Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi yang berkahwin satu lagi terkedu melihat kehadiran isteri pertamanya dan menerpa ke arahnya ketika majlis perkahwinan itu berlangsung.
Dia yang menyangka akan diserang wanita itu lebih terkejut apabila isteri pertamanya itu membuka bungkusan hadiah untuknya.
Bungkusan itu mengandung wang berjumlah SR10,000 (RM9,800), iPhone 6 dan sebotol minyak wangi.
Hamdan yang berasal dari Baha, bandar di selatan Saudi berkata, dia terkejut melihat isterinya hadir di majlis itu bersama-sama anak mereka dan memberinya hadiah sempena hari perkahwinannya yang kedua.
“Isteri pertama saya menunjukkan contoh mengenai kasih sayang, kesetiaan dan cinta. Saya bangga dengannya,” kata Hamdan yang dipetik oleh akhbar Al Madina.
Kejadian itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan di beberapa media sosial.
Seorang wanita menulis, jika suaminya berkahwin lagi, dia akan menghantar bahan letupan untuk meletup dewan tempat majlis perkahwinan itu berlangsung.
Seorang lagi berkata, jelas Hamdan suami yang teruk dan isterinya begitu gembira dia berkahwin satu lagi kerana dia tidak perlu berurusan dengannya lagi.
“Hadiah yang diberikannya itu menunjukkan dia bahagia kerana terlepas daripada seksaan suaminya,” tulis wanita itu. - Agensi/Harian Metro/25/3/15
Ulasan Pak Lang: Para suami berhak berpoligami jika cukup syarat dan keperluannya. Para isteri berhak menuntut apa yang dibenarkan syarak untuknya. Tetapi Allah itu berhak ditakuti, dicintai dan diagungkan. Poligami adalah perintah Allah. Jangan keterlaluan memusuhinya. Ada yang kita tak suka tapi ianya baik untuk kita dan ada pula yang kita suka tapi buruk untuk kita. Allah maha tahu!!
0 ulasan:
Catat Ulasan