan pada kami untuk bersalawat padamu, oleh kerana itu sari terseb...

Macamana Hendak Berbuat Terhadap Tikus Yang Terlalu Banyak? Ini Jawapannya!!

Imej
Di Puchong, ada kawasan paya di tepi sungai Puchong yang dulunya kerap berlaku banjir. Tanah kawasan paya ini bila kering jadi bergambut. Bila dibuat parit besar, banjir dari limpahan sungai sudah tidak berlaku lagi. Mulalah para penduduk menambak tanah masing-masing. Alhasil tanah gambut di bahagian bawah menjadi sarang tikus yang sangat luas dan besar. Di bawah tanah adalah kota tikus!!  Orang soleh yang kuat hubungan mereka dengan Allah mengatasi masalah ini dengan menjaga kebersihan. Jangan ada sampah sarap dan lebihan makanan yang tidak dibersihkan. Jika sumber makanan sudah tidak ada, tikus tidak akan datang. Bukan mudah melakukan ini jika semua penduduk tidak sepakat. Orang soleh mengatasi masalah tikus dengan menjaga kebersihan dan kuat berdoa serta bertawakkal kepada Allah. Dialah yang maha kuasa. Dialah yang menentukan segalanya. Tidak ada daya upaya melainkan dengan izin Allah. Dia yang menciptakan tikus.  Di Vietnam ada cara bagaimana mereka menangkap...

Menjejaki Maqam Para Sahabat Dan Auliya' Di Bahnasa, Mesir

Imej
Assalamualaikum wbt, alhamdulillahi rabbil 'alamin..Tiadalah sesuatu yang berlaku di dunia ini tanpa izinNya..Pada hari ini, ana dan sahabat2 yang lain telah diberi peluang oleh Allah Ta'ala untuk menjejakkan kaki kami ke tanah yang penuh barakah,iaitu bumi Bahnasa. Bahnasa adalah nama sebuah perkampungan dalam daerah Bani Mazzar yang terletak di dalam muhafazah (negeri/wilayah) El-Menia, iaitu sebuah muhafazah dari 27 buah muhafazah di Mesir.. Bumi Bahnasa merupakan bumi yang bersemadinya banyak jasad2 para sahabat Rasulullah SAW dan orang2 yang mulia.Terdapat hampir 400 orang pemimpin/tokoh dalam kalangan para sahabat RA yang dikebumikan di sana.Di antaranya ialah: -Saidina Ali bin 'Uqail bin Abi Thalib RA -Saidina Ja'afar bin 'Uqail bin Abi Thalib RA -Saidina al-Hussain bin Soleh bin al-Hussain bin Ali bin Abi Thalib RA -Saidina Ziyad bin Abi Sufyan bin al-Harth bin Abd Mutalib bin al-Abbas bin Abi Lahab Di tanah Bahnasa ini juga bersemadinya j...

Kisah Sedih Seorang Suami Dan Kesetiaan Seorang Isteri - Semua Yang Membaca Kisah Ini Mengalir Air Mata!!

Assalamualaikum…. Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun…. Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata. Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi...

Aksi 'Prank' 'Pelajar Kelas Memandu' Jadi Viral

Imej
Sedutan video yang dimuatnaik BEBERAPA tenaga pengajar kelas memandu lesen L menjerit ketakutan dan 'minta nyawa' selepas seorang pelajar membawa mereka pergi 'pusing-pusing'. Dalam sebuah video yang dimuatnaik pada 24 Mac lepas, pemandu rali, Leona Chin menyamar sebagai pelajar 'skema' dan berlakon lurus bendul. Selepas membawa kereta 'abangnya' ke sebuah lokasi, Chin bersama-sama dengan dengan beberapa pengajar mula melakukan rutin latihan dan ujian memandu dalam sesi berlainan. "Saya fikir anda perlu berlatih (memandu) lebih kerap," kata seorang pengajar lelaki. Chin hanya tersenyum. Di luar jangkaan pengajar terbabit, Chin mula membuat aksi 'spin tyre' dan mula memasuki fasa pemanduan aksi yang dikenali sebagai 'donut'. Chin melakukan aksi sama ke atas seorang pengajar wanita, yang sepanjang masa menjerit sambil berpaut pada tali pinggang kaledar. Dua lagi tenaga pengajar warga asing, langsung...

Berhati-hatilah Dengan Taktik Penipuan Sebegini!!

Imej
Kes kena tipu semakin kerap berlaku. Walaupun ramai yang terkena dan sudah berjaga-jaga tetaplah masih ada peluang puak penipu ini mengambil kesempatan. Ikutilah kisah di bawah seperti yang disampaikan di dalam Blog Media Orang Kampung  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya mewakili ibubapa saya ingin berkongsi mengenai satu kejadian yang terjadi pada kedua ibubapa saya pada 25 Mac 2015 di Pejabat TH yang terletak di Batu Caves Selangor. Kejadian ini berlaku di hadapan pejabat TH, sebaik sahaja mereka berdua melangkah keluar dari pejabat tersebut. Perlu diingatkan disini, tujuan perkongsian ini bukanlah untuk memburukkan nama Tabung Haji. Kejadian seperti ini juga boleh berlaku dimana-mana institusi kewangan di Negara kita.  Kronologi kisah adalah seperti berikut: 1) Ibubapa saya telah disapa oleh seorang wanita berketurunan India bernama Jessica. Beliau telah menawarkan satu kertas. Ibubapa saya menolak pada mulanya kerana menyangkakan itu adalah sk...

Rupa-rupanya Ada Air Terjun Semula Jadi Di Puchong!!

Imej
Bila membaca  Blog The Vocket,  Pak Lang baru tahu ada satu kawasan rekreasi di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Setelah google, tempat itu hanya 16 minit sahaja daripada Rumah Amal Limpahan Kasih, Kg Seri Aman, Puchong. Menarik!! Melihat video di bawah, ternyata kawasan tersebut sangat bersih, 'suci' dan terpelihara. Khabarnya hutan simpan tersebut tidak mudah dimasuki. Perlu dapat kebenaran.  Zaman sekarang, tidak ramai manusia yang menghargai alam sekitar yang bersih, nyaman dan indah. Ramai yang mementingkan diri (dalam jangka masa pendek). Mereka suka membuang sampah atau kotoran sewenang-wenangnya.  Hakikatnya manusia yang berfikir dan insaf, akan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran. Jika sayangkan anak cucu kita, pastikan kita kekalkan kesegaran udara dan kebersihan alam sekeliling kita. Jika kita mementingkan diri, anak cucu kita akan 'tenggelam' dalam kotor, busuk dan hanyir satu masa nanti. Saksikan video di bawah. Sekumpul...

Selama 13 Tahun Keluarga Ini Mengelilingi Dunia Tanpa Sesen Pun Duit

Imej
Sikap positif dan yakin diri yang kuat membolehkan satu keluarga mengembara mengelilingi dunia dengan cara mereka - tanpa ada wang. Dengan menggunakan kereta klasik Graham Paige keluaran tahun 1920, Herman dan Candelaria Zapp telah menempuh perjalanan mengelilingi dunia termasuk empat benua sejauh 231.700 km tanpa henti - melawat 44 negara dan telah menginap di lebih dari 2500 keluarga. Dalam penjelajahannya, pasangan tersebut membawa 4 anak mereka, Pampa (10), Tehue (7), Paloma (5), dan Wallaby (3). Perjalanan mereka bermula dari Argentina pada tahun 2000 dengan menggunakan kereta yang sudah berusia 85 tahun itu. Setelah kehabisan wang, mereka memutuskan untuk bergantung nasib pada kebaikan orang lain. Mereka beruntung ramai orang yang memberikan mereka tempat tinggal, makanan dan petrol. Pasangan itu menulis sebuah buku berjudul 'Spark your Dream' bercerita tentang pengalaman perjalanan mereka yang luar biasa. Dalam buku tersebut, mereka mengucapkan te...

Apa Perasaan Anda Kalau Hal Ini Berlaku Pada Anda Ketika Anda Berpoligami?

Imej
Suami Terkejut Isteri Pertama Beri Hadiah Sempena Perkahwinan Keduanya Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi yang berkahwin satu lagi terkedu melihat kehadiran isteri pertamanya dan menerpa ke arahnya ketika majlis perkahwinan itu berlangsung. Dia yang menyangka akan diserang wanita itu lebih terkejut apabila isteri pertamanya itu membuka bungkusan hadiah untuknya. Bungkusan itu mengandung wang berjumlah SR10,000 (RM9,800), iPhone 6 dan sebotol minyak wangi. Hamdan yang berasal dari Baha, bandar di selatan Saudi berkata, dia terkejut melihat isterinya hadir di majlis itu bersama-sama anak mereka dan memberinya hadiah sempena hari perkahwinannya yang kedua. “Isteri pertama saya menunjukkan contoh mengenai kasih sayang, kesetiaan dan cinta. Saya bangga dengannya,” kata Hamdan yang dipetik oleh akhbar Al Madina. Kejadian itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan di beberapa media sosial. Seorang wanita menulis, jika suaminya berkahwin lagi, dia akan menghantar b...