Social Icons

Sunday, 8 March 2015

Al Fatihah!! Harun Salim Bachik Meninggal Dunia


Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini.

Menurut BH Online, perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab sebentar tadi.

"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.

"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text