Hari ini Ahad, 19 Jan 2013 sedang berlangsung majlis Sambutan Maulid Rasul SAW di RALK, Puchong. Jemputan sekitar 2,000 orang. Majlis dimulakan jam 8 pagi tadi dengan perarakan berselawat di sekitar Kampung Seri Aman, Puchong.
Acara pagi ini ialah persembahan para pelajar Sekolah Menengah Islam Global Ikhwan (SMIGI) yang berjumlah 130 orang. Mereka tampil memuliakan Baginda Nabi SAW dalam berbagai gaya persembahan. Ada yang bernasyid, bercerita, membaca Hadis, berlakon, tarian sufi dan sebagainya. Setiap orang pelajar mesti ada penampilannya di atas pentas. Ini yang diutamakan agar mereka dapat merasakan hebat dan agungnya peribadi Rasulullah saw.
Majlis Bual Bicara Maulid Rasul saw pada malam ini akan diisi oleh Dato' Dr Robiah K Hamzah - seorang pakar motivasi dan penceramah yang tidak asing lagi. Seorang lagi ialah Ustazah Nurul Hidayah - yang merupakan peserta program Ustazah Pilihan (Astro Oasis) yang menduduki tempat kedua. Beliau bertugas sebagai Eksekutif Zakat Lembaga Zakat Wilayah Persekutuan. Manakala Moderatornya ialah Imam Muda Amar yang sudah biasa membantu program-program di RALK. Semoga setiap orang yang hadir ke majlis yang bermakna ini akan dipimpin hatinya oleh Allah SWT untuk menghayati kebesaran Rasulullah SAW.
Kepada semua pembaca blog suaramuhajirin313 yang tinggal sekitar Lembah Klang, silalah hadir. Jamuan kenduri pada tengahari dan malam disediakan. Dengan berkat Rasulullah SAW, ada pihak yang tampil menawarkan 3 ekor lembu untuk akikah disamping sumbangan wang dan barangan yang mencukupi untuk menjayakan majlis pada hari ini. Semoga Allah SWT mengganjari semua yang terlibat membantu dengan sebaik-baik balasan kebaikan.
Sila ikuti paparan berikutnya untuk melihat gambar-gambar sekitar persiapan dan perjalanan majlis. (Gambar bawah; Dato' Dr Robiah, bawah tengah; Imam Muda Amar dan isteri, bawah sekali; Ustazah Pilihan Nurul Hidayah)

0 ulasan:
Catat Ulasan