Social Icons

Selasa, 14 Januari 2014

Siapa Hendak Kahwin??? - Pengumpulan Maklumat Remaja GISB (Lelaki / Perempuan) Yang Berusia 20 Tahun Ke atas!!

Sepanjang hari ini, di Bandar Country Homes - ketika hadir sambutan Maulid Rasul Saw GISB / YKPPM, Pak Lang berkesempatan bertemu dengan ramai remaja GISB. Kebanyakannya bertugas di berbagai aktiviti dan projek GISB di sekitar Lembah Klang. Jumlah mereka ramai bahkan wajah anak-anak remaja inilah yang sangat ketara berada di mana-mana ruang dataran Ikhwan tersebut.

Pak Lang menegur-sapa mereka dengan soalan yang biasa Pak Lang lontarkan kepada remaja. "Sudah berkahwin atau belum?" Jawapan mereka biasanya, "Sudah Pak Lang! tapi masih kosong tiga!!" Itulah jawapan mereka mengacah Pak Lang - kalau-kalau Pak Lang mahu 'mempoligamikan' mereka. 

"Kalau sudah kahwin, sudah berapa lama? Anak sudah berapa? Bertugas kat mana? Isteri kerja di mana?" Itulah antara rentetan soalan Pak Lang bagi mereka yang Pak Lang tahu bekerja sepenuh masa dengan GISB. 

Dari cakap-cakap dengan mereka itulah Pak Lang tahu, masih ada yang sudah berusia lebih 20 tahun (remaja lelaki) yang belum berkahwin. "Wah! ini semua kena dikahwinkan!!" Gerutu Pak Lang di dalam hati. Wajah mereka Pak Lang perhati seorang demi seorang. Ramai yang berwajah cerah, tulus dan ceria. Seorang dua yang lain pula berwajah gelap dan suram dengan fesyen pakaian dan rambut yang ala-ala korea (walaupun muka Melayu kampong). Itulah wajahnya yang 'terserlah' walaupun orangnya berkulit putih cerah. Boleh juga dikatakan berwajah 'serabut'.

Biasanya mudah ditelah, mereka tidak bekerja di dalam GISB. Dari ramai remaja GISB, ada juga seorang dua yang tersasar bekerja di luar. Maksudnya bekerja dengan syarikat yang bukan GISB atau bukan YKPPM. Pendapatan mereka? Paling banyak pun - dengan kerja 10 jam sehari, mereka akan dapat RM1,200 sebulan. Itupun kerja kontrak, bukannya kerja tetap. Dengan gaji yang kecil, kos tempat tinggal perlu minima. Makan pun ala kadar sahaja. Lumrahnya mereka tinggal di rumah sewa yang dikongsi sesama kawan-kawan sekerja.

Bila sudah ramai di dalam sebuah rumah sewa, banyaklah pengaruh negatif yang menular ke dalam diri mereka. Akhirnya mereka tidak mampu bertahan. Apa yang dilakukan oleh kawan-kawan, itulah juga yang dia terjerumus. Walaupun tahu dosa atau maksiat, tentulah sukar melawan dorongan nafsu dan pengaruh negatif manusia di sekelilingnya yang sedemikian rupa. 

Jika sembahyang pun sudah alpa dan ditinggalkan, apakah ada lagi kubu yang mampu membenteng diri dari terjebak jauh ke pelosok lubang-lubang maksiat? Wajah gelap serabut yang dilihat adalah cermin dirinya yang terpapar pada kita. Itupun syukur kerana mereka masih ada hati untuk mendekati jemaah semula. Moga-moga apa yang sudah ditempuh, akan membuatkan mereka insaf dan mendorong memulakan langkah baru membaiki diri. 

Tetapi mereka datang dengan niat yang berbagai. Ada yang semata-mata hendak kahwin. Kalau terus duduk di luar jemaah, ertinya sampai ke tua pun, mereka tidak akan dapat kahwin. Mahalnya 'harga' perkahwinan di negara kita sekarang, sudah sangat dimaklumi. Dari mana mahu dicari wang tunai sebanyak puluhan ribu?

Sebab itu bagi yang mahu kembali ke pangkuan jemaah, mereka akan dikursuskan terlebih dahulu. Niat 'hijrah' mereka perlu diperbetulkan. Niatnya mesti untuk Allah dan Rasul. Bukannya kerana ingin mendapatkan isteri. Berjuang bersama kami di dalam GISB menuntut keyakinan, kefahaman dan kesungguhan. Seseorang perlu melepasi proses pembinaan insaniah dan ruhaniah yang terkandung dalam sistem tarbiyah GISB / YKPPM. Ini adalah dasar yang telah diakui bersama dan akan terus dilaksanakan untuk siapa sahaja. 

Usaha mengahwinkan remaja yang sudah sampai waktunya, wajar diuruskan oleh masyarakat Islam - jika keluarga mereka tidak mampu. Badan-badan NGO atau jemaah Islam perlu menjadikan program perkahwinan beramai-ramai sebagai aktiviti kebajikan yang berterusan. Janganlah berkala tetapi pastikan ianya direncanakan setiap bulan atau paling tidak 2 bulan sekali. 

Gejolak nafsu remaja masakini tentulah kita fahami. Sukar untuk mereka mengelak. Pejamlah mata selama mana pun, fikiran tetaplah masih mampu meneroka ke mana sahaja. Sebab itu jalan terbaik ialah uruskan mereka berkahwin. Inilah yang dilakukan GISB / YKPPM selama ini untuk para remaja di bawah kendaliannya. Hasilnya sangat positif dalam pelbagai sudut.

Walaupun cabaran setelah kahwin sangat banyak tetapi risiko membiarkan mereka tidak diuruskan kahwin sangat besar. Ianya membahayakan jika diambil kira masing-masing mempunyai gajet dan telipon bimbit 'android' atau Black Berry yang mampu meneroka alam siber di mana saja. Laman sesawang yang merosakkan ada di hujung jari mereka. Tidak mudah untuk mengawalnya melainkan mereka segera diuruskan berkahwin.

Satu perkara lagi dalam hal perkahwinan remaja ini ialah penyerahan diri untuk taat dan patuh dengan jodoh yang disusun catur oleh jemaah. Dengan kata lain, tidak ada peluang berkahwin dengan sesiapa yang pernah berbalas cinta memadu kasih. Kenapa? Jawabnya adalah kerana perkahwinan yang diuruskan ini adalah adalah suatu yang halal, murni lagi suci. Maka disyaratkan setiap perkahwinan itu mestilah didasarkan atas sebab perjuangan dan keberkatan. 

Anak-anak yang lahir dari perkahwinan yang dicatur susun oleh jemaah adalah aset perjuangan masa depan. Mereka akan mudah diididik dan diasuh berbanding anak yang lahir dari perkahwinan pasangan yang bercinta terlebih dahulu. Sekali ibubapanya memulakan perkahwinan dengan dosa, hilanglah keberkatan yang sangat diperlukan di dalam perkahwinan. Maka jika lahir anak, sukar dan sulitlah untuk mendidik dan mengasuhnya mengikut disiplin tarbiyah di dalam GISB. Ini adalah pengalaman kami di dalam jemaah sedangkan anak yang soleh dan solehah itulah harapan setiap ibubapa. Sebab itu jangan tersilap daripada awalnya

Keindahan perkahwinan sebenarnya ialah bila pasangan itu saling tidak mengenali dan mereka akan hanya bercinta setelah sah menjadi suami isteri yang halal. Kehidupan mereka seterusnya adalah dengan niat untuk membesarkan Allah dan Rasul dalam rumah tangga. Usaha untuk merasa takut setakut-takutnya kepada Allah dan rindu serindu-rindunya kepada Nabi Saw. adalah anak kunci terikatnya kedua suami isteri itu dengan kasih sayang sejati yang diredhai Tuhan. 

Jadi, remaja GISB sudah tahu benar hal ini. Mereka tidak berani bercinta kerana dihujungnya mereka tidak akan dapat mengahwini remaja lelaki atau perempuan yang digilainya itu. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, jangan mimpi untuk menikahi sesama pasangan zina!!

Jadi persoalan perkahwinan remaja inilah yang Pak Lang fikirkan tadi sehingga tiba-tiba malam ini, Puan Azwa maklumkan bahawa Puan Ibu Hatijah selaku Pengerusi Eksekutif GISB HOLDINGS dan juga YDP YKPPM sudah minta disenaraikan remaja lelaki perempuan berusia lebih 20 tahun. Masya Allah!! Pak Lang terus terbayang sejumlah 100 pasangan pengantin remaja GISB dari seluruh dunia akan berupaya dikumpulkan. Mungkinkah? Majlis perkahwinan beramai-ramai anjuran YKPPM ini nanti tentu luar biasa!!

Kepada para remaja yang mengetahui maklumat rakan-rakan mereka yang perlu diuruskan perkahwinannya, harap hubungi Pak Lang. Email, sms atau melalui bbm. Umurnya tidak dihadkan dan tidak ada umur minima. Ingatlah bahawa ada yang sudah tidak mampu bermujahadah walaupun umur belum mencecah 17 tahun, ada pula yang mampu bertahan walaupun sudah berusia 25 tahun ke atas. 

Jadi yang penting, maklumat dikumpulkan segera. Boleh maklumkan pada Pak Lang atau hubungi Puan Azwa secara langsung. Selok-eloknya berikan maklumat peribadi mereka yang mahu dicadangkan berkahwin itu kepada urusetia pentadbiran YKPPM di talian pejabat: 03-7724 1318 / 03-7724 1319

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text