Social Icons

Rabu, 15 Januari 2014

Koleksi Gambar Remaja GISB Yang Berkahwin Di Awal Usia

Ramai yang bertanyakan paparan gambar remaja yang berkahwin di dalam GISB. Sepatutnya sejak hari Selasa, gambar-gambar ini sudah muncul di blog ini. Mohon maaf kerana ada halangan dan sedikit masalah teknikal. Apa pun, hari ini Pak Lang tunaikan janji untuk memuat turun gambar-gambar menarik ibu-ibu dan ayah-ayah muda remaja yang sudah berkahwin.

Semua mereka adalah anak-anak staf GISB yang secara tradisinya diuruskan perkahwinan mereka oleh Urusetia Perkahwinan YKPPM / GISB. Bahkan calon isteri atau suami pun ditentukan oleh pimpinan YKPPM / GISB di zon masing-masing. Jadi mereka tidak sempat bercinta dan 'berpakwe-makwe' sebelum kahwin.

Menariknya mereka sanggup taat dengan pilihan jemaah. Ibubapa masing-masing juga mengikut sahaja dengan taat atas apa jua ketentuan jemaah. Ajaiblah bila hal yang sebegini boleh wujud di dalam masyarakat Islam di zaman ini. Apa yang penting ialah ketaatan.

Rupa-rupanya taat itu mendatangkan berkat. Taat itu memberi kesan yang sangat positif walaupun awalnya mungkin tertanya-tanya. Taat dalam kehidupan bermasyakat yang mempunyai pemimpin akan membantu membina keharmonian, kerjasama dan hidup berkasih sayang.

Jodoh yang dipilih jemaah itu biasanya serasi dan sepadan lahir batin. Kemesraan dan kebahagiaan jauh lebih bermakna kerana masing-masing meletakkan Allah dan Rasul di depan dalam membina rumah tangga. Ianya bukan suatu yang mudah untuk menyetujui siapa calon pasangan hidup yang dicadangkan. (Itupun jika tidak bersetuju, masih boleh dikemukakan calon yang lain).

Walaubagaimanapun atas niat untuk membina keluarga model dalam perjalanan mendapatkan Allah dan Rasul, biasanya semua akan akur dengan calon yang ditunjukkan. Hasilnya setelah diijab kabul, mereka pun mula mengenali dan saling memahami. Cinta pun mula berputik. Ianya halal dan perasaan cinta antara suami isteri yang sah itu adalah perasaan luar biasa anugerah Tuhan.

Semoga perasaan cinta mereka diberi ganjaran pahala yang besar di sisiNya. Buktinya lihatlah deretan anak-anak yang dikurniakan Tuhan untuk mereka!!! Sila lihat foto-foto menarik mereka serta anak-anak yang Pak Lang sempat rakamkan semasa Majlis Sambutan Maulid Rasul Saw anjuran YKPPM / GISB di Dataran Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang pada Selasa lalu. 

GAMBAR-GAMBARNYA DI PAPARAN SETERUSNYA.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text