Ada rakan Pak Lang bercerita, dia berkesempatan bermusafir melangkaui Laut Cina Selatan - Sabah dan Serawak, kemudian kembali ke Kuala Lumpur sebelum bergegas ke Phuket sampai di pantai yang dirempuh Tsunami Disember 2004. Hanya 3 hari di sana, kemudian kembali ke Kuala Lumpur untuk ekspedisi guru-guru ke Kuantan melihat kesan-kesan banjir di pantai timur.
Setelah itu ke Negeri Sembilan membawa petugas-petugas Taska dan Tadika YKPPM menziarahi Pilin, Kerubung dan Seremban Dua. Sebaik kembali ke Kuala Lumpur, esoknya satu lagi ekspedisi ke utara - membawa guru-guru dan petugas pendidikan sehingga ke Pulau Langkawi. Dan setelah sampai Kuala Lumpur, sekali lagi bermusafir ke Johor Darul Takzim melangkaui pesisir pantai yang mewakili hujung paling bawah benua Asia.
Manakala Tuan Nasiruddin Ali dan Tuan Nawawi Dahlan masih di Turki, seseorang di kalangan pemimpin perlu pula dihantar ke England untuk menggantikan En Ahmad Dalip yang sudah habis tempuh visanya. Anak-anak remaja yang sedang berada di sana perlukan pimpinan berterusan. Jiwa mesti dibangunkan seiring dengan kerja-kerja di restoran dan lain-lain yang diamanahkan kepada mereka.
Mereka yang sampai di England akan berpeluang menjejak kaki di London, Manchester dan lain-lain bandar besar di sana. Menariknya kerana mereka juga akan mudah menyeberangi Laut Inggeris menuju Perancis dan Jerman. Melawat 3 negara berstatus 'negara maju' akan melihat perbedaan di beberapa sudut tetapi moral rakyatnya pada tahap yang sama - rosak dan memalukan!!

Manakala Tuan Nik Hazani dan Puan Anisah sekarang sedang di Dubai. Khabarnya banyak perkembangan menarik di sana. GISB dialu-alukan membuka projek di Dubai. Kita tunggulah selanjutnya. Apa yang penting semua wakil GISB di seluruh dunia sedang berusaha membantu mengharumkan negara Malaysia yang tercinta.
Eloklah selalu berjalan dan bermusafir. Ianya adalah tradisi orang soleh. Musafir untuk mengambil iktibar dan pengajaran disamping melatih jiwa tahan lasak dengan ujian dan cabaran. Pergantungan hati dengan Tuhan adalah sebaik-baik pilihan. Itulah prinsip orang-orang Tuhan.

Itupun hanya mereka yang berada di dalam GISB dan YKPPM sahaja yang aktif bermusafir. Sememangnya sistem yang diwujudkan di dalam GISB / YKPPM adalah sedemikian rupa. Di dalam syarikat biasa, hanya CEO atau pengurusan tertinggi sahaja yang terbang ke merata pelusuk dunia. Kalau pun ada anak buah seorang dua, ,mereka hanya dihantar untuk berkursus dan sebagainya. Tidaklah salah kerana itulah sistem jalinan tugas yang ada dalam syarikat biasa.
Di dalam GISB / YKPPM, semua warganya - pada kebiasaannya akan berpeluang melangkah kaki ke luar negara. Ianya bukan jadual atau giliran tetapi dari masa ke semasa akan ada pergiliran tugas yang perlu diambil alih. Jadi, semuanya bergerak dalam menyelesaikan tugasan masing-masing di merata tempat.

Sebab itu adalah lumrah, anak buah biasa atau remaja belasan tahun GISB / YKPPM sudah dapat menjejak kaki ke bumi Eropah, Australia, Timur Tengah, Turki dan sebagainya. Semuanya berkat menjadikan syarikat (GISB) dan Yayasan (YKPPM) sebagai sebuah jemaah. Bukankah jemaah itu adalah gabungan keluarga muslim yang ada cita-cita menegakkan sistem hidup Tuhan di dalam kehidupan mereka?
Kehidupan berkeluarga itu apabila membesar, ianya akan membentuk - secara otomatik satu kelompok masyarakat yang mempunyai cita-cita yang sama iaitu mencari keredaan Tuhan. Kehidupan berkeluarga itulah yang dibawa ke dalam jemaah sehingga satu keluarga besar yang sangat berkasih sayang dan selaras dalam semua hal dan keadaan terbentuk.
GISB / YKPPM menggalakkan perhubungan dan ziarah menziarahi. Bermusafir walau ke mana sekalipun atas dasar tugas dan perjuangan adalah suatu yang terpuji dan menepati sunnah Rasulullah saw dan para solehin. Bermusafir dengan tujuan mendapatkan rasatakut Allah dan rindu Nabi. Takut kerana Allah boleh lakukan apa sahaja kepada kita kerana dia maha berkuasa sedangkan kita selaku hamba tiada kuasa apa-apa.

Musafir juga membantu memudahkan kita mengenang-ngenangkan Baginda Nabi saw. Perjuangan Baginda dan para sahabat dipenuhi dengan musafir dalam berbagai misi - di tengah padang pasir dengan serba kekurangan. Semoga terbersik rasa rindukan Baginda Nabi saw hasil merasai 'kesulitan safar' yang tentunya lebih ringan berbanding apa yang ditempuh Baginda dan para sahabat
Sebenarnya sangat wajar sepanjang bermusafir, kita diingatkan untuk mengalunkan nasyid yang penuh bermakna ini. Ianya berasal dari sajak Almarhum Abuya Ustaz Haji Ashaari Muhammad. Silakan hayati liriknya.

Sunnah Perjuangan
Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang
Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makam sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya
Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang
Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makam sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya
Musafir Kelana
Berjalan bermusafirlah
Melihat keagungan Allah
Meninjau menitilah
Rahsia ciptaan Allah
Ziarahilah makam kekasih
Kenangilah rasulallah
Bangunkan jiwa jihad Islami
Semangat syuhada ilahi
Marilah bermusafir
Laksanakan tuntutan jiwa
Bermusafir berkelana
Luaskan pandangan saujana
Bermusafir berkelana
Kenal tuhan maha pencipta
Berjalan bermusafirlah
Melihat keagungan Allah
Meninjau menitilah
Rahsia ciptaan Allah
Ziarahilah makam kekasih
Kenangilah rasulallah
Bangunkan jiwa jihad Islami
Semangat syuhada ilahi
Marilah bermusafir
Laksanakan tuntutan jiwa
Bermusafir berkelana
Luaskan pandangan saujana
Bermusafir berkelana
Kenal tuhan maha pencipta
Allah hu robbi 8x
Berbekal keimanan
Penyuluh disepanjang jalan
Mengharap keredaan
Doa menjadi kelaziman
Penat lelah mainan safar
Tempuhi ranjau banyak bersabar
Letih lesu tidak menentu
Syurga menjadi idaman kalbu
Berbekal keimanan
Penyuluh disepanjang jalan
Mengharap keredaan
Doa menjadi kelaziman
Penat lelah mainan safar
Tempuhi ranjau banyak bersabar
Letih lesu tidak menentu
Syurga menjadi idaman kalbu
0 ulasan:
Catat Ulasan