Social Icons

Jumaat, 27 Mac 2015

Merawat Penagih Dadah Dengan Merebus Hidup-Hidup!!

Rebus Sampai Pulih

Masalah ketagihan dadah sukar untuk dipulihkan sama seperti ketagihan rokok, arak dan menonton rancangan lawak tempatan yang tidak berapa lucu. Di Malaysia kita ada pusat SERENTI yang cuba merawat penyalahgunaan dadah. Ada juga pusat PENGASIH yang melakukan servis yang sama. Rawatan dilakukan dengan kombinasi rawatan moden dan kerohanian iaitu mendalami ilmu agama.

Di Purbalingga, Jawa Tengah ada teknik pemulihan ketagihan dadah yang unik dan juga aneh. Rawatan dilakukan di Pondok Pesantren YPI Nurul Ichsan Al Islamianeh kerana penagih direbus hidup-hidup sebagai cara melakukan detoksifikasi. Proses merebus ini dilakukan selepas maghrib setiap hari selama 25 minit. 

Air herba khas dicambur dengan air doa yang dibacakan oleh guru pesantren digunakan. Selepas "masak" mereka dilarang dari mandi sehingglah tubuh berpeluh. Segala kotoron badan dan sisa dadah dikatakan akan keluar melalui peluh paska rebusan. Penagih heroin akan mengeluarkan peluh bewarna keputihan manakala penagih ganja mengeluarkan peluh bewarna kemerahan.

Penagih yang menerima rawatan di pondok pesantren ini juga diberi bimbingan agama selama 40 hari sebelum dibenarkan peluang. Menurut jurucakap Pondok Pesantren YPI Nurul Ichsan Al Islami , mereka telah menggunakan teknik ini untuk merawat penagih sejak 2007 dan majoriti penagih berjaya dipulihkan.

SUMBER: BLOG SERIUS

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text