Setelah
umur lebih separuh abad, Pak Lang berpeluang menyaksikan berbagai
perkara di dunia dan menempuh bermacam pengalaman. Banyaklah yang boleh
diambil iktibar. Rupa-rupanya ada perkara yang kita fikirkan di masa
muda, secara realitinya tidak dapat kita lakukan. Tuhan telah tetapkan
segalanya.
Sebagai
contohnya ialah soal mencari kesenangan. Siapa pun memang mempunyai
cita-cita hidup senang lenang, kaya raya dan sebagainya. Cuma Pak Lang
dapati biasanya hal sebegitu tidak lama. Kalau pun sudah berhempas pulas
berusaha sejak muda, hanya taqdir Tuhan yang akan berlaku.
Kadang-kadang kita lihat dalam berusaha mencari kesenangan - untuk
keluarga dan anak cucu - tanpa mengira halal haram semuanya di rempuh
asalkan dapat apa yang diharap-harapkan. Bla kekayaan sudah melimpah
ruah, baru hendak berehat dan santai, datang pula berbagai masalah baru.
Sebenarnya masalah ini wujud sejak awal usaha mengejar dunia.
Ditipu,
dirompak, difitnah, dituduh di mahkamah, kerugian, perceraian, kematian
anak atau isteri, menderita sakit, sakit jiwa dan berbagai ragam
masalah lagi adalah 'pakej' ujian yang datang silih berganti. Inilah
yang lumrah terjadi. Ianya sangat menginsafkan betapa dunia itu sangat
menipu. Kadang-kadang kelihatan tidak ada apa-apa tetapi setelah
kesenangan yang dikejar begitu lama, bila sudah dapat, rupanya ada
masalah lain yang menanti bersama kesenangan. Banyak kesusahan yang
tersembunyi di sebalik kesenangan. Itulah yang malangnya,.
Pak
Lang kenal ramai tokoh gerakan Islam di Malaysia yang berkata umat
Islam mesti kaya untuk bela Islam. Maka mereka pun berusaha dengan
berbagai cara - yang halal dan haram - demi memastikan mereka jadi kaya.
Dan untuk membolehkan kekayaan itu menjadi tapak membangunkan 'Islam'
yang dicita-citakan, maka mereka memujuk anak-anak untuk bersekolah di
mana-mana sekolah Islam. Yang hantar ke sekolah tahfiz pun ramai.
Asalkan sianak mahu belajar, siayah akan sangup menghantar mereka ke
mana sahaja.
Ada
seorang tokoh yang ada cita-cita Islam, 30 tahun lalu berfikiran
seperti apa yang Pak Lang nyatakan ini. Anaknya 3 orang dihantar ke
sekolah tahfiz. Si ayah sibuk menguruskan dunia korporat - mengejar dan
merebut peluang demi peluang. Kesibukan mengurus perniagaan yang makin
berkembang menjadikan dia lupa niat awalnya. Dunia korporat yang
dikejar. Empayar perniagaan dikembang biakkan dengan pelbagai bidang
operasi di bawah anak-anak syarikat. Maka akhirnya anak-anak tidak
sempat habis belajar. Mereka dipangil pulang untuk membantunya
menguruskan perniagaan. Cita-cita mewujudkan sekolah tahfiz yang serba
lengkap - hasil kekayaan yang ada - tidak kesampaian. Apa yang
dicita-citakan dulu hanya mampu wujud dalam hatinya di peringkat awal;
apabila masa berlalku, dunia yang melingkari hidup berjaya mengubah
cita-citanya ke arah membina empayar perniagaan - tidak lagi 'empayar
perjuangan.
Ada
seorang tokoh lagi, sibuk dengan usaha perniagaan yang datang tergolek
di depan mata. Anugerah kontrak daripada rakannya seorang menteri
menjadikan cita-cita untuk bangunkan sebuah pusat kebajikan golongan tua
terhenti begitu sahaja. Kesibukan berniaga dan peluang yang sentiasa
datang menjadikan dia tidak ada masa memikirkan cita-cita awalnya.
Sedangkan niatnya berniaga adalah untuk mencari sumber kewangan bagi
membantu golongan warga emas yang ramai terlantar dan terbiar.
Ada
pula seorang kenalan Pak Lang yang sombong bila sudah kaya raya.
Belajar dulu sama-sama di Al-Azhar tetapi setelah balik dan ter;libat
dalam politik, tawadhuknya hilang. Pura-pura dan menipu menjadi budaya.
Dia sempat kaya dan senang lenang dalam masa 8 tahun sahaja. Nafsu
tentulah belum puas tetapi 8 tahun itu sudah lama mengecap nikmat dunia.
Apa yang berlaku, isterinya meninggal dunia. Dia berkahwin lain.
Anak-anaknya ketandusan kasih sayang yang akhirnya terjebak dengan
dadah. Kalau dulu dia bergelut mencari dunia, sekarang dia bergelut
menguruskan 2 orang anak lelaki yang sudah ketagih dadah. Sudah beberapa
kali ditahan polis kerana ditahan di pusat hiburan dan bila diuji air
kencing mereka didapati positif dadah. Dia malu dan menderita. Hidupnya
kehilangan bahagia.
Apa
yang Pak Lang nampak, kekayaan dan kesenangan itu hanya beberapa tahun
sahaja. Janganlah tersilap menganggap masa yang sama dia juga bahagia;
sememangnya dia tidak bahagia sedari awal. Orang yang bergelut dengan
dunia tidak menempuh bahagia yang hakiki. Senang lenang yang ditempuh
tidak bersama bahagia di hati. Hati yang makin kosong, menjadikan
hubungan dengan Tuhan makin longgar. Sembahyang sudah tidak
dipentingkan. Jadi 'kesenangan' hanyalah sementara. Selepas itu
bersedialah pula menerima giliran kesusahan.
Ada
berbagai pakej kesusahan yang Tuhan sediakan untuk dirasai setiap
insan. Bukankah pergiliran nikmat dan ujian itu adalah janji Tuhan?
Ada
seorang wanita korporat bergelar Dato' yang berjaya. Hartanya berjuta
ada di mana-mana. Kekayaannya juga tidak lama. Hasil hubungan baik
dengan pihak tertentu banyaklah peluang yang berjaya direbut. Tetapi
jangka masanya menempuh kekayaan itu tidaklah lama. Hanya 10 tahun dia
merasa mencapai kemuncak 'kejayaan dan kekayaan'. Tahun ke sebelas, dia
disahkan mengidap kanser payu dara tahap 4. Pak Lang dibawa suaminya
untuk membaca surah Yasin dan mendoakannya. Ketika Pak Lang sampai,
Dato' ini sedang di kerusi roda. Air matanya mengalir di pipi. Wajahnya
pucat, rambutnya tidak terurus. Dato' ini hanya menggagahkan membuka
mulut dengan berkata. "Ustaz! tolonglah saya Ustaz, Saya sekarang sudah
tidak fikirkan apa lagi. Semua yang saya miliki, sudah tidak ada ertinya
pada saya. Saya insaf Ustaz!! Saya hanya minta satu perkara sahaja
dengan Allah Taala... Saya minta saya disihatjkan semula. Saya sangat
berharap Tuhan sembuhkan penyakit saya ini. Tolonglah doakan saya
Ustaz!!"
Selepas
3 hari, Dato' ini meninggal dunia di hospital yang sama. Pak Lang
teringat dia berjanji akan membantu siapa sahaja selepas ini. Dia
menyesal selama ini melanggar perintah Allah. Dia berazam mahu menebus
kesalahannya yang lalu. Tetapi hajatnya tidak kesampaian kerana Tuhan
maha tahu.
Jadi
bagi anak cucu yang terfikir hendak mengejar dunia, renungilah semula
kisah-kisah tadi. Dunia akan menjauhkan kita dari Tuhan dan akhirat.
Dunia akan melalaikan kita. Bukan tidak boleh tetapi siapa yang berani
bolehlah cuba tetapi janganlah menyesal seperti mereka yang lain
menyesal. Lagi pula, tidaklah lama mengecap kesenangan kerana ada banyak
kesengsaraan lain pula yang datang beriringan.
Lihatlah
rumah-rumah besar dan mahligai indah di sekeliling kita. Ada yang usang
ada yang masih gagah tersergam. Semuanya pernah dan sedang diduduki
orang-orang kaya dan berada. Mahligai usang dan lesu itu tentulah sudah
tiada penghuninya. Dunia yang dikejar akhirnya terpaksa ditinggalkan
bila nyawa ditarik malaikat maut. Mahligai yang masih gagah pula hanya
menunggu hari ditinggal pergi.
Mengejar
dunia, rosaknya di semua segi, di hujungnya sengsara. Mengejar Tuhan,
dapat akhirat yang kekal abadi yang segalanya nikmat kebahgiaan. Inilah
tujuan kehidupan.
Di Palembang, seorang wanita pegawai tinggi Tentera Negara Indonesia (TNI) bertemu Dato' Ratu Ibu Hatijah Aam. Dia menitiskan air mata ketika memberi ucapan meluahkan rasa hatinya. "Saya tercari-cari tujuan dan matlamat saya hidup di atas muka bumi ini. Adakah sekadar belajar sampai ke universiti, berkahwin, bekerja, mempunyai anak, sakit dan kemudian mati. Saya tidak mahu hidup yang sebegini. Ini hidup yang tidak ada maknanya! Saya mahu hidup yang ada tujuan - kenapa saya dihidupkan Tuhan?"
Luahan hatinya dijelaskan oleh Dato' Ratu Ibu Hatijah bahawa hidup kita adalah untuk Tuhan. Bukankah kita dihidupkan oleh Tuhan? Bukankah kita selalu ungkapkan dalam solat, ikrar dan janji kita untuk menyerahkan segala-galanya yang ada kepada Tuhan yang mencatur alam. Jadi kenapa kita tidak jadikan hidup mati kita untuk Tuhan? Apa yang dilaksanakan dalam jemaah Ikhwan (GISB HOLDINGS / YKPPM) adalah semata-mata untuk membela Allah dan Rasul. Hidup kita adalah Hidup sebagai seorang hamba dan khalifah, sebagai seorang abid dan pejuang.
Percayalah jika kita jadikan Tuhan sebagai matlamat, hidup kita akan penuh dengan aktiviti yang tidak memungkinkan kita bersenang-senang atau santai-santai. Kita akan temui satu kehidupan yang penuh dengan program untuk membesarkan Tuhan. Setiap ruang waktu kita adalah ibadah. Dalam kehidupan kita seharian, kita kena promosi Tuhan di tengah masyarakat. Kita kena wujudkan aktiviti atas nama Islam untuk memperlihatkan Islam itu hebat, gagah, kaya dan berwibawa. Inilah maknanya kehidupan seorang mukmin. Dia mesti aktif dan berperanan sebagai seorang yang kuat hubungan hatinya dengan Tuhan. Dan dalam masa sama, dia juga seorang yang aktif bekerja untuk Islam, untuk Allah dan Rasul. Dia akan sanggup berkorban apa saja demi untuk menjayakan cita-cita ini.
Ibu beranak dua ini meninggalkan majlis dalam keadaan hatinya sudah puas menerima jawapan yang dicari-cari selama ini. "Saya telah bertemu dengan apa yang saya cari. Inilah kebenaran dan Insya Allah, saya akan turut serta memperjuangkannya!!"

0 ulasan:
Catat Ulasan