Social Icons

Selasa, 3 Mac 2015

Luar Biasa!! Belatuk-Cempelai Terbang Bersama Jadi Viral..

Foto burung belatuk dan cerpelai ini begitu menakjubkan sehingga viral di media sosial.Gambar seekor burung belatuk terbang dengan seekor cempelai di belakangnya mencuri perhatian semua sehingga jadi viral di media sosial.

Martin Le-May, seorang jurugambar sambilan yang menetap di London Timur secara spontan merakamkan gambar menakjubkan itu pada Isnin. Le-May sedang bersiar-siar bersama isterinya di Hornchurch Country Park untuk melihat burung belatuk hijau buat kali pertama dan tidak menyangka akan terserempak dengan situasi yang mengagumkan itu.

Foto itu pertama kali dimuatnaik di Twitter oleh @jayward7 atau Jason Ward, seorang peminat spesis burung dan merupakan jurugambar untuk Wildlife serta konsultan arborikultur (pengurusan penjagaan pokok). Beberapa wartawan juga dilihat cuba menghubungi Le-May menerusi akaun @jayward7.

Iktibar Belatuk-Cempelai

Seperti dilihat di dalam foto, walaupun ia nampak manis seperti dua haiwan ini berkawan dan terbang bersama, namun hakikatnya cerpelai itu mensasarkan burung tersebut sebagai mangsanya. Belatuk itu berjaya melepaskan diri daripada cerpelai tersebut apabila jatuh tidak jauh daripada pasangan berkenaan.

Kehadiran Le-May dan isterinya telah menakutkan cerpelai tersebut dan burung itu menggunakan kesempatan ini untuk melepaskan diri dan terbang kembali.

Apa-apa pun manusia kena yakin dengan kuasa Allah - bersangka baik dengan Allah. Tindakan. Semua kehendak Allah adalah untuk kebaikan kita. Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat mestilah selari dengan Allah. Hanya yang mempunyai rasa hati yang takut setakut-takutnya kepada Allah sahaja yang akan berjaya melepasi semua ranjau dunia dan kenerakaan akhirat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text