Social Icons

Khamis, 5 Mac 2015

Oh!! Rupa-rupanya Ada Kemudahan Masuk Beli Barang Di Wang Kelian

Tidak lama lagi cuti sekolah awal tahun akan bermula (Cuti Pertengahan Penggal Satu - 13 Mac hingga 21 Mac). Maknanya ibubapa akan merancang perjalanan keluarga bersama anak-anak. Waktu cuti ini biasanya ramai yang akan mengadakan kenduri perkahwinan dan sebagainya. Ada pula yang hendak ambil kesempatan pergi berkelah, menziarahi kaum keluarga dan melancong.

Yang penting, semua ingin memanfaatkan masa anak-anak bercuti bagi mengeratkan ikatan hati sesama ahli keluarga. Zaman sudah berubah. Tidak lagi sempat untuk berlama-lama di satu-satu tempat. Ziarah pun sekejap sahaja. Semoga ikatan kekeluargaan dapat terus dieratkan sehingga sanggup bersusah payah menolong membantu di waktu kesulitan, sakit demam atau kematian.

Rasanya waktu cuti sekolah inilah lokasi-lokasi jualan murah akan di kunjungi ramai. Rombongan bas akan sampai ke sempadan Malaysia - Thai. Di samping datang kenduri atau melancong ke Kedah, Perlis atau Langkawi, mereka juga mengambil kesempatan 'menziarahi' peniaga-peniaga di Bandar Bukit Kayu Hitam, Padang Besar dan Wang Kelian. 

Segala barangan keperluan harian, pakaian, barangan rumah, hiasan, peralatan dapur dan segalanya boleh di dapati di sempadan. Dahulu orang sibuk ke Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Sekarang ramai teruja hendak ke Wang Kelian. 

Susunan kedai / gerai jualan di Wang Kelian masih tidak tersusun kemas. Ianya dibina sepanjang di kiri kanan jalan. Belum ada lot-lot kedai yang tersusun. Menariknya kerana suasana sebegitu adalah imej lunggok dan 'berterabur'. ianya adalah imej harga murah. 

Kalau nampak ruang lot kedai yang kelihatan mahal sewanya, pengunjung akan melihat imej mahal di situ. Mungkin itulah faktor ramai yang berduyun-duyun ke Wang kelian. 

Barangan dari negara Thai memang murah. Berbaloi sangat jika pihak Kastam tidak mengenakan cukai yang tinggi. Biasanya pegawai kastam juga bertimbang rasa. Jika sekadar guna sendiri, barangan yang dibeli tidaklah dicukaikan seperti cukai yang dikenakan kepada para peniaga. 

Untuk info, berikut dilampirkan peraturan Jabatan Imigresen Malaysia untuk sesiapa yang hendak 'berbelanja' di sempadan Malaysia - Thai. Walaupun ditulis untuk Wang Kelian, rasanya peraturan ini meliputi kawasan perniagaan di sepanjang sempadan negara. Boleh rujuk Portal Jabatan Imigresen Malaysia.

Image result for wang kelian shopping

  Image result for wang kelian shopping

Image result for wang kelian shopping 
Image result for wang kelian shopping

Kemudahan Pergerakan Bebas Di Wang Kelian, Perlis
Mulai 5 Disember 2008, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan kemudahan pergerakan bebas (free flow) di Wang Kelian, Perlis - Wang Prachan, Satun Thailand.

1. Prosedur kemudahan keluar / masuk pergerakan bebas (free flow)

a. Warganegara Thailand dibenarkan masuk tanpa dokumen perjalanan melalui Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian, Perlis untuk berkunjung ke Arked Pekan Sehari di Wang Kelian, Perlis sahaja.

b. Warganegara Malaysia dibenarkan keluar / masuk tanpa dokumen perjalanan melalui Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian, Perlis untuk ke Pekan Sehari Wang Prachan, Satun Thailand sahaja. Walaubagaimanapun, warganegara Malaysia perlu mengemukakan Kad Pengenalan Malaysia (Mykad) sebagai dokumen pengenalan semasa melalui pemeriksaan imigresen Malaysia. 

2. Had Pergerakan Bebas

a. Warganegara Malaysia dan Thailand hanya dibenarkan masuk / keluar tanpa dokumen perjalanan sehingga had pergerakan bebas yang dibenarkan sahaja iaitu:

i. Had pergerakan bebas bagi warganegara Thailand adalah sehingga Pos Kawalan Ke-dua Imigresen sahaja yang jaraknya satu (1) kilometer radius dari Pos Kawalan Utama Imigresen; dan

ii. Had pergerakan bebas yang dibenarkan bagi warganegara Malaysia ialah sehingga Pasar Sehari Wang Prachan, Satun Thailand sahaja. 

3. Waktu Masuk / Keluar Zon Pergerakan Bebas

a. Waktu yang dibenarkan masuk / keluar melalui kemudahan pergerakan bebas (free flow) di Wang Kelian bagi warganegara Malaysia dan Thailand adalah dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari.

b. Warganegara Malaysia dan Thailand yang menggunakan kemudahan pergerakan bebas (free flow) ini hendaklah keluar semula pada hari yang sama.

Telah Dikemaskini pada Khamis, 05 April 2012 03:58

SUMBER; Portal Resmi Jabatan Imigresen Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text